Pengalaman dan Tips Masuk Ke Raudhah di Masjid Nabawi

Masuk Raudhah ni perlu ada strategi jugak tau sebab bukan kita seorang je yang nak solat dalam tu, ribuan orang. Lebih-lebih lagi tempat Raudhah orang perempuan ada masa-masa tertentu je boleh masuk. Lepas subuh, lepas zohor dan lepas isyak je. Tak macam lelaki 24 jam terbuka. Tapi adik saya kata tetap ramai jugak orang. Yelah, tempat tumpuan 1 dunia kan, memanglah ramai.

Saya nak kongsikan cara masuk dan solat di Raudhah untuk wanita. InsyaAllah dengan keyakinan kepada Allah, semua Allah mudahkan.

1. Nak masuk ke Raudhah hanya melalui pintu 25 sahaja bagi wanita. Kalau lelaki saya tak pasti. Jadi kalau nak masuk Raudhah, ikut pintu 25. Kalau pintu lain tak jumpa.

2. Sebelum nak masuk, ada 2 check point tau. Yang pertama di luar pintu besar Raudhah. Yang kedua pintu masuk utama Raudhah. Polis tu akan suruh beratur ikut ‘bahasa Melayu’. Ikut je. Orang bahasa melayu ni ada Indonesia, Singapore, Brunei. Paling senang nak cakap, orang berbahasa melayu ni paling dengar cakap polis yang jaga tu. Polis tu pun baik sangat dengan orang melayu sebab faham kerja dorang. So kalau dia suruh beratur, ikut je bahasa tu. Jangan masuk geng india, pakistan, turki. Please jangan sesekali.

3. Nak masuk Raudhah ni ambil masa 2-3 jam tau sebab bergilir-gilir masuk dengan geng india, pakistan, turki dan lain-lain. Bila geng dorang masuk dulu, kita jangan ikut. Biar kita masuk ikut geng kita. Jangan buat naya sebab nak cepat punya pasal hahaha.

Sambil-sambil nak tunggu masuk Raudhah itu buat solat hajat dan doa masa sujud akhir minta Allah rezekikan untuk solat di Raudhah. Raudhah ni taman syurga, doa disitu sangat mustajab. Mutawiffah yang bawa saya masuk Raudhah bagitahu, kalau kita tulis doa apa yang kita minta di Raudhah, kita boleh tandakan yang mana Allah bagi. Ustazah banyak pengalaman, banyak doa ustazah Allah makbulkan. Sebak saya dengar bila ustazah cakap macam tu. Katanya lagi, kita yakin je, Allah mesti bagi.

4. Baca Rabbi Yassir Wala Tu’asir diselang selikan dengan selawat kepada Nabi Sallahu ‘Alahi Wasalam. Kalau nak tahu Raudhah hanya karpet hijau, semua karpet ni Masjid Nabawi bewarna merah, hanya di Raudhah je warna hijau. Gambar karpet boleh google. Bayangkan dalam kepala yang bila kita sampai je dalam Raudhah atas karpet hijau, Allah bagi ruang untuk kita solat. Jangan hiraukan orang ramai, macam mana aku nak solat ni, ramai gila. No! Jangan sesekali fikir. Sangka baik je yang Allah akan bagi kita ruang solat.

5. Masuk secara berkumpulan 3-4 orang. Jangan berpisah. Bila dah masuk je Raudhah, bagi salam pada Rasulullah. Assalamualaikum Ya Khalilullah Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala alihi Sayyidina Muhammad, Assalamualaikum Ya Habibullah Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala alihi Sayyidina Muhammad, Assalamualaikum ya Syafi’ullah Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala alihi Sayyidina Muhammad. Setiap kali bagi salam , selang selikan dengan selawat.

6. Jaga akhlak dan adab dengan Rasulullah. Alhamdulillah masa masuk Raudhah haritu orang Malaysia sangat jaga adab. Saling membantu nak bagi orang solat. Tak bertolak-tolak. Kalau kita masuk secara bergroup, buat halaqah, so tengah-tengah tu bergilir-gilir solat.

7. Doa di Raudhah sangat makbul. Pastikan jangan terlepas peluang ni. Doalah di akhir sujud. Sujud lama-lama pun takpe asalkan dapat sampaikan hajat kita kepada Allah dengan berkat Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasalam. Sebab bila kita dah bagi salam je, dah kene bangun, memang takda can nak tadah tangan. Kalau ada memang rezeki. Lepastu kita pula tolong orang lain untuk solat. Kalau kita takda rezeki untuk solat, pastikan kita banyakkan berdoa disitu. Kalau takda rezeki solat di Raudhah pastikan kita doa di situ. Jangan lepaskan peluang bila dah berdiri atas karpet hijau.

Janganlah pula doa nak kaya saja, doa juga nak mati dalam iman, nak jumpa Nabi dalam syurga, nak mimpi Nabi.

8. Bila selesai solat, ikut arah pintu untuk keluar. Minta pada Allah sampaikan kita lagi di Raudhah ini untuk bertemu Nabi. Sedih sangat masa nak keluar ni hanya Allah yang tahu.

Raudhah sangat-sangat padat dengan manusia, tapi ketenangan duduk di Kota Madinah sangat mahal yang tak dapat digambarkan dan dirembeskan dengan kata-kata. Saat 2 mataku ini melihat kubah hijau dan mimbar Nabi buat hati rasa sayu dan rindu pada Nabi. Jauh betul akhlak diri ini dengan Nabi.

Moga kita semua berpeluang menziarahi Rasulullah di Masjid Nabawi yang tersangat indah dan nyaman.

Ila Hadratin Nabiyil Mustofha Sayyidina Rasulullah Shallallahu 3alaihi wa Sallam

 

– Cik Nadhirah Rashid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit