Pengalaman Buruk Pertama Kali Bekerja Di Pusat Tahfiz

Assalamualaikum WBT, tujuan luahan ini bukanlah untuk memburukkan premis tahfiz, tapi lebih kepada ingin memberi peringatan kepada fresh graduate lulusan agama agar berhati-hati dalam memilih pekerjaan.

Perkenalkan, saya baru habis belajar di Mesir, balik-balik terus dapat tawaran mengajar di sebuah pusat tahfiz di negeri X.

Mula-mula excited sebab sekarang susah nak dapat kerja. Sampai di pejabat, waktu mesyuarat, terpana sebab pekerja-pekerja semuanya bukan Melayu. Yang ada Bangladesh dan Indonesia.

Hati rasa tak sedap sebab mesti akan berlaku perbezaan bahasa dan budaya. Bila tanya pada CEO katanya pelajar hanya ada 7 orang. Lagilah bertambah risau sebab dalam surat tawaran dapat gaji standard degree juga tapi dengan 7 orang murid mampu ke nak bayar?

Perkara yang tak boleh nak terima, pengurus minta jadi tukang masak yang mana kita tiada kelulusan kulinari pun untuk masak. Alasannya 7 orang saja.

Kemudian, hari pertama sampai di pusat tahfiz, tanah agak besar 3 ekar. Di situ ada rumah warga emas juga. Tanya warga emas di situ, rumah guru di hujung sekali, masuk-masuk saja ada adik-adik pekerja Bangladesh.

Rumah bau busuk sangat, tongkang pecah dan macam rumah hantu. Bilik lagilah jangan cakap dengan bau hancing kucing. Kawasan juga tiada coverage internet. Tempat memang pedalaman betul.

Baru sampai dah diarahkan buat kerja, tak sempat kemas barang apa lagi. Pergi dapur senaraikan barang-barang. Dapur pun memang bersepah gila. Taik kucing banyak. Kucing sakit hari-hari bersin keluar hingus dan kencing dekat dapur, asrama.

Waktu ni pun dilantik jadi guru akademik dan agama. Tapi yang kelakarnya Ustaz Bangla itu suruh kita buat semua, jadi guru al Quran, warden, masak, mengajar Matematik, BI yang memang keluar dari bidang.

Tapi sebab kesian dengan pelajar yang nak ambil SPM. Kena ajar juga tapi 2 jam sehari saja. Yang selebihnya kena buat benda lain, bayangkan. Sekolah ini ada conflict of interest dan masalah kewangan.

Penasihat beri amanah pada pengerusi tapi pengerusi beri isteri dan anak-anak urus tadbir. Pengerusi sudahlah tak ada background agama dan tahfiz.

Yang sedihnya murid sebelum ni ada ramai lebih 41 orang tapi dibawa lari oleh keluarga menantu si pengerusi yang merupakan mudir sebelum ini.

Waktu saya masuk tu, sekolah memang tak macam sekolah tapi macam learning centre. Jadual sentiasa berubah setiap minggu. Bila salah timing kita yang kena tegur padahal saya tak biasa menerima perubahan.

Sebulan pertama memang macam neraka. Majikan marah sebab ada pelajar kena rasuk, tapi saya yang disalahkan sebab tak urus dengan baik. Padahal saya dah bawa pelajar ke rumah sakit lagi beri rawatan.

Saya juga kena hantar makanan ke rumah pengerusi hari-hari macam orang gaji/babu.

Mostly tempat ini macam penjara, pengarah gila kuasa tak mahu beri jawatan mudir kepada yang layak which mean pelajar agama. Alhasilnya, sekolah tunggang langgang sebab pengarah/pemangku mudir bukan selalu ada di sekolah pun.

Pengarah dan isterinya kurung pekerja tak bagi selalu keluar. Padahal saya keluar sebab nak cari makan je pun. Saya juga kena buli dengan anak pengarah suruh uruskan barang-barang dapur padahal dalam kontrak saya adalah guru dan warden hanya bidang sampingan.

Itu masalah dengan pengarah. Masalah dengan ibu bapa murid pula, selalu cakap pekerja tak kerja ke? Bila saya kadang-kadang masak lambat. Padahal saya manalah reti nak prepare bahan-bahan dapur semua dalam masa sekejap. Tapi saya sudah cuba yang terbaik.

Memang frust kerja memasak ini. Ada murid yang ada komen Ustaz tak pandai masak. Ustaz lambat masak. Ustaz banyak main hp. Masalahnya saya pun tak rela nak buat kerja dapur.

Bila saya tanya murid, pekerja sebelum ini ada bertahan 2-3 minggu saja sebab tak bayar gaji pekerja. Waktu tu memang dah plan awal-awal nak cabut. Tapi sebab fikir dapat arahan dari penasihat kerja sini.

Dengan pekerja Bangladesh pula memang toxic, salah sikit saja cerita pada pengarah yang saya lambat masuk kelas, banyak tidur dan lain-lain. Padahal saya kena bangun pagi awal masak sarapan. Kena tidur lambat sebab nak sediakan bahan-bahan esok pagi.

Saya pernah kena marah bila lupa jadual tugas warden saya sebab kena keluar untuk urusan JPJ.

Pekerja-pekerja hanya tahu komen buruk masak tak cukup sayur. Lepas itu arah itu ini. Arah murid-murid buat kerja tapi mereka pun memang tak larat nak buat. Akhirnya saya yang kena jadi tukang cuci tandas, bilik guru, asrama, bilik warden yang macam stor.

Masuk dua bulan mengajar. Murid-murid selalu tak ada dalam kelas alasan pening kepala. Sakit perut. Tapi tak apa lagi, paling tak tahan murid boleh balik cuti sampai seminggu tapi ustaz tak boleh pula.

Akhirnya saya paksa juga minta cuti seminggu satu kali iaitu hari Sabtu. Penat sehari bekerja 16 jam.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk cabut dari sekolah bila ada 3 pelajar tak tahan dan keluar dari sekolah. Tinggal lah 4 orang saja.

Waktu keluar tu memang sedih sangat sebab ialah ingat nak bertahan cari pengalaman kerja 1 tahun tapi 2 bulan saja tak lepas masuk dalam CV. Lagi sedih lihat nasib murid-murid yang jadi mangsa keadaan.

Cerita belum tamat, nama saya diburuk-burukkan oleh pengerusi dan isteri ke keluarga penasihat. Yang mana saya join jemaah situ juga. (Satu komuniti).

Memang malu setiap kali nak jumpa komuniti yang mana kisah-kisah buruk saya dijaja dalam kalangan jemaah di mana saya mempunyai sejarah sakit mental (kemurungan) dll. Padahal saya sudah pun sembuh.

Perkara paling tak puas hati ada satu kem ibadah 10 hari yang ditaja sekolah, pengerusi tak masukkan nama kita dalam list. Waktu tu memang rasa macam kena ghosting.

Pengerusi juga suruh buat kerja admin yang waktu tu memang kosong. Padahal dah kena buat 4 kerja dalam satu hari. Guru, warden, tukang masak dan tukang cuci.

Lepas keluar dari sekolah puaka itu, sebulan juga depression. Esok ada temuduga jadi cikgu di sekolah lain, harap pengalaman seterusnya lebih baik.

Nasihat saya untuk yang fresh graduate, pastikan pilih kerja yang sesuai untuk kita dan ada pendirian masing-masing. Jangan jadi seperti saya yang dibuli menjadi tukang cuci tandas umum sekolah.

– Bunga Manggis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dik, ingat ni:
    Tak kira lah kerja kat mana,kalau bos suruh buat kerja out of scope kita, kita tak perlu buat. Itu hak perkerja. Kalau di ambil bekerja sebagai guru, tapi kena memasak, itu dah mengarut. Jangan buat.

    Pekerja ada hak cuti, cuti hari minggu, cuti kelepasan am dan cuti tahunan. Cuti sakit pun ada. Semua ini adalah cuti BERGAJI. Adik kena tahu hak adik sebagai pekerja. Kita pekerja, bukan hamba.

    Bos tak ada hak untuk kita buat chores peribadi dia, seperti masak dan hanrar makanan kat rumah dia, kecuali lah kalau dia hire awak sebagai personal chef. Again, know your rights as an employee.

    Ingat: Ini adalah pekerjaan, bukan perhambaan. Kita sebagai pekerja, boleh berhenti bila2 masa. Itu hak kita.

    Pengerusi tu berani suruh awak buat semua tu sebab dia tahu yang awak tak tau hak awak sebagai pekerja, sebab awak baru mula kerja, masih naif. Sebab tu dia berani. Kalau orang lain ditempat awak, orang tu mungkin dah cabut sebaik saja masuk ke rumah guru yang busuk tu.

    Pusat tahfiz tu sangat teruk. Patut report kat pihak berkuasa saja.

    Semoga adik lebih bernasib baik selepas ni. Jangan bimbang, kalau masa interview, orang tanya kenapa kerja beberapa bulan saja kat tahfiz tu, cerita saja perkara yang benar. Tak ada yang perlu rasa malu. You were taken advantage of and was abused. Yang patut malu dan masuk lokap adalah pengerusi tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *