Assalamualaikum semua. Aku cuma nak kongsi pengalaman aku cari kerja selepas tamat degree. Aku bukan dari kalangan keluarga yang senang mahupun keluarga yang susah. Masih cukup makan dan pakai.
Sebelum aku tamat degree aku perlu menjalank latihan praktikal di mana-mana syarikat kerajaan mahupun swasta. Aku mendapat tempat praktikal di sebuah syarikat it memandangkan aku mengambil jurusan it. Pada hari pertama praktikal barulah aku diberitahu yang aku ditempatkan di sebuah syarikat kejuruteraan. Pemilik syarikat seorang jurutera yang berhasrat membina satu laman web. Jadi dia anggap kami pelajar it mesti mahir membina laman web. Okay aku terima dengan elaun rm500/bulan. Sewa bilik rm400, nasib baik aku dapat lagi ptptn masa tu.
Okay pendekkan cerita. Selama 6 bulan jalani praktikal, memang tinggilah expectation bos aku. Kadang dia minta sesuatu yang boleh dikatakan setaraf dengan pekerja yang sudah 5-6 tahun bekerja. Jadinya masa hari terakhir aku praktikal. Memang tak ditawarkan bekerja, punahlah harapan aku sebab aku assume projek ni akan bersambung. Ikutkan memang nak sambung cuma tak cukup bajet nak bayar pekerja. So memang bos tak ada niat nak amik aku bekerja, plus bos ada cakap dengan staff lain yang dia nak hire pekerja sambilan je. Okaylah aku balik ke kampung. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Aku terima whatsapp dari bos mengatakan
“Boleh tak kalau u kerja, tapi company bayar elaun memandangkan u pernah buat web ni. So mesti u lagi faham.” lebih kurang macam tulah ayat bos aku.
“tak boleh lah. Sebabnya saya dah kemas barang dah balik kampung. Saya bukan orang sana, kena cari bilik sewa lain kalau nak kerja disitu. Minta maaf ye.” aku reply macam tu dekat bos aku sebab geram. Dia macam mempermainkan aku plus mempergunakan aku. Kalau nak amik aku kerja, jangan bayar guna elaun rm500. Aku tak kan mintak gaji rm5000. Bayar rm1800 standard yang selalu orang cakap gaji fresh grad pun tak pe.
Aku jadi sakit hati sebab majikan sewenang-wenangnya menggunakan pelajar praktikal macam aku ni. Sedangkan dia boleh keluar bajet untuk bayar pada sesiapa yang berminat untuk membuat laman web. Soalnya disitu. Nak jimat bajet. Guna pelajar praktikal, bayar murah. Expect benda gempak macam senior 5 tahun kerja. Untuk pengetahuan. Bukan laman web biasa. Banyak. Melibatkan sistem pengurusan, payment gateway, dll. Belum lagi aku kena call orang mintak sponsor laman web ni, call untuk pameran, designer poster bagai. Sebab bos aku sendiri suruh call orang yang berkaitan untuk mintak sponsor. Macam-macam kerja selain kerja praktikal aku buat, beli barang office, stationery, beli cat. Hmmm
Dekat situ yang aku geram. Mungkin sebab dia tak jumpa pekerja sambilan. Baru nak offer kat aku. Sorry. Aku tak kan terima dia nak pergunakan aku lagi sekali. Bermulalah kehidupan aku, hantar resume kat jobstreet, indeed, dll. Emel pun sudah. Ada yang temuduga secara skype, ada yang aku perlu hadiri di syarikat tersebut. Aku redah walaupun naik bas. Tumpang rumah kawan. Tapi rezeki tak memihak pada aku. Lama-lama simpanan aku makin susut sebab banyak digunakan untuk pergi temuduga. Aku segan nak susahkan mak ayah aku. Adik2 aku sekolah lagi. Jadi buat keputusan nak kerja sementara dapat panggilan temuduga yang baru.
Aku mendapat kerja sebagai promoter disebuah drugstore. Seronok bekerja disana. Banyak perkara baru aku belajar. Kena tahu mekap, nama-nama alatan mekap, kalau pengurus datang memang kena mekap kalau tak siaplah kena sound. Hahaha. Yelah dah kerja promoter mekap, tak muka promoter pucat je. Huhu. Jadi disitulah aku belajar nak mekap sebab ada sorang akak tu ajar mekap yang basic. Dia jugak suruh aku tengok kat fb, youtube ramai je share tutorial mekap.
Adalah dalam 4 bulan aku kerja sebagai promoter, kawan kelas aku bagitau ada satu company ni. Offer kerja siap tempat tinggal. Pegi kerja jalan kaki je sebab ofis sebelah rumah. Aku pun setuju pergi interview. Alhamdulillah aku tak perlu tunggu lama, terus dapat.
Starting gaji aku rm1800, probation 3 bulan. Masa aku masuk company tu, agak goyah sebab ramai senior berhenti. Aku suspect mesti company ni bermasalah sampaikan ada senior yang cerita dekat aku macam-macam pasal company ni. Banyak yang negatif contohnye bos selalu lebihkan client, tak jaga hak pekerja. Ganggu pekerja tengah malam even weekend pun kena ganggu sebab client bising. Sampai aku pernah terfikir nak resign gak cari kerja lain.
Tapi selepas senior2 tu semua berhenti, ada turning point dalam company tu yang mana bos tak lagi ganggu tengah malam dan hujung minggu. Still bos lebihkan client cuma pekerja malas nak amik port dah pasal tu. Janji jangan kacau waktu rehat kami bersama keluarga. Macam tu lah. Mungkin bos pun terkesan ada pekerja kesayangan dia berhenti. Pada aku dekat mana-mana company akan ada masalah sendiri. Tapi masing-masing perlu tahu keupayaan dan hak masing-masing sebagai pekerja dan majikan. Sekarang ni dah 3 tahun aku kerja di company ni. Gaji aku pun ada increment. Aku banyak jimat sebab kerja tak guna kereta/motor.
Memang susahlah nak jumpa company yang dapat puaskan hati setiap pekerja. Mesti akan ada yang berkecil hati. Jadinya selagi mana syarikat tu tak memudaratkan kita, kerjalah dengan ikhlas.
Terima kasih sudi baca perkongsian ini.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit