Hi semua. Thanks to admin untuk siarkan confession ni. Saya terpanggil untuk respond confession sebelum ni oleh Didi pasal matrikulasi. Sedikit sebanyak saya nak share apa saya buat masa matrikulasi. Saya tak pandai nak bagi nasihat tapi saya nak bantu orang yang menghadapi masalah ni. Saya dulu pun menghadapi masalah yang sama.
1. Cari seorang kawan yang boleh support awak. Kawan sangat penting. Tak payah ramai-ramai, sebab kalau ramai sangat tak membawa faedah buat apa kan. Seorang pun dah cukup, janji dia boleh support awak dan awak boleh support dia. Selalu tolong satu sama lain. Buat revision, study untuk kuiz, tutorial, partner lab dan banyak lagi. Create memories. Kongsi masalah and setia mendengar masalah. Apa yang awak harapkan dari dia iaitu untuk sokong awak, benda yang sama awak buat kat dia. At least, ada satu benda yang happy awak akan ingat sepanjang setahun kat matrik bukan?
2. Join aktiviti matrik. KAKOM (sukan antara matrik) dah berlangsung, so maybe awak tak sempat. Tapi lepas ni, akan ada sambutan bulan kemerdekaan. Ada banyak aktiviti matrik. Join kelab yang ada kat matrik. Benda ni mungkin ambil masa sikit. Saya faham matrik PST (program satu tahun) tu padat. Tapi tak salah luangkan masa. Markah Ko-Ku pun dapat nanti. Dapat juga release stress awak.
3. Sentiasa jadikan lecturer sebagai pendamping. Awak tak faham, tanya lecturer. Awak dapat markah kuiz rendah, pergi jumpa lecturer. Jumpa je mana-mana lecturer yang ada dekat Unit / Jabatan tu. Jadikan meja lecturer tu sebagai tempat wajib singgah hari-hari. Sedikit sebanyak lecturer akan cuba juga bantu awak. Sebab beliau nampak kesungguhan awak nak ubah markah kuiz yang rendah tu. Saya buat ni masa saya dapat markah kuiz kimia dan math saya kosong. Dari budak yang dapat markah kosong, kepada budak yang dapat full mark. Benda ni tak mustahil awak. Saya tahu awak boleh. Saya akan sentiasa doakan awak.
4. Sentiasa buat baik. Tak kira lah siapa yang awak jumpa sehari dalam hidup awak, sentiasa murahkan senyuman. Walau penat macam mana pun dengan kehidupan matrik, senyumlah awak. Semoga dengan senyuman ni akan bawa aura gembira dalam diri awak. Mudahkan urusan awak menuntut ilmu. Tolong orang yang memerlukan. Dah berjaya, bawa kawan berjaya dengan kita sama. Tak seronok berjaya sorang-sorang. Sunyi. Kalau berjaya sama-sama, kita ada rakan nak kongsi. Buat baik dengan kawan, dengan ibu bapa juga. Walaupun kejayaan kita tak besar mana, kita kena cuba sunguh-sungguh buat mereka tersenyum. Cuba lah sungguh-sungguh.
5. Buang impian yang lama. Cipta impian yang baru. Saya tanam impian saya nak pergi asasi sedalam-dalamnya. Dah packing barang, tapi mak kata dia tak izinkan saya sambung ke asasi. Kecewa dan luluh hati tu, jangan cakaplah. Rasa macam sikit lagi dah nak capai bintang tapi ada orang tarik dan ikat kita. Cewah. Awak tahu akan hakikatnya tak ada jalan nak ubah hala tuju awak sekarang ni. Jadi, jangan sia-siakan apa yang ada didepan mata. Awak boleh masuk Universiti impian awak lepas matrik bukan. Tapi sebelum tu, awak kena usaha untuk dapatkan pointer yang tinggi supaya jalan awak mudah dan tiada halangan. Tu lah yang saya buat. Dan sekarang saya sambung belajar di Universiti impian saya. Doakan kejayaan saya ye semua.
6. Keep on moving forward. Jangan toleh kebelakang. Awak cemburu melihat kajayaan rakan seperjuangan awak masa SPM dulu. Saya pun sama. Saya rasa macam beruntung sangat mereka. Sedangkan saya ni, mereput kat matrik. Hehehe. Buat apa nak tengok kebelakang untuk sakitkan hati sendiri. Matrik ni padat programnya. Jadi, saya buat alasan tu untuk saya tak layan segala media sosial. Kalau saya nampak apa-apa yang kawan SPM saya post. Saya scroll laju-laju. Dah la tak de orang nak bahagiakan saya, takkan saya nak hancurkan kebahagian saya sendiri. Saya sibukkan diri dengan belajar supaya saya dapat buktikan diri saya pun hebat sama macam orang lain. Buktikan untuk diri sendiri. Takyah canang kat orang.
7. Kembali pada agama. Benda ni lah saya rasa mencabar nak buat. Sepatutnya benda ni letak yang pertama sekali. Satu tahap dalam hidup saya, saya hampir lupa tuhan. Saya asyik fikir diri sendiri je. Mencari kejayaan untuk diri sendiri, tapi lupa siapa yang beri saya kejayaan. Kawan baik saya yang tegur saya. Tertekannya saya waktu tu, melihat roommates saya yang merupakan classmate saya pandai sangat. Saya rasa saya ni benak sangat. Saya tenangkan jiwa saya dengan kembali kepada tuhan. Saya berdoa, minta dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Setiap kali tak faham apa yang saya belajar. Saya akan ingat balik dalam hati. Saya ada tuhan untuk tolong saya. Semakin dekat dengan final. Saya serah semuanya pada tuhan. Saya tahu saya dah usaha, biar tuhan tentukan. Syukur, kejayaan menyebelahi saya. (Saya tulis agak liberal sebab saya tak tahu awak beragama apa. Maaf semua.)
Well, tu je lah rasanya saya nak kongsikan. Terima kasih untuk yang membaca. Harap benda ni dapat dipanjangkan untuk dikongsi jadikan manfaat bersama. Maaf panjang sangat. Terajin pulak nak tulis. Herherher.
– Shawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit