Pengalaman di Asrama

Pengalaman aku ini berlaku semasa aku semester 1 lagi, sekarang ni dah konvo pun. Aku sepanjang hidup tidak pernah menetap di asrama.

Setelah dapat tawaran untuk sambung belajar, aku kuatkan semangat untuk belajar walaupun berat hati nak menetap di asrama, bermulalah episod baru dalam hidupku, aku ditempatkan di bilik bersama 4 orang pelajar berlainan kos, sewaktu mula-mula masuk di bilik tu aku dapat rasakan sesuatu yang pelik pada bilik tu, untuk kuatkan diri aku selalu mengaji dan bersama-sama rakanku solat berjemaah di bilik. Bilik aku terletak di ting2 bersebelahan dengan tangga, ketika waktu malam aku pernah terdengar orang berjalan turun tangga, orang berlari-lari di kaki lima tetapi aku tidak pernah ceritakan pada sesiapa, kemuncak segalanya berlaku apabila pada suatu malam pintu bilikku diketuk dan digoncang dengan kuat pada pukul 3 pagi dalam waktu yang agak lama, aku dan rakanku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Keesokannya kami bertanyakan pelajar-pelajar bilik lain adakah mereka pernah mengetuk pintu bilik kami, tetapi tiada yang mengaku. Malam seterusnya, tingkap bilik kami pula diketuk dengan kuat, selepas diketuk terdengar seakan-akan tingkap cuba dibuka. Salah seorang rakan kami membuka ayat kursi didalam handphone, setelah itu barulah semuanya tenang.

Malam seterusnya rakan sebilik kami “Si S” mengigau ketika tidur, dia menyanyi, ketawa, paling menakutkan dia bangun dan memandang di atas almari sambil bertanya ” knp dduk kat situ” , semua dia lakukan dalam keadaan mata terpejam. Kami cuba kejutkan dia tetapi dia tetap tidak sedar. Kami mengambil kputusan untuk membuka bacaan ayat kursi, tetapi si s ni marah2. keesokan pagi kami ceritakan pada si S, tetapi dia betul2 xsedar dia mengigau semalam. Macam2 lagi perkara pelik terjadi dalam bilik tu.

Pada ptg khamis, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah, pada malamnya, Si S terkena histeria dalam bilik tu. Nasib baik aku pulang pada petang itu. Selepas kejadian itu aku tidak lagi menetap di asrama, aku sanggup berulang alik dari rumah walaupun jauh.

Cerita ini sekadar untuk berkongsi pengalaman menakutkan dalam hidup aku. Terima kasih kpd yg sudi mmbaca.

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit