Pengalaman dan Kemahiran Memandu Untuk Wanita

Assalamualaikum semua. First of all terima kasih admin kerana menyiarkan confession aku ni.

Sebenarnya tujuan aku tulis confession ni adalah kerana aku terbaca satu confession yang pasal
cemburu dengan wanita yang pandai memandu tu.

Sebelum apa-apa, biar aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Diana (bukan nama sebenar). Umur aku 24 tahun. Aku baru saja menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda di sebuah universiti awam di negeri Perak.

Actually aku baru je dapat lesen memandu tahun lepas. Sebenarnya aku tak plan pun untuk ambik lesen seawal ni sebab bagi aku, aku nak kerja dulu dan guna duit aku sendiri untuk ambik lesen. Tapi tu lah, kita ni hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tahun lepas, kawan aku ada ajak aku teman dia buat lesen. Mula-mula aku macam tak nak yelah sebab aku mana ada duit lagi dan aku kalau boleh tak nak menyusahkan mak aku. Tapi lepas tu aku cerita jugaklah dengan dengan mak aku pasal kawan aku ni ajak buat lesen dengan dia, dalam hati aku takdelah mengharap apa-apa pun. Tapi tetiba mak aku kata ambik jelah. Wah! Masa tu aku macam like seriously mak? Sumpah happy gila kot. Tapi bila difikir balik mungkin mak aku fikir aku ni anak bongsu dia, abang-abang dan kakak-kakak aku semua dah ada lesen dan kenderaan sendiri. Aku je yang tak lepas lagi ambik lesen. Nak kemana-mana mesti harapkan orang. Mungkin sebab tu jugak kot mak aku izinkan aku ambik lesen. Alhamdulillah.

So lepas je mak aku bagi green light, aku terus daftar nama aku dengan kawan aku tu dekat sekolah memandu. Mula-mula serious cakap aku nervous nak mampus. Yelah seumur hidup aku mana pernah hayat aku sentuh stereng kereta. Tetiba bila nak ambik lesen jadi macam “Eh aku ke yang kena drive ni?”.Mujur lah jugak aku dengan kawan aku tu dapat cikgu memandu yang bagus. Yang paling aku ingat ayat dia “Awak kalau drive, awak toksah fikir benda lain, awak jaga jalan awak je” Yelah mana tak nya, kalau praktis kat jalan raya cikgu memandu aku tu suruh aku drive ikut jalan sempit yang banyak lori keluar masuk, kecut lah jugak perut aku nak-nak lagi kalau bertembung dengan lori. Alhamdulillah aku ingat apa yang cikgu aku tu ajar. Yang penting jangan panik je. Sebelum test JPJ tu, mak aku ada suruh aku praktis memandu guna kereta arwah ayah aku. Aku pun tak fikir banyak, terus jelah ajak kawan aku tu pergi drive dekat-dekat area rumah aku. Atas jalan raya ok je. Tapi bila dah sampai rumah aku, aku suruh kawan aku tu yang bawak naik kereta kat garaj. Rumah aku ni atas bukit. Agak tricky jugak lah sebab bila dah naik tu kena pandai-pandai bajet pulas stereng tu untuk meluncur terus dalam garaj. Garaj tu pulak sempit, ada tiang kiri kanan. Even abang ipar aku pun tak berani nak try bawak masuk kereta dia dalam garaj tu. Tapi arwah ayah aku pernah pesan, dia kata muat je kereta dalam garaj tu cuma kena pandai-pandai sikit. Pastu kawan aku ni pulak, dengan confidentnya naik terus pulas stereng aku tak tau macam mana mungkin terlebih pulas, terus dia himpit tiang belah kiri. Apa lagi tersagat lah pintu passenger belah kiri tu. Side mirror pulak patah. Aduh nak menangis aku tengok masa tu. Memang kemek habis lah pintu belah kiri. Pengalaman betul. Tapi Alhamdulillah, kitorang berdua pass with flying colours test JPJ kitorang. Yang pasal kereta arwah ayah aku tu pulak, kawan aku bagi duit untuk repair, tapi mak aku cuma ambik half, half lagi mak aku pulangkan.

Ok so lepas aku dapat lesen, aku still tak memandu lagi. Aku nak pergi mana-mana aku masih lagi naik bas atau lrt. Faktor utamanya mungkin sebab aku fobia bila ingat balik kawan aku sagat kereta arwah ayah aku dekat tiang tu. Kedua sebab aku tak nak memandu dengan kenderaan milik orang lain. Sebab korang kena ingat, bila korang drive kenderaan orang, segala risk kereta tu accident, tercalar, apa apa lah semua dibahu korang. Bukan tu je, chances korang bergaduh dengan pemilik kenderaan tu pun tinggi kalau terjadi apa-apa pada kenderaan dorang. So that why aku sematkan dalam fikiran aku yang aku takkan drive kereta orang, even kereta arwah ayah aku sekalipun. Mak aku masa tu dah buntu, yelah lesen dia dah sponsor. Bukan murah che oii! RM1500 masa aku ambik tu. Aku pulak dah habis belajar masa tu. Nak cari kerja kena ada kenderaan jugak. Zaman sekarang ni, nak mintak kerja orang akan tanya kita ada kenderaan ke tak dulu. Last-last mak aku ajak aku pergi showroom Perodua dan dia belikan kereta untuk aku. Tapi kereta ni agreementnya mak aku akan bayar sampai aku dapat kerja je. So hopefully dalam masa terdekat ni aku akan dapat kerja, doakan aku ok.

Alhamdulillah, setelah menunggu selama 4 bulan dan melayan pelbagai karenah birokrasi pihak bank, awal bulan 3 haritu kereta aku pun sampai dengan jayanya di depan rumah aku. Korang jangan tak tau ye, kereta yang korang beli tu boleh request supaya agen korang hantar kat korang. So korang tak perlu lah pergi pick-up dekat showroom dorang. Customer is always right kan? Dah dapat kereta ni, memang nak tak nak kena drive jugak lah, kalau tak mau nya aku kena tempeleng dengan mak aku. Lesen dah bagi, kereta dah bagi.

So first time aku drive kereta sendiri, mak aku duduk kat sebelah. Masa tu ya allah, tangan ni sejuk beku pulas stereng campur berpeluh-peluh. Padahal aircond bukak nombor 1 je, kat luar panas terik tapi aku rasa macam duduk dekat kutub utara. Aku bawak slow je, 40 ko bayangkan? Paling laju pun 60 je. Kereta yang kat belakang aku yang berderet-deret aku buat tak tau je. Lantak dorang lah, sticker P aku dah lekat, takkan tak faham lagi. Kalau rasa tak menyempat dipersilakan potong, simple. Tapi paling aku takut sekali bila bertembung dengan lori, masa ni aku nak harapkan siapa? Cikgu driving school aku mana ada kat sebelah untuk pijakkan brek untuk aku kalau aku terbabas or termakan jalan orang ke apa. So masa ni kena percaya jelah dekat diri sendiri. Confident jela yang kita boleh buat. Tapi confident-confident pun kena lah jugak beringat. Jaga jalan ko. Jangan ketebing sangat, jangan ketengah sangat sampai makan jalan orang. Yang nilah yang memerlukan praktis tu. Nak-nak lagi kalau lalu jalan sempit. Tapi aku berterima kasih jugak lah kepada abang-abang lori yang bagi signal tangan suruh kita potong dia bila jalan kat depan clear takde kenderaan. Yelah bila bawak belakang lori ni, apa yang ada kat depan bukan kita nampak pun. Dan kalau dapat jenis driver lori yang kerek dan dia rasa dia bawak tu dah cukup laju padahal dia tak tau kereta berderet-deret kat belakang dia tapi dia still tak bagi orang potong dia pastu tayar dia makan jalan sebelah, ko rasa? Bagi aku yang newbie ni, aku memang tak nak take the risk. Dah lah aku tak cekap lagi. Cuma kalau ko rasa ko boleh potong tu, teruskan jela. Believe your instinct and be confident. Pastu haa nak cakap ni, time nak potong tu tekan lah minyak kuat sikit, jangan lah ko punya speed pun sama dengan kenderaan yang ko nak potong tu. Silap-silap ko bertembung dengan kereta kat depan, naya. Kereta yang kena potong tu pun, please lah bila ko dah nampak orang nak potong ko, slow down lah sikit, ni ko pun sama naik nak pecut jugak bila tengok orang potong ko.
Alhamdulillah, cukup 2 minggu aku drive jalan biasa. Aku cabar diri aku untuk drive jalan highway yang sesak. Masa ni kemahiran tukar lane sangat penting. Bila ko dah bagi signal nak tukar lane tu cepat-cepat lah masuk. Jangan lah terhegeh-hegeh. Kalau rasa tak berani duduk diam-diam lane akhir tu. Tapi bahaya jugak lane akhir tu pasal bas banyak berhenti nak ambik penumpang tepi jalan. Dibuatnya korang tak sempat brek, tak pasal pasal cium bontot bas. Satu lagi bila dekat tol. Masa ni korang kena pandai bajet jarak ko dengan tempat scan TnG tu. Kalau ko pakai SmartTag takde masalah kot. Kalau ko terjauh sangat, alamatnya ko buka pintu kereta, turun dan scan lah kad ko tu. Kalau rapat sangat nanti takut tersagat pulak kereta ko dengan pondok tol tu. So kena pandai-pandai lah bajet ye.

Bila aku dah cekap sikit jalan sesak tetiba mak aku ajak aku pergi Genting Highlands. Gila kau. Aku cam emm are you sure mother? Tapi aku belasah je. Aku fikir kalau aku tak try sekarang, selama-lamanya aku kat tahap tu je. So aku pun beranikan diri aku untuk drive ke Genting. Sebenarnya aku plan nak parking kereta dekat GPO tu dan naik ke Genting guna cable car. Tapi aku pulak pergi weekend and finding a parking spot was like impossible so aku decide untuk redah jelah naik Genting sampai atas. Fuhh memang mencabar lah aku cakap, aku pulak drive Axia, 1.0 je cc. Mengaum-ngaum jugak lah kereta aku nak naik sampai atas tu. Hahaha. Kereta mahal sedap lah naik laju je aku tengok. Sobs sobs. Tapi takpelah, aku bangga dengan kereta tempatan. Masa nak turun Genting tu kena ada skill jugak yelah bahaya kalau laju sangat jalan pulak bengkang-bengkong. Masa ni perhatian terhadap pemaduan kena 100%. Silap langkah terjuman lah dikau ke dalam gaung. Tapi alhamdulillah takde apa-apa yang terjadi pada aku dan aku selamat turun dari Genting dengan jayanya. Mak aku jangan cakaplah, memang confident terus naik kereta dengan aku. Kalau tak sebelum ni asyik brek-brek je guna kaki dia kalau aku drive. Hahaha.

So tu jelah kot aku nak share. Aku pun tak sampai sebulan lagi drive kereta. Tapi milage kereta aku dah seribu lebih. Hari isnin aritu aku baru bawak pergi service centre untuk 1000km inspection. Terkejut orang service centre tu awal sangat aku hantar kereta. Dia kata kalau macam gini gayanya sekejap je aku sampai 10,000km. Well biasalah, prinsip aku nak pandai kena selalu praktis. Sejak dapat kereta boleh dikatakan hari-hari aku drive. Nak pergi kedai beli tepung pun aku drive. Lantak lah orang nak cakap ap, janji aku pandai drive. Confident tu dia akan datang bila kita dah bawak kereta. Sama jugak macam skill. Kena bawak jugak apa-apa pun baru ko tau sendiri macam mana nak bajet ke apa ke. Kalau ko tanya orang memang orang tu boleh tunjuk, tapi at the end of the day, ko kena jugak drive untuk faham apa yang orang tu maksudkan. Nasihat aku pada wanita-wanita di luar sana yang takut nak drive, be confident, believe in yourself. Tak cuba tak tau. Macam aku lah. Kalau tak aku pun rasa aku takkan pandai drive sampai bila-bila. Jangan takut untuk mencuba, kalau tak berani study sikit dan ajak orang yang pandai drive teman. Kalau bab parking serious aku cakap, it takes time to master. For the beginning memang ko akan parking teruk gila. Terapat dengan kereta sebelah la, kereta senget lah, tayar senget lah. Macam macam lah. Tapi lama-lama okay inshaallah. Keep trying dan jangan putus asa. Gambate everyone!

– Diana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *