Hai dan assalamualaikum. Semoga semua pembaca dalam rahmat Allah sentiasa.
Sebagai pendahuluan, cerita ni mungkin agak panjang berkisarkan pengalaman buang saka dan rawatan kononnya Islam, tapi kalau anda dapat baca sampai habis & bagi pandangan, saya benar-benar amat hargai.
Al kisah nya, saya pernah diajak ke suatu tempat, (kawasan dirahsiakan bagi menjaga sensitiviti) untuk membuang saka.
Sebenarnya idea membuang saka ni langsung tidak terlintas dek akal kerana saya dan suami sejenis yang tak ambil ‘port’ bab begini.
Ibu mertua suarakan hasrat untuk bawa kami sekeluarga ke sana kononnya saka ni perlu dibuang secara menyeluruh dari nenek sampai ke cucu supaya ‘mereka’ tak ganggu dah.
Dah beberapa kali diajukan hasratnya untuk kami pulang ke kampung, tiba lah hari untuk membuang saka tersebut.
Long short story, saya amat terkejut kerana amalan buang saka ini masih dipercayai bulat-bulat oleh sesetengah orang.
Saya tak menafikan kewujudan alam ghaib, tapi tidak pula taksub. Selagi dia tak kacau, dan tak ada keperluan untuk sentuh bab ni, saya biarkan. Suami pula sejenis fictional & lebih percaya perubatan doktor.
Semasa upacara tersebut, kami mengikut giliran untuk berjumpa dengan ‘Tok” tersebut.
Dia akan bertanya nama & kononnya boleh nampak segala jenis jin dan saka yang bertenggek dalam badan. Ada yang bentuk mawas, harimau putih, serigala dan bermacam haiwan ganas lagi.
Yang lebih tak menyakinkan, tok tersebut hanya gunakan botol air mineral kosong yang telah terpakai & sangat kotor. Ada yang di bawah kerusi, ada yang di atas lantai,
Tatkala nak buang, dia akan sambil lewa ambil botol tersebut dan ‘sumbat’ jin ke dalamnya. Langsung tak bersedia dengan keadaan rumah yang berbau najis kucing yang tidak dibuang. Amat tak selesa.
Selepas itu, katanya lagi semua jin akan di Islamkan dan buat haji, dihantarnya ke Mekah. Allahu.. saya terpinga2 saja. Nak gelak macam tak hormat pula. Sedih pun ada sebab ada yang percaya. Bercampur baur.
First red flag terhadap tok adalah merokok semasa kami sedang dalam proses tersebut. Kalau betul perubatan islam, kenapa merokok?
Kalau ya pun nak merokok, kenapa waktu tu? Saya tak boleh hadam. Berkepul2 asap. Dengan anak kecil bersama saya waktu itu. Kenapa tak ada common sense???
Yang keduanya, tok juga tak bersarung tangan. Tak menjaga batas. Dah tahu nak ‘merawat’ orang, tolonglah pakai sarung tangan sebab ada juga dia pegang kepala dan beberapa anggota badan termasuk perempuan bagi rawatan tersebut.
Yang ketiga, saya rasa amat sesat bila dia claim boleh bercakap dengan roh. Roh ya. Roh. Kononnya boleh panggil roh masuk ke dalam badan isterinya (isteri sebagai pengantara) semasa proses tersebut.
Dan lebih memeranjatkan saya, dia berjaya raih kepercayaan ahli keluarga mertua saya. Waktu tu saya terus undur diri. Buat2 sibuk di belakang. Tak mahu masuk campur.
Hingga kini, jika ada keluarga ditimpa kesulitan diajaknya pergi jumpa tok. Nak menangis saya rasa.
Bukan tak mahu cakap secara terus terang. Saya ada suarakan. Tapi diajaknya juga katanya antara ikhtiar. Saya bukan lah alim, tapi saya juga tak suka perbuatan begini. Rasa berdosa ya amat.
Saya nak minta pandangan macam mana nak bagi ahli keluarga tak taksub dengan kepercayaan tu. Bukan semua ahli keluarga yang taksub sebenarnya.
Kalau ada yang berpengalaman sama seperti saya, boleh juga comment supaya saya dapat idea nak bincang dengan suami.
Tolong doakan hubungan saya & suami serta ahli keluarga ya.
Terima kasih semua. Salam sayang dari utara tanah air.
– Minnie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Memang ada di zaman moden ini amalan yg seumpama ini.. minta maaf, kita tidak nafikan bhw makhluk2 halus ini wujud, dan tidak sedikit yg mengalami gangguan dsb.. tetapi, jika terpaksa ‘berubat’ pon, agak2 lah utk memilih perawat.. mmg kbanyakan mrk mnggunakn ayat2 ‘rukyah’ serta bacaan2 dlm bhs arab yg kdg2 tidak ‘familiar’ kpd kita, tambah plak bg kita yg xfhm bhs arab ni.. ada yg bole ‘scan’ org hanya dgn melihat gambar atau di depan mata, hampir semua org ada msalah saka, sihir, santau dsb., dan perlu rawatan yg selanjutnya.. bkn x pecaya, tp kita yg dtg td sihat2 dan tenang shj, bla blk ke rumah, berkerut dahi memikirkan siapa pulak yg ‘dengki’ dgn kita, sampai hati ‘buat’ kita begitu begini dsb.. nasihat saya (secara peribadi), jgn trlalu ‘taksub’ dan percaya bulat2 apa yg diperkatakn.., kerana jika terlalu pecaya bhw ada ‘kuasa’ lain yg boleh melemahkan atau membuat kita sakit dsb., takut nt jatuh ke peringkat ‘syirik’ pula (Na’uzubillahi min zalik).. kita semua tahu bhw dosa syirik ini adalah peringkat dosa yg x diampunkn oleh Allah.. so, tenang2 shj, tingkatkn ibadat spt membaca Qur’an dan berzikir dan mohon perlindungan Allah SWT dari penganiayaan org2 yg dengki dgn kita.. Wallahua’lam bissawab