Pengalaman Dan Tips Umrah 2024

Assalamualaikum pembaca. Saya terpanggil untuk buat penulisan ni lepas baca pengalaman umrah seorang confessor baru-baru ni.

Saya baru balik dari bumi haramain hujung Ogos lepas. Saya daftar dengan travel agent sorang diri. Alhamdullilah tak rasa keseorangan pun. Lagi rasa khusyuk nak beribadat bila tak terikat dengan orang ni, hehe.

Ada few tips saya nak share dekat sini. Lepas balik trip ni, rasa nak jadi mutawifah pun ada haha nasib baik saya bukan background ilmu agama, kalau tak memang dah apply dah. Seronok rasa bila dapat berbakti dekat tetamu Allah ni.

Andai ada cadangan saya yang salah, mohon tegur di ruangan komen ya. Saya hanya hamba yang baru belajar.

Tips pertama untuk pengalaman di mekah.

1. Pakaian – Dekat safwa tower tingkat 3 ada banyak kedai jual jubah 5 helai 100 riyal. Jubah nya cantik. Cuma kena standby inner sebab sedikit jarang. So kepada sesiapa yang plan taknak bawak jubah banyak tu boleh la melontar riyal disini, hehe.

Lagi satu boleh ke sok kak kiah sebab sini jubah nya lebih cantik dan murah. Lepas solat di Masjid Nabawi Madinah pun ada orang jual jubah hitam 15 riyal je. Kain tebal siap ada sulam.

2. Makan – Saya ambil pakej tanpa makan. Bagi saya lebih mudah sebab kita tak terkejar kejar nak balik hotel lepas solat sebab kita boleh standby makanan je dalam beg kita untuk isi perut.

Lepas subuh buat tawaf sunat then duduk iktikaf sementara dhuha. Lepas dhuha baru saya cari makan. Tu pun saya tak explore sangat clock tower dan bahagian lain sebab mmg banyak habiskan masa di Masjidil Haram saja.

3. Ruang solat wanita – Saya kongsikan untuk ruang solat muslimat ya sebab saya perempuan hehe. Saya sempat merasa tiga bahagian solat.

Pertama of course di mataf. Saya rasa ni macam tempat kita me time dengan Allah sebab dapat pandang kaabah lama-lama. Tapi tempat ni paling kena datang awal. Cuma saya seorang so lambat pun takpe sebab saya senang menyelit hehehe.

Yang kedua adalah first floor. Tempat ni ber aircond dan lebih selesa. Macam dalam masjid biasa kita masuk. Air zam zam pun lagi senang nak ambil. Kalau nk beriktikaf lama sini adalah tempat yg lebih selesa.

Yang ketiga adalah rooftop. Bahagian ni sesuai sebelum subuh atau maghrib ke isyak. Sebab ada waktu berangin, ada waktu agak panas. Bawa botol air kemana mana tau supaya kita sentiasa ada stock air zam zam.

4. Tawaf wada/Wida – Sebelum buat tawaf wada, ambil la masa untuk duduk diruangan mataf, iktikaf, atau sentuh kaabah. Sampai masa kita betul2 dah nak balik hotel untuk bersiap baru mulakan tawaf wada.

Kalau kita tawaf awal, nanti rasa rugi banyak masa di hotel tunggu waktu yang sepatutnya kita spend kan dalam masjidil haram. Lepas tawaf wada kita kena terus ke hotel dan ada banyak pantang larang nya. Jadi, susun masa betul2.

5. Gua Hira – Selalu orang tak confident nak naik ke sini sebab kita penat di mekah dgn ibadah tawaf, umrah dan sebagainya. Tapi percaya lah, kita minta Allah bg kekuatan pergi je naik gua hira ni untuk menghayati pengorbanan Siti Khadijah.

Saya seorang hikers, tapi saya rasa trip kalini sangat berbeza. Tak kejar puncak ke apa, lebih kepada menghayati sirah dan perbanyakkan selawat. Nanti dapat la tengok betapa terangnya di puncak walaupun tiada lampu. Diterangi cahaya langit sahaja. (Saya naik waktu malam selepas isyak).

6. Al-quran – Saya ada bawa al-quran sebab nak baca bahagian tafsir. Cuma lepas ke sana saya rasa lebih baik tak bawa al quran sebab senang sangat nak dapatkan al-quran di mana-mana.

Lagi satu orang dekat sana suka melangkah beg kita, walaupun saya keluarkan al-quran letak atas beg pun diorang langkah juga. So saya rasa kalau di rezekikan ke sana lagi, memang saya guna al-quran waqaf sahaja.

Untuk bahagian Madinah pula

1. Sekarang ni bahagian solat di pintu Abu Bakar As siddiq sebelah raudah tu ada buka untuk kaum muslimat jam 8am macam tu. So untuk waktu dhuha boleh la aim untuk solat dekat sini. Terasa dekat dengan Rasullulah.

Kalau macam saya sebab ruangan solat Masjid Nabawi ni terhad, so saya memang aim subuh di luar dan akan masuk dalam masjid lepas orang keluar solat subuh dan stay dalam tu hingga waktu dhuha. Sempat la tengok payung tutup sekali, hehe.

Dekat screen luar tu akan tunjuk warna hijau maksud nya ada kosong bahagian solat dalam, kalau merah tu dah full.

2. Raudah – Raudah pun saya direzeki kan untuk masuk dua kali. Muassasah dengan nusuk. Masa masuk memang saya aim berlari supaya dapat solat saf depan dan alhamdullilah memang dapat.

Pengurusan sekarang bagus sebab dua kali masuk tu memang dekat setengah jam juga la saya dalam tu. Tenang sangat rasa. Dekat raudah ni banyakkan solat taubat dan solat hajat. Selagi tak kena halau, korang tukar je spot lain untuk teruskan solat.

Banyakkan berdoa waktu sujud memang pengawal takkan kacau kita. Ustaz saya bagi tips, bawa sejadah masuk raudah dan guna sejadah tu sampai balik Malaysia.

Hehe, saya buat. Takde kepercayaan atau taksub apa pun, cuma macam law of attraction gitu. Cuma takde la bentang seluasnya dalam raudah, lipat sejadah empat bahagian cuma letak bahagian muka sahaja.

3. Masjid Quba – Selalu nya setiap travel agent akan bawa jemaah untuk ke Masjid Quba waktu pagi. Tapi travel agent saya dapat mutawif yang rajin. Dia offer ramai2 naik buggy pergi masjid Quba pada hari free and easy. So dapat la saya ke sana dua kali.

Masa pergi dgn mutawif tu kami buat solat maghrib dan isyak. Tenang sangat rasa dengan berteman kan bunyi hujan malam tu hehe. Jemaah pun tak ramai sangat. Siap jumpa orang local madinah sempat berborak dengan mereka.

Hari berikutnya pergi dengan jemaah ramai-ramai naik bas waktu pagi. MashaAllah ramai sangat orang sampai kami solat diluar je. So saya sarankan korang kalau ada kelapangan pergi ke masjid Quba waktu selain dhuha.

4. Period pill – Saya ada ambil period pill sbb period saya teratur dan expected datang haid sewaktu di madinah. Nasihat saya dapatkan consultation doctor, bukan dari kawan2, tiga bulan sebelum tarikh terbang ke tanah suci. Dan hanya kita tahu badan kita.

Saya ambil pil hormone, Alhamdullilah sampai Malaysia berhenti makan ubat, hari berikut nya terus period. Saya ada dengar podcast Solusi Umrah dekat youtube.

Ustazah tu cakap tak perlu ambil ubat sebab haid pun datang dari Allah. Tapi saya taknak lepaskan peluang nikmat beribadat dekat sana. So, keputusan terpulang pada masing-masing.

Selain daripada tu korang tak perlu risau. Banyakkan berdoa sebelum ke sana juga minta Allah permudahkan. Alhamdullilah saya takde ujian2 berat pun dekat sana, diberi kesihatan yang baik tanpa demam sepanjang di mekah dan balik Malaysia, jemaah semua baik, mutawif bagus.

Rasanya berkat saya sungguh2 doa sebelum ke sana, sebab saya sorang kan so insecure tu tinggi sikit haha. Tapi Allah bagi semua nya lancar je Alhamdullilah. Dan jangan lupa untuk banyakkan sedekah. Saya beli tasbih digital dekat shopee dalam 30 biji bawak utk sedekah ke sana.

Jemaah dari India, Pakistan, Indonesia ni peluk kita tau dapat tasbih digital ni. Ada yang terus buka depan saya dan terus guna. Happy tak terkata perasaan kita tengok. Dan bawa juga pack biskut untuk bagi pada kanak-kanak dalam masjid. Kanak-kanak dekat sana comel sangat.

Ni antara doa yang saya amalkan selepas tahajud sebelum berlepas dulu. Saya tak ingat saya dapat dari mana. Semoga bermanfaat.

‘ Ya Allah ya tuhanku, Kurniakan lah mutawif yang berilmu pengetahuan, yang boleh membimbing kami dalam menyempurnakah ibadah umrah kami dengan baik sepanjang disana.

Ya Allah Ya rahman Ya Rahim, kurniakanlah kepada kami kesihatan jasmani, rohani yang baik sepanjang berada di Mekah dan Madinah supaya kami dapat melaksanakan ibadah wajib dan sunat dengan baik. Tangguhkan lah haid ku sampai aku sampai ke tanah air Malaysia semula ya Allah.

Lapangkan lah dan mudahkan lah setiap urusan kami sebelum kami menunaikan umrah, sepanjang kami menjadi tetamu mu Ya Allah, dan setelah pulang menunaikan umrah.

Ya Allah, hadirkan lah orang yang baik baik dalam kumpulan kami, yang rajin menolong, yang baik yang kuat ibadah, supaya kami tidak lalai dengan hal keduniaan sepanjang berada disana.

Ya Allah mudahkanlah kami masuk dan berada di tempat mustajab doa seperti raudah, tempat2 yang ada kisah Nabi Muhammad supaya kami lebih menghayati sirah Nabi.

Ya Allah, cukupkan la keperluan ku disana nanti terutama makan dan minum serta kesihatan yg baik tanpa sakit ya Allah. Ya Allah, kau kabulkan lah setiap doa yang kami bawa ke tanah suci ini Ya Allah, kabulkan lah di waktu yang terbaik untuk kami’

– Tocha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian saudari. Insyaallah sy akn ke sana bersama 3 kawan. Smeoga kami semia diberikan kemudahan n kesihatan yg baik sepanjang masa. Doakan kami ye..

  2. Alhamdulillah, terima kasih utk perkongsiannya, dapat tambah checklist. Doakan saya pulak dapat buat umrah dengan kesayangan saya. Insya allah semoga dipermudahkan segala urusan korang yg mendoakan hehe. Thanks

  3. Alhamdulillah, terima kasih utk sharing yg bermanfaat. Doakan saya dpt pergi umrah dan haji tahun depan. aamiinn. Semoga dipermudahkan segala urusan korang semua yg mendoakan hehe…tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *