Assalammualaikum ..
Firstly thanks admin sebab sudi approve cerita aku ni . Ni kisah pengalaman sendiri dan aku sangat bersyukur sebab di jemput Allah ke Tanah Haram . Tanah Suci buat semua umat Islam .
Aku berumur dalam lingkungan awal 20-an dan bukanlah ex-iium mahupun student iium tetapi aku hanyalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda di sebuah Universiti Awam .
Dalam bulan Ogos macam tu , mak aku suruh cari travel agensi untuk ke Umrah nanti . Aku and kakak aku pun search la kat internet dan jumpa macam-macam travel agensi . Dalam banyak-banyak agensi . kami pun memilih agensi ANDALUSIA (murah , layanan bagus, tempat tinggal bagus and so on smua bagus lah).. CEh , macam nak promote pula .. kebetulan agen kat tempat kami kawan bapa aku. Jadi , senang la sikit nak urus ,.
Dan bermula lah kisahnya iaitu 3 bulan kemudian kami berempat pun meninggalkan Malaysia Oh Tanah AirKu . Terus terang aku katakan , excited tu tak muncul2 . memang rasa syokkkk . sebab bukan semua dapat peluang kan . In Shaa Allah sis2 n Bro2 akan pegi sana suatu hari nanti . Serius aku kata kan , aku hampir nangis taip cerita ni . Rindu sangat nak ke sana lagi . Rasa tak nak balik .
Aku tahu mak aku suruh kami berempat pergi ke sana sebab kami beradik suka sangat bertengkar . Yg adik lawan kakak@abang dan sebaliknya . Tapi Allah uji kami . Setelah smpai di Tanah Haram Madinah pun kami tetap bergaduh dan agak teruk dari biasa .
Aku ceritakan kisah aku masa nak ke Raudhah(kalau yang pernah pegi mesti tahu keadaan nya) dengan kakak sy sorang yang mengandung .Aku bwa selipar aku dan kakak aku dalam plastik dan masa nak hampir ke Raudhah kami terpisah . Aku terhimpit di antara org Arab , India , Turki dan semua bangsa yang badan mereka besar2 dan gah dari aku . Aku pusing kiri kanan depan belakang takda satu pun org Malaysia atau pun at least Indonesia la . Tapi langsung takda . Masa tu Allah je yang tahu . Aku tak gerakkan pun badan aku . aku ditolak dan badan aku seolah-olah macam aku berjalan dan sedar tak sedar aku smpai ke Raudhah.
Raudhah ni antara tempat berdoa yang paling mustajab dan dimana tempat Nabi Muhammad S.A.W kita di makamkan . Al-Fatihah . setelah aku sampai di Raudhah . Aku pun cuba cari tempat untuk bersolat sunat 2 rakaat dalam keadaan sesak tu . Aku pun jumpa satu tempat , tak sempat aku solat satu rakaat , plastic selipar aku di tendang2 dan koyak maka terkeluar lah isi-isinya dan aku ditolak dalam keadaan sedang rukuk sampailah aku terkeluar dari Raudhah . aku kutip balik smua selipar dan aku masuk semula dan solat kemudian aku keluar kerana terlalu ramai org .aku pun tunggu kakak aku di pintu Masjid Nabawi . di pintu 25 kalau aku tak silap . Sejuk yang teramat masa tu dengan tidak memakai sweater .
aku bertahan smpai sejam tunggu kakak aku yang tak keluar2 dari raudhah .. aku memang bengang gila , Tapi dalam marah aku still fikir “kakak aku mengandung , ntah2 jadi apa2 kat dia” . So aku tunggu lagi tapi btul kata ustaz , Syaitan kat sana lagi kuat dari sini . masa tu aku marah gila .dah tak fikir dah dia mengandung atau tak . masa dia sampai je aku memang marah2 la apalagi . pastu aku terus tinggalkan dia . then balik hotel .
Aku sampai bilik packing barang smua sebab kami nak bertolak dah gi Mekah . dlm setengah jam mcm tu kakak aku balik nangis2 . masa tu aku kisah apa . aku tengah marah dan aku tak rasa dia patut nangis sebab aku . sebab aku yang penat tunggu dia . Kakak aku yg lagi satu bgtau , minta maaf kat kakak aku yang mengandung tu . Tapi bagi aku , aku tak perlu minta maaf dan aku tak rasa aku yang buatkan dia nangis .
Dan sampai la masanya kami pun bertolak nak ke Mekah . aku rasa macam terpinggir sebab kakak aku yg berdua tu duduk sesama . abg aku pula duduk dengan kawan2 sebilik dia . dalam perjalanan . Ustaz pesan bila dah niat ihram ni , kita saling bermaafan antara satu dgn yg lain . minta maaf dengan ibu bapa dan so on . sampai la ustaz kata minta maaf kat adik beradik kalau ada salah . aku tersentak gila . Sebab benda tu kena sngt kat aku . Aku tak ingat perhentian mana , masa nak naik bas balik . aku salam kakak2 aku . dan minta maaf . Tapi takda la seikhlas hati . bagi aku asal aku minta maaf .
Sebenarnya aku tak tau kisah , kakak aku tu mengandung . Dia tak berani nak keluar dari raudhah sebab dia terhimpit dalam keadaan mengandung . Dia minta tlg org Indonesia tu msa nak masuk tak silap . So dia masuk dlm2 . betul2 sebelah makam Rasulullah . Dia solat sunat semua dan memang tak dpt keluar smpai smua nya reda . Jahat kan aku ? Aku tak tau cerita , aku tak tanya dia terus aku mrh . memang aku la punca dia nangis . Semua salah aku . Mak aku yg risau kat Malaysia . kakak aku yg satu org tu bgtau yg kami tak bertegur . Mak aku pun call lah aku dah la bill mahal . masa kat madinah mak aku suruh tanya kakak aku elok-elok kenapa dia lambat kat Raudhah . tapi aku bukan tanya pun . bodoh gila .
Akhirnya kami sampai kat mekah , letak beg smua pastu kumpul balik n terus buat umrah . msa tu dah pukul 11 malam rasanya . Sampai kat Masjidil Haram , aku gi teman kakak aku gi tandas . Masa tu la kakak aku minta maaf dan cerita semuanya . Serius aku sedih tapi aku jenis ego sikit . tak suka nangis dpan org . Aku ngan kakak aku pun macam dulu balik . dah bebaik . Malam tu kami tidur kat masjid sebab kami habis umrah pukul 3 pagi . so baik tunggu subuh . Kesian kakak aku ni , dah la mengandung tapi banyak Allah bagi kelebihan kat dia . sampai dia bole lama2 kat raudhah tu . kau ingat senang ke nak duduk lama2 kat Raudhah . 5 minit pun susah . ok stop cerita ni .
Kita kat Tanah Haram ni kena jaga mulut . tu yang penting . KAkak aku bagitau , Baju boleh jemur kat atas . kat bumbung tu . ada tempat sidai . Aku pun cakap la “Tak hilang ke baju letak sana ?” . Tu point nya ya . Baru cakap macam tu . jadi aku pun pegi jemur baju kat atas . positif je . tak fikir apa2 dah . Malam tu aku nak ambil baju aku . Tup tup hilang . Punya la aku gelabah , dah la jubah yg aku jemur tu mak aku belikan masa mak aku gi umrah dlu . Aku ngan kakak aku turun bagitau ustaz , ustaz tanya pihak hotel smua dan dorang pun tak tau dan ustaz kata dia tak bole tolong . Hebat kan ? bru sikit kau kata . Dah jadi . Aku pun doa banyak2 sebab aku sayang gila jubah tu .
Esoknya kakak aku yang mengandung tu bru dari jemuran ambil baju . Dia kata “baju kau ka tu n seluar colour sekian2“ . So aku naik la gi atas . tekejut aku sebab baju tu dah ada . Mungkin org terambil baju aku n lepas dia sedar , dia pulangkan balik . ataupun memang Allah nak uji aku melalui org yang terambil baju aku tu . Sebab tak jaga mulut .
Pernah lagi masa aku nak gi tawaf sunat sebab nak pegang kaabah pun salah satu nya juga sebab masa buat umrah tak bole pegang kaabah sebab kat kaabah tu ada minyak atar yang sangat wangi .
Aku tengok dari atas , aku kata “ramainya orang” .PAstu ada sorang macik yang jalan ngan aku kata , Nampak macam banyak , tapi kalau gi situ tak ramai pun . bole selit2 lagi . So aku pun try la pegi sendiri , aku buat tawaf smua dan tak sesak pun mcm aku nmpk . aku dapat pegi hijir ismail iaitu salah satu tempat mustajab doa juga .Aku solat dan someone tutup laluan supaya org tak bole lalu dpan aku msa solat. Aku dapt pegang rukun yamani . aku dapat pegang kaabah . Cuma msa aku nak try cium hajaratul aswad tu . aku memang tak berdaya . aku dikelilingi oleh lelaki yang badan tinggi2 besar dan aku Cuma bernafas dengan memandang langit . sebab masa tu aku memang tak bole bernafas .
Aku doa “Ya Allah , keluarkan la aku dari sini” walaupun masa tu aku sangat dekat dgn hajaratul aswad . tiba-tiba org arab dpan aku nak keluar dia tolak aku trus aku tekeluar dari crowded tu . Padahal aku bru je ckp dlm hati . trus Allah makbulkan doa aku .
Dan paling last aku nak cerita ni yang aku tak pernah terduga akan jadi kat aku sendiri . Hari kedua last sebelum kami balik ke Malaysia . Mak aku nak kirim duit lagi nak beli barang . Duit yang mak aku kirim dari awal smua kami dah habiskan kat madinah . Haha . Mak aku kata nak kirim 200Riyal . Dan hanya aku sorang yang bole buat transaction kat oversea sbb aku gi buat kat bank . kakak2 n abg aku tak buat . wifi pula Cuma ada kat lobby hotel . so kami bole contact family aku kat hotel je la . aku kata kat mak aku , nanti bank in je trus sebab aku nak cucuk duit kata atm yg sebelah masjid . masa tu kejapnya lagi aku nak gi masjid solat zohor . kakak aku dua org tak ikut sbb nak rehat . aku gi la solat zohor dan habis solat zohor aku cucuk duit .
Actually , ustaz tak bgi pegi sorang . sebab bahaya . Ada je org mencuri kat tanah haram ni . Aku pun takut sebenarnya , aku Nampak sekumpulan org Indonesia . aku kata “Ibu, bisa temanin sy ngak , karna sy bersendirian ni” . so aku pun cucuk la kad . Aku tgok baki dlu ,” Eh! Ada 600 lebih Riyal” . mungkin mak aku nak kirim barang lebih sikit kot . tu la yang aku fikir . aku keluarkan kan 600Riyal . then terus balik hotel .
Sampai hotel , aku terus whatsapp mak aku . Aku bagitau la “Umi, sy cek dlm bank ada 600 lebih Riyal tapi dapat keluarkan 600Riyal ja . lagipun sy keluarkan smua terus sebab susah nak pegi sana lagi” . Korang tau mak aku kata apa ? “Umi belum bank in lagi” . Aku gelabah juga la . duit siapa la aku keluarkan agaknya . Aku bagitau kakak aku yg mengandung tu . dia kata mungkin Mentua or suami dia yg kirim duit . Tapi aku pelik juga . banyak nya kirim . nak beli apa juga , kenapa tak kirim duit msa kat madinah . smua tu bermain kat fikiran aku . so kakak aku whatsapp suami dia . Suami dia kata , dorang tak bank in lagi . aku ngan kakak aku tak keruan . duit tak tau milik siapa . tapi aku dah keluarkan , tak brani nak guna . jadi aku pun nak tgok la online banking aku . tapi line lembab pula .
so , aku n kakak aku pinjam computer office ANDALUSIA . kami cek , rupanya duit tu dah msuk masa hari last kami kat madinah . memang tak tau pun sebab memang takda cucuk duit msa kat Mekah . Adapun abg aku tlg cucukkan duit yg kwn mak aku bagi belanja . tu pun dia keluarkan amount yg aku suruh je . dia tak cek baki pun.
Dah la duit tu msuk mcm tu je tak bernama apa smua . so , kami pun jumpa ustaz . tanya ustaz macam mana . boleh ka guna duit tu . Dia kata “ rasanya boleh sebab duit tu dlm akaun kamu” . dia panggil pula kwn dia . kwn dia kata “ kalau sy jadi kamu , sy guna je duit tu . hahaha” . msa tu kami pun gelak juga , apa la ustaz ni . kami pun decide utk guna duit tu utk beli brg yg mak aku kirim so mak aku takpayah bank in lagi dan bakinya kami bahagi empat . Dari mana dtg duit tu semuanya masih jadi rahsia sampai skrng.
Balik je ke Malaysia . smpai je Hostel dlm pukul 3 lebih pagi . mak aku pesan suruh gi bank lepas smpai Malaysia . siang tu aku pegi la bank . aku bagitau smua apa jadi kat org bank tu . borak2 smua . last2 org bank tu pun binggung mcm mna duit bole masuk . dan dia kata dia akan bgtau bnda ni kat HQ . Tapi smpai skrng aku tak dapat berita sebab katanya nak contact aku balik . Aku biarkan je la benda ni , sebab mak aku kata tu rezeki kami . Tu la the end nya . sebenarnya banyak benda yang jadi . Cuma panjang sangat kalau nak cerita .
Sorry la panjang sangat aku cerita , Tapi ni atas pengalaman aku sendiri . PEngalaman aku ketika berada di Tanah Haram .Tanah Suci . Satu je . aku kalau ada duit tempat first skali aku nak pegi Cuma Tanah Haram . tempat lain aku dah tak fikir dah , Korea ke Paris ke . smua aku dah buang jauh-jauh lepas aku datang sana . Aku rindu gila . kadang aku nangis malam2 sebab rindu suasana sana . Rindu gila .
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit