Pengalaman dan Realiti Kerjaya Pada Masa Kini

Terima kasih Admin sekiranya cerita ini dipamerkan. Zaman sekarang bukan zaman untuk pilih kerja sebaliknya zaman sekarang adalah zaman rembat kerjaya yang ada. Ini cerita aku, perjalanan hidup aku bermula dari bawah sehingga sekarang yang masih terkapai-kapai mencari kerja.

Realiti orang macam aku tak seindah drama tv. Susahnya nak cari kerja yang sesuai dengan bidang pengajian. Aku mula menceburi bidang kaunseling pada tahun 2009. Soal minat aku tolak tepi, why? Sebab benda apa pun, kau akan bermula dari zero then bila lama-lama kau akan minat bidang tu.

Aku buat degree dalam bidang kaunseling dan master pun dalam bidang kaunseling. Kau yang membaca tu jangan anggap aku nak menunjuk. Ini luahan aku, tak perlu kau nak berfikiran negatif. Aku memerlukan pandangan positif yang dapat membuka mata ramai pihak agar memahami orang seperti aku.

Okey, sambung balik cerita aku tadi. Dalam pada aku belajar aku juga bekerja dalam pelbagai sektor. Takdelah sektor sangat huhu. Masa degree aku pernah bekerja sebagai pembantu kedai buku selama setahun dan pembantu kedai makan tiga tahun. Bekerja di kedai buku, kau kena sabar dengan tauke yang sentiasa nak kau bergerak buat kerja.

Ya aku faham, setiap tauke tak sama kan. Mungkin aku yang kurang bernasib baik. Bekerja di kedai makan dapat melatih aku untuk menjadi seorang yang penyabar, bertimbang rasa dan bertanggung jawab. Why? Sebab Customer always right. Yang mana tak pernah kerja kedai makan, takkan tahu perasaan sebagai pembantu kedai makan.

Settle degree, aku apply kerja guna sijil SPM sampai ke sijil Degree, tapi habuk pun tak dak. Kecewa bak angg. Sambil-sambil tu aku masih bekerja di kedai makan, dari kedai makan mamak sampai ke kedai makan siam. Aku pernah kerja di kilang selama sebulan. Sebulan pun aku tak dapat bertahan. Bukan sebab memilih tapi disebabkan masalah kesihatan.

Seminggu kerja dah kena batuk sampai hujung bulan batuk tak berhenti. Hujung bulan dapat gaji, aku pun angkat kaki. Mana tahan, aku ni pesakit asma yang pakai inhaler. Lepas berhenti kerja kilang, Alhamdulillah kesihatan aku makin baik.

Pertengahan bulan mac 2013 kot, aku apply master di satu universiti ni. Sambil menunggu result, aku kerja di kedai makan siam. Then aku dapat panggilan guru ganti. Aku rembat peluang ni. Aku mengajar di belah siang, jam 5 petang aku kerja di kedai makan. Aku kumpul duit untuk belajar di Universiti.

Awal bulan empat, aku dapat tawaran mengajar di pusat tuisyen setiap sabtu pagi. Aku bekerja dalam dua bidang berbeza. Yang pertama food and Beverage dan lagi satu education la kan. Aku buat sebab keluarga aku susah. Cukuplah aku cakap susah, tak perlu aku nak nyatakan sampai ke tahap mana. Ada orang lagi susah dari keluarga aku.

Aku rasa dalam bulan September 2013 kot, aku selamat mendaftar di universiti tu. Aku buat master yang ada kelas dan tesis. Kelas aku setiap jumaat dan sabtu. So aku terpaksa berhenti semua kerja yang aku buat. DI sana aku tumpu pelajaran seratus peratus tanpa kerja. Aku survive guna duit mara. Mara bagi aku pinjam berapa belas ja. Tapi duit yang aku dapat tu dapat menampung aku dan ibu bapa aku.

Semasa berada di tahun akhir universiti, aku bekerja sebagai pembantu penyelidik. Pembantu penyelidik banyak membantu mengasah soft skill aku. Sehinggalah aku grad master, aku masih bekerja dalam bidang yang sama dan bekerja pula sebagai instruktur.

Aku grad tahun 2016, kini dah 2018 aku masih lagi bekerja sebagai pembantu penyelidik dan instruktor. Untuk pengetahuan pembaca, pekerjaan pembantu penyelidik bukanlah kerjaya tetap. Aku sentiasa upgrade resume dan sentiasa aktif mencari kerja tapi sampai sekarang masih tidak mendapat pekerjaan tetap. Cuba bayangkan, hanya 3 bulan kontrak, kemudiannya hidup jadi satu perjudian untuk menunggu kontrak seterusnya. Itupun jika ada.

Disebalik gap tersebut aku buat tuisyen untuk guru-guru menulis projek paper dan mengajar basic SPSS. Aku juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti universiti semata-mata untuk menambah pengetahuan. Untuk bekerja dalam bidang pengajian sendiri? Pengalaman dalam bidang kaunseling zero. ‘Maaf Cik kami mencari kaunselor yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya setahun.

Selama beberapa tahun aku mengutip pengalaman, tapi masih kabur dalam mencari bidang kerjaya yang sesuai. Aku bersyukur dengan hidup dan kerja aku, tapi aku inginkan pekerjaan tetap, gaji yang setimpal dengan pekerjaan. Aku juga ingin memiliki sebuah kenderaan dan memberi kesenangan untuk keluarga aku. Siapa aku untuk menidakkan rasa hati ini.

Dimanakah silapnya graduan seperti aku, dia, kami dan kita yang masih tidak mendapat kerja? Alasan apa yang patut aku, dia, kami dan kita patut berikan, apabila status sebagai penganggur masih lagi menjadi topik perbincangan? Dimana hak kami untuk mencari pengalaman sekiranya kami tidak diberi peluang?

Aku tertanya-tanya, setiap tahun enrolment graduan yang dikeluarkan oleh IPT adalah tinggi. Dimana semua graduan tersebut akan ditempatkan? Kita mungkin sedar kadar pengangguran semakin meningkat, tapi kita tidak sedar bahawa pasaran kerja di negara kita tidak mampu menampung jumlah graduan yang ada.

Yes, kat Malaysia ni memang banyak kerja tetapi dari aspek pekerjaan professional yang sesuai dengan kelayakan macam mana? Ada yang kata “Bekerjalah dalam bidang lain dulu, cari pengalaman.” Okey, fine tapi sampai bila?. Apa tindakan kementerian yang berkaitan? Apa tindakan kerajaan? Untuk majikan pula, apakah peranan majikan dalam isu sebegini? Kenapa graduan tidak diberi peluang sewajarnya dalam sesuatu bidang pekerjaan?

Aku pasti, ramai lagi yang macam aku. Terjun bidang lain dan mungkin ada dalam kalangan kita ni tak mengharap pekerjaan dalam bidang sendiri. Asal apa pun boleh sebab dah diberi peluang untuk bekerja dalam bidang lain. Aku dah cuba cari kerja dalam bidang lain, tapi tak ada rezeki. Hanya ini rezeki aku buat masa ini.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang nak bagi pandangan atau nasihat untuk aku dan semua graduan seperti aku, dialu alukan.

– Cik N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *