Saya terbuka hati nak tulis confession ni after terbaca satu post dari ex mrsm teacher tentang mrsm nowadays. So terasa macam nak share story about myself selama berada di MRSM. Hopefully confession ni dapat beri pengajaran kepada mana-mana pihak.
Saya seorang gadis berumur 20 tahun, ex student mrsm di perak (form 1-3) dan pahang (form 4 & 5). Berasal daripada keluarga yang sederhana (or i would say lebih bawah daripada tu). Anak ke 3 daripada 5 and saya sorang je yang excel dalam akademik so saya harapan keluarga. Saya orang kampung, tapi saya study hard and diterima masuk ke MRSM.
Dalam batch saya, around 40% semua dr selangor dan KL sahaja, termasuk saya. Most of them golongan atas sederhana. Since saya 1st time berjauh dengan keluarga dan di kelilingi orang-orang kaya, sejujurnya saya boros. Tapi waktu tu sebab tak faham sangat yang family saya susah so for a year, saya bersikap macam tu. Asal kawan ajak outing saya ikut and dorang pulak jenis makan kat pizza hut pulak tu hmmm. Alhamdulillah start form 2 dah makin faham and kurang berbelanja benda tak patut.
Masa form 1, baru lepas cuti so balik maktab tu bawak kerepek dari rumah (well orang kampung kan huhu) and bawak masa prep malam nak kongsi dengan classmates. Niat dah baik tapi rupanya kena cemuh dengan sorang budak kaya ni sebab bawak kerepek macam low standard punya orang. Masa tu saya sedih gila and lepas tu memang dah tak pernah nak bawak makanan pape dari rumah. One question, orang kaya memang tak makan kerepek ke?
Next, pasal bayaran dekat MRSM… Since majority student MRSM orang kaya, they always expect semua orang mampu nak bayar itu ini. Contohnya kalau nak buat event macam jamuan raya or dinner. Mostly orang kaya nak event yang grand and tak kisah pon kalau kena bayar. Lagi-lagi dinner… Ya memang seronok dinner batch dekat resort, hotel 5 star… Tapi kami yang tak mampu ni terpaksa menyusahkan parents kami untuk bayar sebab tak boleh pon kalau taknak pergi.
And lastly, as a kampung girl yang tak mahir berbahasa inggeris, selalu sangat saya kena perli sebab basic grammar rule pon asyik salah. Tapi alhamdulillah sekarang i’ve improved a lot but not yet confident in communicating fully in english.
Btw after mrsm saya further studies under mara (which mostly mara’s scholars pon budak-budak kaya). Being around them lagi laa extreme dari masa dekat MRSM. Ada segelintir yang eww kan je budak kampung siap hina kampung right into my face. Ada jugak yang cop saya ni budak asyik takde duit (sebab jarang sangat nak hang out dengan classmates dekat luar – well sbb mmg nak jimat duit).
Actually semua benda ni buat mata saya terbuka luas tentang perangai-perangai manusia dalam dunia ni. Tapi saya tak kisah hinaan orang terhadap saya yang tak kaya ni. Cumanya saya akan tetap ingat apa yang pernah dorang katakan dan berazam untuk tak jadi macam tu bila dah senang nanti.
Saya sangat bersyukur saya diberi peluang untuk belajar di MRSM dan dapat scholarship dari MARA. Mohon semua doakan urusan saya dipermudahkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun hadapan. Banyak lagi urusan tergendala sebab masalah kewangan.
For those out there, kalau ada peluang nak masuk MRSM, masuklah. Cikgu-cikgu semua baik-baik dan supportive. Mereka sendiri pelajar cemerlang suatu masa dahulu tetapi sangat merendah diri dan berbakti kepada anak bangsa meskipun berpeluang mendapat gaji yang jauh lebih tinggi. Merekalah salah satu sebab saya nak jadi guru pada masa akan datang.
Besides bad experiences yang saya lalui, terlampau banyak good sides yang saya tak ceritakan and it exceeds the bad memories actually. Apa yang saya ceritakan sekadar nak beri pengajaran supaya yang kaya janganlah angkuh dan yang kurang berkemampuan bukannya tidak boleh berjaya.
Whoever I am, thank you teachers and friends for the good memories we had and i will cherish it forever :)
– Syasya (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit