Pengalaman COD Barang

Hai semua. Terima kasih admin kalau sudi approve post saya. Saya seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Juga seorang peniaga secara part time. Suami pun sama begitu. Kami lepas waktu kerja kadang-kadang ada rezeki masuk, pergi cod barang sama-sama.

Tapi kadang-kadang waktu cod barang, ada perkara yang best, ada juga perkara yang tak berapa best. Saja lah nak luah kat sini untuk korang bosan-bosan baca pastu boleh komen.

Saya cuma nak cerita yang tak best je. Cerita pertama, ada sekali tu, kami cod barang kepada sepasang suami isteri ni. Mungkin kedua-duanya baru habis kerja jugak, sebab mereka datang dengan kereta yang berasingan. Kami pun bagi barang dan terima bayaran.

Lepas tu saya terdengar si suami tu cakap pada isterinya. “Yang, ok jugak kalau awak pakai kereta macam ni pergi kerja” suami cakap sambil tunjuk pada kereta viva saya.

Saya ingatkan isteri dia macam setuju. Tapi rupanya tak suka langsung. Bibir dicebik ke bawah. Muka macam jijik sangat tengok kereta saya.

Bagi saya, kalau dia tak minat pun dengan viva, tak perlu tunjuk riak muka yang ketara depan saya kot, boleh bincang kemudian dengan suami tu kat rumah. Langsung tak menjaga hati owner viva ini. Btw kereta saya dah habis bayar alhamdulillah.

Cerita kedua. Dari segi masa, memang orang melayu susah nak menepati masa kan. Bila kita cod barang kat tempat yang disetkan, contohnya pukul 6 petang. Datanglah pukul 6 petang.

Kalau lambat 5 hingga 10 minit saya ok je. Tapi yang lambat 30 minit ke atas ni tak boleh dimaafkan. Yela, sebab kita pun ada janji dengan orang lain jugak. Nanti masa yang set dengan orang lain pun affected. Lagipun, kerja yang lain pun akan tergendala nanti.

Yang ketiga, kami hantar barang ke rumah customer siap install lagi. Waktu tu cuaca sangat panas. Berpeluh-peluh suami nak siapkan kerja.

Bila lepas siap pasang semua, customer tu tengok banyak kali. Lepastu panggil isteri dia bincang lagi. Kami tunggu je sebab duit belum dapat. Tiba-tiba customer tu kata cancel. Memang terkejut sangat kami.

Sebab sebelum tu dah whatsapp, dah bagi saiz. Dia kata okay, so kita pasang memang free caj je. Cod pun tak caj. Sudahnya, suami terpaksa bukak balik satu persatu barang tu. Customer tu langsung tak bagi upah. Mintak maaf pun tak ada. Penat dan peluh je banyak.

Itulah tiga cerita pasal cod yang tak best. Ada lagi yang tak best. Tapi banyak jugak yang best dari tak best.

So saya amat bersyukur pada customer saya yang tepati masa, mudah bayar, bagi location tepat, apatah lagi yang repeat order. Kadang-kadang kalau customer tu baik, memang saya tak caj cod pun, free gift pun bagi.

Kepada semua yang berniaga, kita jangan putus asa ya. Kita layan je ragam customer. Mudah-mudahan rezeki berniaga kita diberkatiNya.

Maaflah kalau bosan.

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *