Assalamualaikum dan hye semua,
Terima kasih admin siarkan cerita ni. Ini kisah akak buat ladies and gentleman diluar sana.
3 hari lepas, akk ada pergi ke satu mall ni. Jalan-jalan sekitar sana saja nak cuci mata. Lepas tu akak ditarik promoter yang mempromosikan New York Skin Care punya kupon dengan harga Rm28 utk satu sesi facial treatment yang mana eligible utk terima dia punya travel kit set jugak. Akk punya la excited sebab yela mana nak dapat satu sesi facial dengan hrga macam tu kan? (innocent mindset). Tanpa berlengah akk terus sign-up for that session and tnya promoter tu whether ada tak slot utk hritu. Dia pun contact kedai yg dekat mall tu dan cakap ada kosong lg so akk terus pergi. (p/s: Yu Nam hair care dan London weight management menggunakan taktik yang sama).
Time akk tengah isi details utk beli kupon tu akk ditanya promoter tu part occupation, then akk jawab la akk student lagi. Time tu promoter tu dah buat muka berkerut semacam. Akk pun dh rasa fishy time ni tapi akk hiraukan. Dia pun cakap lagi, “saya letak part-time student la ye, sbb kami tak berapa terima student”. Akk macam, “Ouh ye ke. OK je”. Masa ni la bermula semuanya.
Akk pun terus gerak ke kedai dia. Akk masuk then dia mintak kad pengenalan utk pengesahan. Sementara tu dia mintak tunggu sebentar. Around 10 min macam tu akk dipanggil oleh one of the so-called consultant aka staff la dekat sana utk masuk mcm satu bilik private utk talk about akk punya skin la. Then dia bagi satu form utk akk isi pasal apa yg akk alami. (taktik psycho utk diaorang recommend something on what we want rather that what we really need). Dia tinggalkan akk sekejap then akk baca dia punya TnC. Ada kat situ state yg “this is an additional session, you are joining the full session for the treatment, if cancellation occurs, you must pay for the whole treatment”. *something like this. Part ni akk dah pelik, bila masa akk disubscribe utk full-treatment, kata free trial set. (sekali lagi innocently kena tipu). Akk macam sign jugak form tu (kesilapan terbesar dalam hidup, please guys, mohon baca sebelum sign). Then staff lain masuk, (diaorang asyik tukar2 org time setiap phase dari registration ke treatment smpai hbis sesi haritu). Dia check2 akk pnya skin and cakap akk punya skin collagen dah kurang so kena buat rawatan cepat. Then dia suggest la total 13 session yg aslnya hrga RM2800 tu klau jadi buat that day dia kurangkan kepada RM800 shja and jadi membership seumur hidup. Akk pun fikir, NYSS keluar tv kot, mungkin secured sikit kot kalau buat rawatan dia. (*pengajaran paling besar, Don’t blindly trust what u see on tv). Then akk cakap la, akk xde duit rm800 cash, muka consultant tu dh berkerut. Lepas tu dia suggest rm150 utk that session then hri lain bayar lagi balance. Akk pun setuju. (ketidak cerdikan akk sebab sepatutnya rawatan trial tu percuma tapi akk still kena bayar some amount, ini yg akak terlepas pandang). Dia mintak card akk (sbb akk xde cash and nk byr pkai card) then dia pegang je (taktik tak nak customer lari last minute)
Then, bermula la sesi rawatan. Dia pun letak macam2 mask yang akk sendiri pun tak pasti. Smpai part dia cakap nak buat extraction tu Ya Allah, painful yg amat. Tak tahu la dia tonyoh macam mana muka akk ni sampai berair mata. Akk dapat rasa kekasaran that staff buat (time tu mata kena tutup dengan kapas muka). Bagi akak consultant yg baik akn warning dulu yg that process akn sakit (macam cabut gigi dekat klinik, dia dah warning siap2 akn rasa sakit time nk cucuk jarum ubat bius). Habis je semua tu, akk kena tunggu utk check kulit after rawatan. Other staff bawa akk masuk bilik consultant tadi and explain before and after. Apa yg akk perasan, diaorang hnya buang black head sikit2 shja. Akk angguk shja apa yg staff tu cakap. Then, dia mintak ke kaunter utk setelkan pyment semua and set tarikh next session and bagi travel kit yg free tu konon2. Lepas tu dh tak ada apa2 akk pun keluar.
Sbb akk hairan dengan semua benda di atas, akk try la google. To my surprise, akk dah kena game dengan diaorang. Banyk feedback customer cakap diorang kena tipu. Ada yang kes bergaduh tak nak buat sebab kena paksa ambill full treatment and di kepung oleh staff mereka. Ada jugak yg dah buat tapi hasil makin teruk (fyi, dia ada state yg dia tak akn tanggung apa2 result yg customer dpt dri treatment diaorang).
Utk maklumat lanjut, korang boleh je google pasal ni. I bet majority will give negative feedback. Seriously.
Maaf entry panjg sangat kali ni. Apa2 pun, akk tulus hati xnk korang2 suma kena tipu dengan hard-selling marketing mcm ni. Akk ada jugak terbaca yg customer mula2 disuggest yg treatment beratus, then beribu then etc. They are just a money sucking entity with a face of a nun. Semoga kita semua dilindungi daripada semua penipuan ni. Aminn. Beware adik2, akk2, abang2 sekalian. TQ.
– Budak baru belajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit