Hi, nama saya Lily umur 20-an, currently belajar di Surabaya, Indonesia. Lama2, IIUM Confession ni dah macam KRT dah ye hihi, kurang cerita yang fresh ke atau something new selain masalah pasangan, family or yada yada.
So, saya nak cerita tentang point2 yang boleh kata kurang enak lah sepanjang saya berada di sini.
Before saya cerita ni, kepada Indonesians yang baca, ini bukan satu kecaman atau sindiran, hanyalah apa yang saya lihat dan perhati disini. Yang tau identity saya, mohon diam and just enjoy the story.
Ok, now saya tak nak cerita benda yang biasa anda dengar, kita cerita something new yang maybe ramai orang non-Indonesian tak tahu. First is, sistem token elektrik depa.
Ok, yang ni sebenarnya boleh jadi pros and cons depends untuk orang. Cara dorang, topup letrik dulu baru boleh guna, kira macam topup fon gitu lah. So, bila elektrik dah nak dekat habis meter elektrik akan berbunyi “beep, beep” dengan sangat kuat.
Untuk saya yang tak biasa ni agak terkejut lah sebab bunyi dia sangat kuat ye dan boleh mengganggu jiran. Bunyi meter lektrik jiran pun boleh kedengaran sampai dalam rumah saya dan sangat annoying tapi takleh buat apa lah takkan nak pegi tutup meter rumah orang kan.
Kalau tengok dari segi positifnya, ia menggalakkan kita berjimat sebenarnya tapi kalau tengok dari sudut lain, untuk orang yang tak mampu mungkin akan jadi malu kalau meter asyik berbunyi kuat macam tu tapi tak ada duit nak mampu. Tapi mesti ada sebab kerajaan Indonesia buat macam ni ye dak?
Ok, next point.. sini almost everywhere kena bayar parking walaupun depan 7eleven singgah nak beli rokok sekejap ke ataupun parking nak bungkus makanan tepi jalan ke.
Haiyo, ni waktu first time agak bengang gak lah. Kalau mall logik lagi lah, ni takat tak sampai 5 minit pun kena bayar apa cer.
Aku pernah kena tau, naik grab depan stesen kereta api, grab tu berhenti jap nak pickup aku pun kena bayar parking. Aku malas nak gaduh bayar jela haduh koyak la gini kalau semua tempat nak kena bayar.
Next point ni agak sama jugak dengan point diatas, tandas kena bayar. Ye, saya tahu di malaysia pun ada tapi tak sebanyak disini.
Kita kalau ke rnr ke atau tempat2 tourist macam kurang kena bayar2 ni, tapi sini confirm bayar. Point ni tak relevan pun tapi sakit hati sebab kita banyak ke tandas huaaa..
Next point ni pun hmm macam lebih kurang je? Kalau kau pergi tempat yang macam biasa2 je tepi pantai ke sungai ke yang macam takdelah well maintained pun tapi still kenaa bayarr. Lowkey macam i feel bad for indonesians fr sebab semua kena bayar dari sekecil2 benda.
Okk, now ni dah biasa orang cerita which is pengamen. Kalau from my experience, banyak jumpa yang main gitar pastu duk tenung kita mintak duit.
Ini dah biasa orang cerita tapi aku nak highlight how owner kedai biar je nampak kita kena ganggu macam tu. Aku tak tahu la aku je, tapi saya as customer tak selesa dibuat macam tu and you tak tolong.
Dan bukan ke selalu kedai makan kebanyakan dah tak bagi sangat sales person apatah lagi yang mintak duit dengan agak agresif macam ni. Sebab dia akan duduk sebelah lama2 walaupun terang2 kita tunjuk taknak bagi duit, buat2 tak peduli..
Ok point ni agak sensitif tapi macam saya cakap ini hanya experience saya dan apa yang saya perhatikan sahaja ya. Malaysian, tolong baca sahaja tak perlu nak buat religion war negara sape paling alim n elok ya.
Di sini, agak terbuka sentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun si perempuan bertudung. Kalau tak bertudung tu saya macam paham lagilah.
First year dulu saya kena duduk asrama dan walaupun ia asrama perempuan, lelaki dibenarkan berkeliaran kat bawah n area common room.
Awal2 tu macam heran and agak shock lah, sebab kita kan turun bawah ambik parcel ke makanan tutup gitu2 je sekali hamek kau laki punya banyak. Dah serupa asrama mixed gender dibuatnya huhu.
Ni pun agak terkejut ya, Indonesian boleh tahan racist kat Malaysian. This one time, rumah sewa kami ada budak Indonesian ni hilang parcel tau. Kami duduk rumah sewa campur2, ada malaysian ada Indonesian. Kebetulan, hari parcel tu hilang saya sorang je kat rumah terus dia tuduh saya.
Ah sudah, aku tido je dari pagi sampai petang, tiba2 kena tuduh pulak. Saya pun balas lah apa lagi “sedap je tuduh orang takde bukti, bawak bukti saya curi baru sembang lah” pastu tau lak minta maaf. Tadi cakap mulut bukan main lancang.
Dan haduh point ni malas nak cerita tapi sebab terlalu banyak berlaku sampai rasa worth it jugak untuk dimention. Dorang ni obsessed sangat dengan upin ipin to the point of being verryyyy annoying ya.
Bayangkan la kalau setiap orang jumpa tanya pasal upin ipin, dipanggil kak ros lah apalah. Ada kawan indonesian cakap sebab upin ipin popular kat sini, tapi tak relevan ya sebab upin ipin pun femes kat malaysia. Aku membesar tengok upin ipin kot takdelah sampai macam dorang.
Indonesia pun femes ngan jokowi ngan apatah lagi taktahu la, tapi takkan nak mention to every indonesian aku jumpa kan? macam pelik je buat macam tu..
And also agak memilih bulu ya. Kelas kami biasalah bercampur2 ada mat salleh rambut jagung mata biru. Kadang2 keluar jalan sama ngan mat salleh ni beria layan dorang je, tapi tu aku tak kesah sangat.
Masalahnya, aku nak order makanan pandang gitu je, dengan mat salleh beria entertain. Aku dah la lapar ada jugak yang kena ni..
Panjang pulak eh confession haha, best pulak menaip. Bear with me la ek, thanks sebab masih bertahan.
Orang2 disini yang jual barang ke atau servis sangat pushy dan aggressive. Highlight bahagian agresif tu, walaupun dah cakap taknak dia akan terus-terusan kacau. Berbeza di malaysia, cakap sekali dua biasanya salesperson tak kacau dah and tak marah pun.
Saya pernah ya, tengah naik kawah ijen ni, kan kat sana ada servis bawak orang naik puncak guna ala2 beca modified gitu. Aku ni dahlah tak pernah exercise, ijen tu nak daki 2 jam setengah semput2 tak cukup nafas lagi dia promot kat tepi naik beca ngan dia.
Aku baran tapi sebab tengah tercungap waktu tu tak sempat nak pikir. Kalau turun oklah nak naik, tapi naik mesti semua orang nak rasa pencapaian naik sendiri walaupun setengah mati jugakla.
Another incident dekat terminal bus, aku taknak lah naik dengan pakcik2 taxi ni konpem kena scam so aku order gojek.
Mendengus2, marah2 dalam bahasa dia, hentak kaki dah macam apa tah perangai. Aku jadi takut bila dia buat gitu, nak cari customer tapi treat potential customer macam tu, apo?
Ok last lah, penat pulak. Bilik2 n rumah sini biasanya takde kipas siling, either aircond atau kipas stand. Tapi tu sebab kalau2 ada gempa bumi atau bencana lain, sini kan tinggi kebarangkalian dari di malaysia.
Cuma agak leceh la, sebab kipas siling tu boleh sejukkan satu ruangan terus, kipas stand limited area boleh sejukkan, aircond mahal pulak, haih dilema dilema..
Macam saya cakap ni hanya experience saya sahaja, just because you tak pernah hadap all of these tak bermakna ia tak berlaku. Tapi, ini berlaku pada saya sahaja dan boleh jadi ia bukan satu norma. Tapi, tak bermakna buruk sahaja di Indonesia ni, oh tidakkk sangat salah ye.
Kalau ramai nak, saya akan buat part 2 untuk cerita segala keindahan negara indonesia. Sama2 kita meraikan kebaikan dan yang mana2 negatif ni kita observe, diam2 sudah jadikan experience baru.
– Lily Comel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
citer hantu kacau adatak lily comel? sbb ada kwn belajar dekat sana, hantunya siap kol2 ye guna ponsel. ahahaha