Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-duduk-di-wad-psikiatri-hospital-melaka/).
Hi saya Tiffany (bukan nama sebenar). Berumur 27 tahun dan single not available. Terima kasih kalau confession part 2 ini disiarkan.
Saya sudah baca komen komen di confession saya terdahulu. Saya adalah melayu dan beragama islam.
Tentang confession yang saya baca dahulu tentang ppukm itu yang agama bukan penyelesaian untuk penyakit mental saya setuju sangat.
Saya dapat penyakit ini sejak saya percubaan pmr. Saya blank tidak dapat jawab peperiksaaan percubaan. Ketika saya menjawab trial pmr itu fikiran saya kosong seperti segala ilmu yang saya belajar hilang.
Kemudian saya dibawa ke kaunselor. Dekat perjumpaan dengan kaunselor saya nampak pelajar lelaki keluar dari bilik kaunseling.
Di bilik kaunseling saya ada halusinasi terdapat dua pelajar lelaki di belakang membuka kasut dan stokin. Kaunselor menulis surat untuk dirujuk ke pakar psikiatri hospital melaka.
Selepas itu setelah sebulan saya cuba untuk dapat appointment di klinik psikiatri hospital melaka. Saya telah di beri ujian lisan psikiatri oleh pakar dan saya diberi ubat risperidone.
Lupa saya nak bagitahu ketika ini saya berumur 15 tahun. Ubat risperidone membuat berat badan saya naik mendadak dari 54 kg ke 75 kg. Muka dari comel menjadi hodoh.
Tapi saya tak mau cerita tentang ini sebab saya nak cerita pengalaman masuk wad kali kedua di wad psikiatri hospital melaka sebab saya baru ingat kejap tadi.
Sebenar nya saya attempted suicide dengan makan overdose ubat risperidone 30 biji tapi saya membuat keputusan untuk terus hidup.
Abah membawa saya ke hospital alor gajah dan saya mula diberi iv drip. Kemudian saya ditukar ke hospital melaka naik ambulance.
Saya dirawat iv drip jew seingat saya. Lepas saya sembuh dari suicide attempt tu saya di admitted lah ke wad psikiatri.
Saya buat apa kat dalam wad tak berapa ingat lah. Tapi rasa seminggu ke 3 hari di sana. Saya ada pengalaman solat di wad psikiatri.
Setiap kali azan saya solat. Betul betul solat sekali telekung. Ada pesakit lain perempuan juga solat.
Ketika saya tengok tv, di sebelah saya ada pesakit perempuan dia mengadu kat saya yang dia kebas kaki. Selepas itu saya ajar dia urut dan tumbuk kaki dia.
Halusinasi ketika itu saya nampak huruf huruf jawi di siling. Huruf huruf itu memang mengganggu saya.
Saya ada habit memeluk tiang. Ketika itu saya ada delusi yang semua nurse nurse itu mengumpat saya. Tapi saya buat tak endah je delusi itu sehingga doktor pun saya tak bagitahu.
Kemudian saya dilawat oleh abah dan mama.
Ketika kali kedua saya masuk admitted di wad psikiatri maybe tahun 2015/2014 saya pun tak berapa ingat sebab seperti memori saya block segala memories yang ada tentang suicide attempt saya ini.
Di luar wad ada pagar. Di luar ada meja meja kerusi. Doktor yang hensem itu bertemu abah dengan mama. Mereka berbincang tentang saya.
Kemudian doctor bagitau saya dan cakap,”Tiffany nak balik tak?”.
Saya pun cakap lah nak balik. Kemudian saya tukar baju pakai baju kurung yang sudah diwakaf kat wad psikiatri.
Abah dan mama bawa saya ke hutan botanikal melaka dan saya makan nasi goreng di sana. Waktu tu tengahari kot.
Saya sekejap jew duduk di wad psikiatri. Saya tak tahu kenapa doktor tidak mahu simpan saya lama lama kat wad psikiatri.
Sebab saya dah stabil kot? Nanti kalau saya ingat memories saya dari ubat risperidone ditukar ke amisulpride nanti saya cerita lagi. Bye bye…
– Tiffany (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit