Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Mdm Lotus (nama samaran) kembali lagi sempena Bulan Kesedaran Sakit Mental. Seperti yang pernah aku tulis mengenai TIPS BERJUMPA PSYCHOLOGIST & PSYCHIATRIST hari itu, kali ini aku nak share pengalaman aku berada 2x di wad psychiatric.
(https://iiumc.com/tips-untuk-berjumpa-psychologist-psychiatrist/)
Semasa kali pertama aku visit recently psychiatrist (senior consultant) dan selepas dia bertanya mengenai family history & membaca nota ringkas 2 keping paper A4 depan belakang, dia advise untuk aku masuk wad.
Reason dia ialah aku berada di dalam fasa akut yang perlukan pemantauan di hospital. Tambahan pulak aku selalu overdose sleeping pill. Aku refuse kerana esoknya aku ada talk, Jumaat ada prosedur dan Sabtu ada event penting.
So psychiatrist bagi ubat, even agak sukar memilih ubat kerana aku telah mencuba hampir 20 jenis ubat psychiatric. Dia beri 3 jenis ubat iaitu anti depression, mood stabiliser & sleeping pill dengan permulaan dos rendah. Then dia kata 2 minggu datang lagi.
Visiting minggu ke-dua pun aku buat persediaan iaitu menulis. Sign & symptoms aku masih sama iaitu emptiness, sleep disturbance, forgetfulness ahedonia, malas mandi, nak tidur aja sepanjang hari, fatigue dan low moods. Ada symptom tambahan iaitu constipation dan dry skin & mouth sebab ubat mood stabiliser.
Oh ya aku masih ambik ubat sleeping pill secara tak teratur. Sekali lagi dia offer untuk aku masuk wad tapi aku geleng tak mahu. Psychiatrist continue ubat yang sama cuma ada pertambahan dos. Untuk next visit dia bagi minggu depan kerana dia lihat aku belum betul-betul stabil.
Lepas gelak-gelak bercakap then aku tiba-tiba menangis. Memang something la tapi aku insist tak nak wad. Aku takut dengan keadaan wad psychiatric. So psychiatrist bagi aku seminggu cuti then datang jumpa dia semula.
Visiting ke-3, aku tak tulis apa-apa nota sebab my mind is so miserable. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ,“doctor jangan marah tau”. Dia kata, “kenapa dia perlu marah?”. Terus aku tunjuk 2-2 pergelangan tangan aku.
Psychiatrist tidak tunjuk reaksi terkejut atau marah, dia kelihatan tenang sahaja. Biasala psychiatrist kan, mesti dia pernah tengok kes yang lagi teruk dari aku. Cuma dia tanya bila buat dan guna apa. Lalu di menzahirkan kerisauan sebab tu sebelum-sebelum ni dia advise aku masuk wad supaya minda aku terkawal.
Terus doctor panggil suami aku, doctor decide untuk warded, dan dia call wad for new admission through ED. Selepas doctor tulis memo untuk ED aku & suami terus ke ED.
Di sana ada ruang khas pesakit mental dan dipantau oleh polis bantuan. Aku kena check urine dan blood test. Line selalu tak nak bagi kejesama, susah nurse nak set branulla. Dalam 15minit kemudian 2 orang doctor lelaki melayu dan perempuan cina mula ambik history.
Kira-kira 2 jam kat ED, aku dihantar dengan menaiki wheelchair (padahal aku bole aja berjalan) oleh nurses di temani seorang lagi nurse dan polis bantuan.
Semakin nak sampai kat wad semakin aku berdebar. Wad hanya boleh fibula dengan access card oleh polis bantuan, doctors & nurses wad psychiatric. Bila pintu terbukak aku lihat wad ini sama saja seperti wad O&G sebab kaler pink. Dalam tu tenang saja tak bising pun. Seorang aunty India menyambut aku, “Selamat datang! Adik nama siapa?”. Aku just senyum.
Aku ditolak ke kaunter nurse dan dokumen di pass kepada psych nurses. Nurse psych suruh salin baju wad, kemudian ambik berat badan dan gambar pergelangan tangan dan peha. Nurse screen semua barang aku. Ada yang boleh guna kat bed, ada yang nurse kena simpan terutama handphone. Aku ditempatkan di bed 13.
Sebelum tidur, aku solat maghrib & Isyak. Aku dapati bilik air di wad ini sama macam wad biasa. Esok pagi aku bangun dalam 6pagi dan tanya pada patient sebelah katil aku kat mana nak dapat baju bersih. Kakak tu tunjuk kat satu troli. Aku ambik baju dan toiletries dalam drawer simpanan nurse dan mandi.
Dalam 7.30 pagi breakfast sampai, kat sini nurses atau PPK tolong bancuhkan air panas. Dalam sejam makanan kena habiskan kerana pramusaji akan kutip.
Hari pertama di wad buat aku krik2 pulak tu takdak phone, hanya ada buku kecil dan pencil untuk catatan peribadi. Dalam 8 pagi, datang MO (medical officer) review aku katanya dia mewakili MO incharge aku. Dalam 20 minit habis review. Kat wad ni kalau makan ubat nurse akan periksa mulut adakah telan ubat atau tak.
Hari ke-dua selepas aku breakfast datang MO lelaki dia kata dia MO incharge aku…urrrmmm aku ingatkan nama doctor yang nurse tulis tu nama pakar (psychiatrist).
Aku tak berapa ingat apa yang kami bualkan, cuma aku tunjuk satu lukisan gambar budak perempuan kat dada budak tu ada hole besar, dalam hole besar tu ada seorang anak kecil duduk sendirian. Di wad ubatan aku dinaikkan dos dan makin kuat kesan sampingan.
Hari seterusnya tak ingat hari apa lepas breakfast MO datang review, pun sama aku cakap dada aku kosong sambil buat bulatan guna jari then aku menangis. Petang pun sama MO datang review lihat keadaan aku. Aku suka menulis so semua benda aku tulis.
Pada satu hari aku tak ingat hari apa, selepas breakfast MO datang berbual. Aku cakap aku nak marah tapi taktau pada siapa. Tiba-tiba aku patahkan pensil. Aku cucuk-cucuk pencil yang patah tu kat tapak tangan aku yang makin merah.
Terus MO tu rampas pencil dalam genggaman tangan aku sebab aku tak nak bagi. Dia ugut nak ikat aku. Dia tak allow aku guna pencil kat bed. Seriously aku benci MO ni sampai aku jerit, “saya nak jumpa prof!”
Aku menangis dan terus menangis, sister wad datang pujuk dan bawa aku jalan-jalan dalam wad. Tak lama kemudian prof datang dan bincang treatment plan either ECT (FOC) or Esketamine (RM700/botol). Aku pilihan Esketamine. Esoknya suami aku datang beli ubat Esketamine. Rawatan 2x 2 dos berselang hari.
Hari first Esketamine prof ada tengok bersama MO. Tapi lepas 10 minit aku dissociate, restless dan nagis non stop, nurse call MO dan mereka semua tenangkan aku dan lap airmata dan hingus. Response ni dalam 45minit. Then kepala aku sakit kemudian rasa ringan.
Esok pagi selepas breakfast MO review dia cakap first time dia tengok aku senyum. Bila turn hari kedua, aku nervous so aku mintak benzodiazepine tapi MO tak allow.
Dose ke-2 ni lagi dahsyat kesan dia, aku menjerit menangis sambil cakap sakit sakit jangan pukul, doctor please help, nurse please help, aku dah mengelupur atas katil, MO & nurse banyak tenangkan aku. Selepas 45 minit aku keletihan teramat sangat sama macam hiking rasa dia.
Esoknya aku boleh balik rumah, aku ucapkan terima kasih pada MO yang jaga aku dan aku bagi kad & coklat. Aku juga ucapkan terima kasih pada nurses yang sangat baik hati dan rajin layan peel patient. Juga Cikgu (occupational therapy) yang create macam-macam aktiviti.
Visit ke-empat iaitu selepas 2 minggu discharge aku ada appointment dengan psychiatrist. Aku dapat rasa perubahan positif. Aku happy suami aku happy psychiatrist aku pun happy. Aku sempat belikan souvenir masa aku outstation dan aku juga sempat tulis semula pengalaman aku di dalam buku. Aku minta dia baca next visit nak dengar apa dia kata.
Visit yang ke-lima banyak bercerita mengenai masa kecil, childhood trauma. Psychiatrist tetap suggest untuk jumpa kaunseling atau at least share dengan one of family or friends.
Aku geleng sebab selama aku hidup ni aku banyak buat keputusan sendiri sejak dari umur 10 tahun. So doctor bagi ubat yang sama dengan dos yang sama. Next appointment bulan depan pulak.
Pada petang hari yang sama aku dikejarkan ke ED PPUM kerana overdose of medication due to something happen at home. Semua ubat, buku, kertas A4, watercolour palate, magic pen, toiletries aku campak dalam beg termasuk coklat favourite aku.
Sejujurnya aku tak ingat apa berlaku, ingatanku lompong lompong, aku taktau apa yang aku merepek dengan MO psych cuma aku ingat aku request nak MO yang sama jaga aku masa bulan July dulu. Suami aku kata doctor banyak kali cucuk sebab line aku susah dapat. Suami kata aku solat Subuh pastu baca Yasin masa dia sampai.
Yang aku ingat suami beli breakfast dan kopi sebab last aku makan pagi semalam. Suami aku kata lagi aku siap bagi coklat kat MO oncall psychiatric. Dalam tengahari aku ditolak ke wad.
Seperti biasa aku kena tukar baju hospital, kena timbang dan ambik gambar pergelangan tangan. Kemudian aku ditempatkan di bed open cubicle. Kat situ aku tak ingat sama ada solat zohor atau tak. Yang aku ingat MO lama aku iaitu Dr A datang review kemudian Dr A datang review bersama team dan aku menangis teruk.
Waktu melawat suami aku datang dia suruh aku solat Asar. Hari apa entah aku ditolak masuk ke close cubicle. Malam tu aku nak turun kencing tapi dua-dua rail dinaikkan so aku nak lompat, menjerit semua nurse. Hari ke-empat baru aku ok dah sedar maybe kesan OD ubat dah habis.
Memandangkan MO yang sama menjaga aku, so komunikasi tu mudah dan tiada masalah trust issue and semuanya transparent. Tapi ada masa-masa aku bertekak dengan MO ni. Oleh kerana ini kali ke-dua aku masuk wad psychiatric jadi aku isi masa dengan menulis, membaca, melukis dan mewarna.
Mo aku cakap, ”pandai u draw and colouring ek”. Nurses, PPK, patient2 lain impress dengan lukisan gambar hutan belantara. Aku tengok macam biasa sangat lukisan aku tu, Taktau yang mana cantiknya tu.
Masa sister ward round aku tunjuk semua hasil seni aku dan dia mintak izin untuk ambik semua. Dia kata nak tampal kat board ruang menunggu luar wad, “hasil seni pesakit”. Masa kali ke-dua masuk wad, ubat aku juga ditambah dos.
Minggu ke-2 aku merayu kat MO supaya pujuk prof setuju approve Esketamine. Sama macam kesan sebelum ni, aku struggle dengan flashback kena rotan. Aku menjerit sekuat hati sampai batuk. Aku meronta tendang pukul atas bed, nurse pegang tangan aku. MO pulak bagi instruction breathing sambil suruh buka mata tengok jari dia.
Aku siap nak cabutkan jari dia. 45minit bertarung akhirnya kesan ubat hilang. Aku teramat letih sampai nak angkat tangan tak boleh. Selepas 2 jam baru ok, aku ke tandas ditemani PPK kemudian aku makan alas perut.
Petang masa aku berehat atas bed, MO datang review dan aku mintak Celebrex sebab bodypain. Bodypain tu jadi sebab aku keraskan badan aku. Sungguh Esketamine tu berkesan untuk depression cuma respons masa on treatment tu buat aku sangat trauma.
Kesimpulannya, (1)wad psychiatric tidak menakutkan seperti yang dimomokkan (2)pakar, MO, nurses, cikgu, PPK semuanya baik (3)suasana wad yang selesa (4)makanan sedap (5)pastikan ikut rules kalau tak kita kena penalty by nurses & MO *aku pernah kena 2x (6)patient suka buat meeting beramai-ramai sambil curhat & no one will judge u, pastikan ambik yang elok sahaja.
Itu sahaja pengalaman aku 2x di wad psychiatric selama 11 hari yang telah aku pendekkan penceritaan. So jangan reluctance tau masuk wad jika psychiatrist advise sebab ada kebaikan di situ.
Terima kasih kerana membaca coretan aku si MDD with cluster B personality disorder.
– MDM LOTUS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Mdm. Lotus, i like your stories since part 1. memang berharap ada sambungan cerita experience dengan lebih details and here it is. thank you berkongsi pengalaman, u said u love to write, write more please. saya suka baca kisah2 pengalaman macam ni. used to volunteer near hospital bahagia once, tapi tak masuk sebab takut ada makcik tu jerit jerit :(