hai . thanks admin kalau confession aku ni disiarkan. aku sekarang dah umur 23 tahun dan dah masuk degree dah pun. aku saja je nak kongsi pengalaman aku dibuli dari aku sekolah rendah sampai lah sekarang. okay aku mulakan cerita time awal dulu. masa aku darjah satu, aku duk kelas paling hujung sekali sebab aku lambat daftar dan sekolah aku ni sekolah perempuan. aku mulakan dengan buli tetntang fizikal .bagi aku, aku okay je. muka cantik tu ada lah sikit sikit. hahaha. kulit putih, mata bulat, hidung mancung ala paruh burung gitu sebab ayah aku campuran darah arab. cuma yang kurangnya rambut aku kerinting kembang ala ala meggi yang dah lama terendam. biasalah weh darjah 1 sampai darjah 3 memang konfem free hair punya. disebabkan rambut aku kerinting, macam macam budak budak sebaya panggil aku. meggi lah, singa lah. yang paling teruk sekali time aku darjah 3, cikgu aku cakap depan depan yang rambut aku macam topi keledar. satu kelas gelak, ada jugak tunjuk yang simpati. time tu aku sedih. aku cerita kat papa aku, papa aku menangis. air mata tu tak menitik pun tapi aku tahu sebab aku dengar papa aku sedut sedut hingus hmphh hmphh gitu sambil sikat rambut aku. aku pun tak pandai nak describe macam mana bunyi tu pandai2 lah korang buat sendiri sambil2 baca. huhu. start daripada tu, apa apa jadi aku memang tak cerita kat papa aku sebab aku tak nak dia sedih & susah hati. pasal kawan kawan sekolah tu, aku tak ambik hati sangat sebab budak budak sekolah rendah mana lah cerdik sangat. sel otak pun lambat bersambung. tapi yang paling aku koyak sekali, bila sepupu aku cerita yang mak dia(mak saudara aku) cerita pasal rambut aku dengan anak murid dalam kelas sambil gelak gelak. eh . aku ni memang dilahirkan jadi modal untuk melawak eh? mental aku betul betul koyak sampai lepas tu aku balik rumah, aku mandi, aku duduk bawah air yang mengalir dari kepala paip, menangis nangis sambil sikat rambut dengan berus sabut yang buat cuci kasut sekolah tu dengan harapan rambut aku lurus dan cantik seperti rebonding . sampai macam tu sekali haa kau. haha. masa tu aku jadi benci sangat bila tengok rambut aku. adakah aku,seorang budak berumur 9 tahun,deserve untuk terima & lalui semua benda benda macam tu ? dan kemudian bila dah start pakai tudung, benda tu semua kat sekolah berlalu macam tu je tapi family belah mama dan papa aku? masih berterusan sampai lah aku besar , masuk sekolah menengah tapi aku malas nak cerita banyak. aku malas ingat dah.
seterusnya, bila dah masuk tahap dua, disebabkan akademik aku cemerlang jadi aku dipilih menjadi pengawas sekolah tapi dalam percubaan, setahun lepas tu kalau aku layak, baru betul betul official jadi pengawas. nak dipendekkan cerita,ada seorang ‘Regina George’ a.k.a Mean Girl ataupun nak senang orang melayu panggil budak perempuan cantik tapi jahat dalam kelas aku. sebijik Regina George beb tapi yang beza Regina kaya, yang ni acah acah kaya. dia ni aku namakan Rose jelah. Rose ni anak murid kesayangan cikgu aku. cikgu aku ni pulak cikgu yang handle pengawas. Rose ni betul betul cantik & merupakan ketua kelab gimrama. tapi disebalik cantik tu tersembunyi kesyaitonan yang amat nirojjim. siapa yang tak ada rupa sangat memang kaw2 lah dia mengata dengan geng dia. kaki putar belit, kaki bodek, kaki lelaki, kaki segala kaki lah. aku jenis kalau orang tak cari masalah dengan aku, aku memang tak ambik tahu sampai satu masa.. dia pun dalam percubaan pengawas tu jugak. dia tak puas hati apa entah aku pun tak tahu lah sampai dia mengadu kat cikgu tu yang aku lansung tak bertugas padahal aku memang tak pernah miss & aku betul betul komited sebab impian aku memang nak jadi pengawas. tanpa berbincang lansung dengan aku, terus cikgu tu kick aku macam tu je. aku pun apalagi, terus berhuhuhu. then si rose ni datang kat meja aku, buat buat muka sedih tanya “awak okay ke ni tak jadi pengawas? kalau awak nak, saya boleh pujuk cikgu tuutt tutt balik” . apa jadahnya dia yang mengadu sampai cikgu kick aku lepas tu nak tunjuk simpati pulak lahai. tapi member aku ada cakap jugak lepas je dia pusing dari meja aku, dia nampak Rose senyum. time tu aku redho jelah. lepas benda ni berlaku, dari haritu, sampai lah sekolah menengah, aku memang tak minat lansung nak jadi apa apa pengawas sebab memang dah tawar hati sangat.
masa aku sekolah rendah dulu memang ramai kot pembuli. masa darjah 5, pernah sekali aku jalan dari meja nak buang sampah, sorang classmate aku hulur kaki time aku jalan tepi dia. apa lagi, tersandung sampai tersembam muka kat lantai. diorang gelak je. yang jenis mencuri tu tak payah cakap lah. ada je barang aku kena curi lepastu tak mengaku padahal terang terang memang barang aku. huhu. kalau tinggal buku dalam laci sekolah, kena conteng , koyak. aku hairan lah jugak awal awal sebab sekolah aku sekolah perempuan, bukan sekolah campur. dan pernah jugak masa camping, ada sorang cikgu lelaki bukak khemah aku malam malam time semua dah masuk tidur. dengan mamai mamai tu boleh dia duk syuhh syuhh suruh tidur balik. entah kenapa aku diam je time tu. benda ni lansung aku tak pernah bagitahu orang sebab cikgu tu bapak kawan aku sendiri .banyak lagi sebenarnya pengalaman aku dibuli cuma aku malas nak taip panjang panjang sebab banyak dah aku lupa.
mesti korang macam tertanyaa ehh kenapa aku diam je, kenapa aku lansung tak melawan. bila aku dah di’torture’ secara mental dari umur aku mentah lagi macam ni, aku memang start menyendiri, aku pendiam sangat sangat dulu. aku loner. anti social. kawan? aku rasa tak sampai sepuluh pun kawan yang aku ada. sebab aku sangat sangat tak yakin dengan diri aku. self esteem aku pun terbang sesat entah kemana . papa dengan mama aku pun tak tahu sebab aku tak pernah cakap apa apa pasal benda ni. lama dah aku pendam dari dulu sampai lah sekarang. macam tu lah al kisahhhh . aku ingat aku nak cerita jugak masa sekolah menengah dengan alam diploma tapi aku rasa yang ni pun dah cukup panjang. aku takut orang bosan pulak. huhu. jadi kalau nak tahu lagi aku akan buat sambungan tapi kalau ramai tak suka jadi setakat ni sajalah . assalamualaikum. okay bye :)
– Gadis Noodlehead
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit