Hi semua. Aku Nora. Aku baru je baca confession dari Akak Suzuki, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan/).
Terdetik pula nak kongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni. Harap dijadikan teladan dan pengajaran.
Aku disabitkan atas kesalahan lain, yang boleh dikatakan lebih ringan berbanding kes dadah dan bunuh. Tak sampai satu bulan pun duduk sana, tapi itu lah, banyak sangat pengalaman. Bagi aku, sangat berharga. Nanti aku story satu persatu.
Hari pertama, aku ditempatkan di sel sementara sebelum dimasukkan ke sel tetap. Dalam sel tu kecik je, double decker. Tapi yang duduk sampai enam orang so ada yang tidur dekat lantai la.
Sebelum tukar baju, pemeriksaan badan akan dijalankan. Kot2 ada yang smuggle benda haram ke apa ke. Aku memang takde la. Rokok pun aku tak sentuh.
Tapi ada la sorang banduan lelaki tu teruk juga dia kena sebab seludup apa entah and kantoi waktu disuruh mencangkung. Aku malas la nak tengok adegan tu, sebab tengah lapar, hahaha.
Lepas tu, pegawai bagi satu set bantal dan selimut, dan juga telekung beserta sejadah. Aku agak terkejut juga la, sebab diorang ni solat kat sana sentiasa berjemaah. Seronok, sebab pahala berjemaah tu lebih kan.
Lepas tu, bacaan yasin ramai-ramai. Lepas tu aku borak-borak ringan je la dengan banduan lain. Kebanyakannya kena tangkap sebab kes dadah. Aku rasa dalam 90% lah. Kes bunuh, judi, bukan warganegara, dan lain-lain tu dalam 10% je.
Bab makan, aku bersyukur sebab aku boleh je telan semua. Tawar tu perkara biasa. Sarapan roti dengan air kopi susu tawar. Makan tengahari dan malam pulak Ikan rebus, ayam sup, sayur taugeh. Tu je la menu.
Hari jumaat baru ada daging atau bubur kacang. Boleh je banduan order makanan dengan pihak penjara. Macam roti crackers ke oreo ke mi segera. Nescafe pun ada. Shampoo losyen pun boleh. Tapi mahal ya.
Aku perasan ada divided komuniti jugak la, yang ada stok makanan ni di anggap kaya kat sana. Haha.
Takde Cuckoo Coway eh kat sana. Air akan dibekalkan 2 kali sehari kalau tak silap. Pagi tu air panas. Nak masak mi, hah guna la air tu. Kalau nak minum tepid water tu kau tiup je la or tunggu je sampai sejuk sendiri.
Waktu malam, diorang yang dah lama kat sana buat snack sendiri. Diorang pun buat cake guna apa je yang ada. Kreatif betul, aku pun kagum.
Sebab aku tak pernah terfikir pun roti crackers kosong tu boleh di olah jadi sedap macam pastry style. Setiap malam aku dapat rezeki merasa hasil ‘masakan’ diorang ni. Seronok.
Bab toilet pula, open concept. Tak de masa dah nak malu dengan flaws badan sendiri sebab nak mandi kena cepat.
Tapi dekat sel tetap tempat bisnes nombor 1 dan 2 lain kubikel, tempat mandi lain kubikel. Kalau dekat sel sementara, satu je toilet. Belum lagi masalah air slow ya. Tapi tak selalu la.
Kita selalu digambarkan dalam penjara tu ada kes buli kan? Alhamdulillah aku tak jumpa lagi. Kalau kau bergaduh, masak la kau kena denda.
Sepanjang aku kat sana, okay je la. Cuma ada je sorang dua orang kekwat sikit, acah acah senior padahal ada yang lagi senior dari dia rilek je.
Aku ni jenis ikut kepala sendiri je, kalau orang kacau aku, aku bagi la. Tapi takde. Aku ni jarang mengamuk. Tapi kalau dah mengamuk tu, macam-macam keluar dari mulut. Takde dah nak fikir pasal hati orang.
Kat sana ada kelas agama. Alhamdulillah kalau bab solat aku hafal je semua bacaan. Termasuk surah lazim, ayat Kursi dan sedikit surah lain. Bacaan mengaji pun alhamdulillah ok.
Bersyukur sangat-sangat sebab Allah tak tarik nikmat ingatan yang satu ni walaupun aku lama tak mengaji.
Solat pun ikut mazhab aku je, mazhab bila rajin. Tapi kat sana, langsung tak tinggal. Even tahajud dan dhuha.
Waktu dalam kelas tu, kebanyakkannya tak pandai solat dan mengaji. Al Fatihah pun ada yang langsung tak hafal. Ada yang umur mak mak kita tau. Seronok tengok diorang nak belajar, walaupun malas tu masih ada.
Ok now aku nak terangkan pasal kancah dadah. Kebanyakan orang yang duduk dalam tu, kes dadah. Jangan tanya dadah apa, sebab aku tak tanya dan tak nak ambil tahu. Banyak yang sudah berkahwin dan ada anak. Ada yang dah bercucu pun.
Mana yang dah ada anak, diorang akan tatap gambar anak diorang sebelum tidur. Entahlah apa feeling diorang waktu tu. Aku tak relate sebab single lagi. Tapi jangan lah main dadah. Hukuman dia bukan sekejap tau.
Walaupun waktu tu hukuman gantung hukuman mandatori, tapi diorang hari-hari doa supaya dibebaskan dari hukuman tersebut. Banyak lah yang diorang doakan. InshaAllah, Tuhan maha mendengar lagi maha mengasihani.
Yang kes bunuh anak semua tu, aku tak nak cerita lebih. Kalau kita baca berita orang bunuh anak, kita sering mempersoalkan kenapa mereka bunuh anak mereka sendiri kan? Lepastu akan keluar kenyataan, masalah mental. Ada betulnya ya.
Aku sendiri nampak diorang ni kalau tak makan ubat, akan mula berhalusinasi. Semoga Allah jaga mereka seadanya.
Sepanjang aku kat dalam sana, solat aku terjaga. Mengaji pun setiap hari. Lepas tu bila ada orang tanya pasal itu ini berkenaan agama or general knowledge, aku seronok je jawab. Yang paling penting, solat aku terjaga.
Aku ada depression jadi mungkin aku trauma ke apa ke. Entah lah. Bila keluar, alhamdulillah aku dah terbiasa dengan cara hidup sana. Kat sana mana ada kipas. So, seminggu jugak la aku tidur kat rumah tak buka kipas.
Kalau mandi tu, seminggu jugak la aku sental satu badan padahal takde daki sangat pun. Haha. Kalau makan, aku tak boleh tengok roti crackers. Tapi sekejap je la. Aku perlu jumpa doktor lagi la kot.
Sepanjang kat sana alhamdulillah takde nak mengamuk ke apa. Sebab aku tak nak makan ubat so dalam dua tahun jugak la aku train untuk kawal diri aku sendiri bila ada episodes.
Kat dalam tu pun boleh baca buku, kadang-kadang pegawai bagi kitorang tengok tv kejap. Alhamdulillah okay je.
Cuma satu lah ya, aku selalu tengok orang yang label banduan ni orang jahat. Tak semua tau. Manusia semua buat salah, kecil dan besar.
Tak semestinya penjara adalah pengakhiran diorang. Setiap manusia mempunyai pengakhiran yang berbeza. Jangan cepat sangat menghukum ya.
Aku bersyukur sangat sebab aku bukan jenis yang judge manusia jadi aku tak ada masalah nak bergaul dengan sesiapa dari dulu lagi.
Mula-mula masuk tu, aku gelisah la. Sebab apa? Tak ada handphone. Haha. Tapi the next dah okay dah. Sebab boleh baca buku.
Mula -mula tu annoying juga la sebab kat dalam tu diorang tak letak jam dinding, kau cuma tahu jam sekian sekian kalau loceng berbunyi. Bunyi azan pun tak dengar.
Kalau yang mistik-mistik tu, so far takde. Yang dah lama duduk dalam tu, ytjt la. Ala kalau ada yang mistik-mistik tu pun buat tak tau je la.
Hmm apa lagi eh? Tu je la kot. Untuk korang yang tengah buat jenayah senyap-senyap tu, dah boleh bersara lah ya. Tak payah lah confident sangat terlepas dari hukuman dunia.
Banyak je jenis hukuman dunia, bukan hukuman masuk penjara je. Hilang keluarga, hilang sahabat pun hukuman dunia juga.
Pengalaman yang aku dapat ni, amat berharga dan mendewasakan aku. Nak masuk balik ke? Memang tak lah. Takde handphone gais, macam mana nak tengok Tik Tok.
Okay tamat lah kisah aku. Sorry ya kucar-kacir sikit. Terima kasih sebab membaca. Nanti-nanti kalau ada kisah lain yang aku ingat, aku share ya.
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit