Pengalaman Diganggu Saka Jahanam Laknatullah

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan artikel saya. Panggil saja saya Cik Ma. Saya berusia 30 an berkerja di kota metropolitan selama 11 tahun dan masih bujang.

Tujuan saya berkongsi cerita ini adalah lebih kepada untuk diri sendiri iaitu “Self-healing”, meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Jadi saya tidak akan peduli jika ada kata2 negatif kepada saya kerana kehidupan kita tidak sama.

Kerana pernah saya kongsikan pengalaman ni pada sorang sahabat ni ketika saya dalam proses “pemulihan” sebab saka, sahabat ni agak judgemental dengan saya.

Disclaimer, penulisan ini mungkin akan ada buat marah dan sensitive,

So saya nak pesan siap2 pada yang tak pernah kene gangguan saka, makhluk halus ke tak payah baca sebab ada kemungkinan anda akan jadi macam saya suatu ketika dahulu yang tak percaya bende2 ni semua dan denial and judgmental.

Saya mula mengetahui yang saya diganggu oleh saka jahanam tu tahun lepas semasa berubat dengan dengan 2 orang pengamal perubatan islam secara syifa.

Setelah berubat dengan mereka, Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih da tak teruk seperti sebelumnya.

Saya juga buat amalan banteng diri dimana saya diajar beberapa doa, wirid dan zikir untuk mengukuhkan ‘pendinding’.

Amalan2 ni pun memang ada diajarkan oleh Nabi dan Rasulullah. Apa yang penting adalah keyakinan saya pada Allah S.W.T serta konsistensi melakukan amalan2 yang diajarkan.

Walaupun saya ni memang jenis bertudung dan bersolat walaupun adakalanya saya tertinggal, tapi saya akui saya kurang membuat amalan2 lain seperti mengaji, berselawat dan solat2 sunat semenjak saya bekerja.

Mungkin faktor kesibukan kerja serta godaan2 duniawi yang membuatkan saya jadi lalai.

Saya juga pernah melalui episode depression beberpa kali dan yang paling teruk adalah pada tahun 2020 hingga ke 2021 dimana itulah gangguan saka teruk saya alami.

Berbalik pada saka. Menurut mak, kedua2 belah keluarga mak ayah ada saka.

Kalau cerita asal usul saka ni memang panjang, cukuplah sekadar, mak dan ayah tidak mewarisinya kerana mereka tahu itu adalah syirik,

Dan mereka juga adalah mangsa seperti saya kerana mereka tidak pernah tahu sebelum ini yang mereka diganggu saka hanya selepas berubat barulah mereka tahu.

Saya pula sebelum ni memang jenis susah nak percaya pada benda2 macam saka lah hantu raya la. Pada saya tu tahyul. Saya tahu jin, iblis dan syaitan memang ada.

Dulu kalau mak atau ayah cakap pasal bende2 ni and jumpa pengamal perubatan saya jadi tak suka sebab bagi saya tu semua merapu. Tapi bila da kene batang hidung sendiri barulah saya memahami apa yang mak dan ayah saya lalui.

Jujurnya saya tak ingat bila kali pertama saya kene gangguan2 ni sebab beberapa kali juga kene “gangguan halus yang ringan” seperti bunyi guli la di waktu maghrib, mimpi2 yang pelik dan menakutkan dan pernah la ternampak kelibat2.

Tapi takdalah sampai mengugat kesihatan mental dan jiwa saya masa tu.

Pernah juga beberapa kali saya rasa badan kene tindih bermula masa saya duduk di asrama politeknik. Tapi masa tu saya anggap tu maybe gangguan2 biasa makhluk halus.

Masa tu saya tak pernah terfikir yang saya akan kene gangguan saka sebab mak cakap selepas mereka berubat, saka da dibuang. Saya boleh katakan gangguan2 ni tak lah seteruk gangguan yang saya alami pada tahun lepas iaitu 2021.

Gangguan2 yang teruk saya rasakan adalah pada tahun lepas. Dan saya juga mengalami depression yang teruk pada tahun 2020 hingga 2021.

Sampai tahap saya da give up, end up cari pusat2 perubatan islam yang berdekatan, sebab masa tu ikthtiar berubat sendiri dengan pasang ayat2 ruqyah, ayat al-quran dan saya baca doa2 pelindung pun tak jalan. Antara gangguan2 ini adalah:

1. Emosi saya selalu tak stabil, panas baran. Sampai kadang2 saya perasan, kawan2 office tengok saya lain macam.

Ada juga beberapa yang jenis toxic, jadi saya memang selalu rasa nak marah and gaduh dengan mereka bila mereka layan saya teruk tapi saya terpaksa bersabar.

Sebelum ni, kalau saya marah pun takdalah sampai tahap baling barang atau pukul orang.

Masa tu bila saya marah sangat, kucing2 la jadi mangsa bila mereka buat hal, kalau ada yang kencing, berak merata sedangkan saya da tukar pasir, memang kalau hari yang mood saya tak baik, saya rotan mereka.

Ya saya tahu mereka cumalah kucing dan sampai sekarang pun saya rasa menyesal sebab pukul mereka sebelum ni.

Tapi bila perasaan marah tu menguasai diri, saya terus terang cakap, masa tu da tak fikir baik buruk ke, kalau rasa nak pukul saya pukul.

Saya gambarkan perasaan marah panas baran umpama macam dalam diri saya tu ada api yang tengah membara.

Selama saya pukul kucing2 saya nasib baiklah tiada kecederaan fizikal yang parah cuma emosi mereka lah mesti terkesan (maafkan mami).

Yang saya peliknya, bila panas baran saya da reda, saya seperti baru tersedar dan mulalah marah diri sendiri sebab bodoh sangat tak boleh kawal perasaan.

Bila saya sedih, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis masa saya depression tu. Sampai tahap saya rasa nak cucuk dada saya sebab rasa berat dan sakit yang saya rasa tak mampu nak tanggung.

Mujur saya tak ambil pisau atau pen walaupun rasa nak buat masa tu.

2. Saya selalu berasa pening di waktu nak masuk Zohor, Asar dan Maghrib. Dan pernah sakit2 belakang sedangkan saya tak buat kerja berat2 pun. Sampai tahap saya selalu muntah walaupun saya makan makanan yang biasa saya makan.

Kalau jumpa Dr. pun, diorang tak dapat bagi jawapan tepat, mereka cuma assume maybe vertigo or sebab saya stress. Makan ubat pun sekejap je lega lepas tu datang balik sakit kepala dan sakit badan2 tu.

3. Boleh dikatakan hampir tiap2 malam sampai tengah malam ada bunyi orang bertukang la, orang pindah angkat barang la (saya menetap di apartment) dekat atas rumah saya, bunyi tu pula mesti rasa dekat2 je dengan saya. Kalau kat katil kat katil la bunyi tu.

Kalau kat dapur kat dapur la bunyi tu. Saya start duduk rumah saya ni rumah sendiri pada tahun 2019. Masa tahun 2019 tu takda la pula bunyi2 pelik sampai menganggu ketenteraman saya.

Bunyi guli memang dah takda sejak saya pindah rumah baru ni (rumah lama iaitu rumah sewa, memang tiap2 nak Maghrib ada bunyi guli).

4. Saya bela kucing 2 ekor lepas saya pindah masuk rumah sendiri ni. Saya perasan, beberapa kali kucing2 saya akan pandang ke siling, tingkap rumah, walhal xda apa2 pun bila saya tengok balik, Dan mata diorang tak berkelip bila tengok kat tempat2 yang saya nyatakan tadi.

Adakala reaksi muka mereka macam terkejut, takut dan pelik bila diorang tengok kat tempat2 tu. Bila saya da perasan macam pelik2 tu saya panggil kucing2 saya atau kalau diorang tak respon saya tutup mata diorang dan angkat diorang.

Yang lagi seram, ada one time kucing saya sekor ni yang selalu manja dengan saya tiba2 takut dengan saya dan melarikan diri dari saya bila saya nak pegang dia sedangkan saya mood ok je masa tu tak marah2 pun dan before that dia Ok je dengan saya.

Dan, pernah mereka pandang belakang saya seolah2 ada orang kat belakang saya padahal saya tak nampak dan rasa ada orang kat belakang saya.

5. Ini yang paling teruk saya rasakan, selepas peristiwa2 di atas, boleh dikatakan tiap2 malam saya mimpi pelik2 dan menakutkan.

Antara mimpi2 yang saya ingat, saya berada di rumah lama arwah nenek, saya dibawa oleh seorang lelaki atau wanita ke tempat2 yang pelik seperti rumah lama dan hutan.

Pernah dalam mimpi, saya di rumah sendiri, kawan2 yang da lama terpisah ada dalam rumah saya. Dan macam2 lagi la.

Sampai tahap saya pernah kene tindih saya menjerit nak bangun sedar dari tidur sampai kucing2 saya pun terperanjat (ya saya tidur dengan kucing2 saya).

Selalunya saya akan terjaga pukul 3 atau 4 pagi dan saya selalu rasa letih end up tak boleh tidur balik. So saya berapa hari tak cukup tidur pergi kerja and nak buat kerja pun tak bermaya.

Apabila mengalami gangguan2 ni, saya takut ada yang cuba nak sihir atau santau saya walaupun saya rasa saya takda pula bermusuh dengan sapa2,

Malah saya sendiri pun single dan tak kaya mana jadi siapalah pula nak dengki kat saya kan. Jadi saya cuba berubat sendiri dengan melihat video dan baca di internet.

Pada awalnya, nampak gangguan semakin kurang selepas saya ikut kaedah perubatan islam dari Ustaz2 yang terkenal jugalah kat Malaysia ni menerusi pencarian di internet, tetapi gangguan2 tu datang balik.

So masa nilah saya cuba minta bantuan pengamal perubatan islam yang dekat dengan rumah saya. Dan ini adalah kali pertama saya menggunakan khidmat pengamal perubatan syifa.

Of course, saya kaji dulu latar belakang dan kaedah perubatan yang digunakan oleh pusat perubatan ni sebab takut kene yang sesat pula kan.

Setelah buat appointment, mereka datang dan interview saya mengenai gangguan2 yang saya alami. Saya terkejut, bila diorang cakap, ini adalah gangguang saka dan bukan sihir atau santau, sebab keadaan tak teruk sangat kalau kene sihir santau.

Masa tu saya agak lega bukan sihir santau kerana mesti keadaan lagi teruk. Maka masa ni bermula sesi perkongsian ilmu mengenai saka ni.

Masa tengah berubat tu, bila perawat2 ni baca ayat2 Al-Quran saya mula rasa pening kemudian rasa macam ada pusing2 dalam perut lepas tu muntah.

Tapi muntah keluar angin and air liur je. Lepas tu saya da rasa OK sikit rasa badan ringan xda sakit2 badan macam sebelum ni cuma rasa pening tu ada lagi masa tu.

Saya diberikan buku yang mengandungi ayat, doa serta zikir2 untuk amalan banteng dari gangguan2 yang berunsur khianat. Perawat juga berpesan jangan tinggalkan amalan2 ni dan sentiasa letakkan kepercayaan pada Allah S.W.T.

Mereka ada nyatakan yang saka tidak boleh dibuang kerana mereka pasti akan datang semula menuntut hak mereka (ini disebabkan perjanjian moyang terdahulu dengan mereka) tapi boleh dihindarkan dengan amalan banteng.

Jadi bergantung sejauh mana mana saya konsisten dengan amalan saya.

Dalam 2 minggu tu gangguan tu takda rasa aman dan saya dapat tidur lena tanpa mimpi pelik2. Bila masuk minggu ketiga, gangguan sedikit demi sedikit datang. Saya hubungi perawat2 tu semula.

So kali ke 2 dan ke 3 saya di ajar bagaimana cara atau adab yang betul ketika berdoa memohon perlindungan.

Rupa-rupanya, saya kurang pergantungan pada Allah tapi bergantung pada ayat2 Al-Qurannya. Ya tu memamg betul membaca ayat2 Al-Quran serta doa2 untuk berlindung tetapi pergantungan sebenar adalah pada Allah S.W.T.

Jadi, sejak amalkan apa yang diajar oleh perawat, Alhamdulillah saya tak diganggu teruk seperti sebelum ni da setahun. Pernah ada “cubaan” untuk ganggu saya, tapi dengan amalan2 yang diajar alhamdulillah gangguan tu da takda atau tak jadi.

Malahan saya turut juga memperbanyakkan amalan2 lain seperti mengaji, perbanyakkan solat sunat dan amal ibadat yang lain.

Apa2 pun, saya tidak mahu terlalu obsess dengan perkara2 ghaib yang bersifat khianat ni kerana saya khuatiri saya lalai dalam menjalankan tanggungjawap sebenar saya sebagai seorang khalifah. Saya anggap ini ujian saya untuk lebih mendekatkan diri pada Pencipta saya.

Kenapa saya gelarkan saka ni saka jahanam laknatullah. Kerana dulu ayah pernah panas baran masa dia seusia saya. Saya pernah benci dengan dia disebabkan dia pukul saya teruk2 dan memang hubungan saya dan dia agak rengang beberapa tahun.

Kerana saka ni juga la, hubungan kekeluargaan saya renggang dulu. Tanpa saya sedar saya pula jadi mangsa.

Apa2 pun, Saya tidak akan lupa bahawasanya jin, iblis dan syaitan2 ni memang tugas mereka untuk menyesat dan menganggu kita, jadi saya pun kenalah menerima kerana ini adalah ujian untuk saya juga.

Hubungan keluarga kami pula da baik semula cuma dikalangan saudara mara masih ada yang renggang, ayah saya pun sejak berubat (dia pun berapa kali kene berubat sebab bukan saka sahaja malah pernah kene santau sihir) dia pun da tak marah2 macam dulu cuma marah2 manja.

Saya bukan pakar dalam bab saka serta makhluk halus ni, Cuma baru2 ni Mak saudara iaitu adik ayah pernah beritahu dia juga pernah kena gangguan2 yang sama semasa dia seusia saya dan sekarang di usia 50 an gangguan tu berkurang.

Now anak perempuan dia pula kene gangguan yang hampir serupa.

Apa yang saya dan sepupu saya yang perempuan ni perasan, hanya saudara mara perempuan yang kene (kalau keluarga belah ayah, saudara mara perempuan tak ramai) dan kalau bermimpi kami pernah mimpi dengar suara lelaki ketawa tanpa wajah.

Saya tidak tahu la kalau ada saka yang jenis kacau lelaki perempuan je ke, Hanya Allah je yang tau.

Sampai disini sahajalah perkongsian saya. Pada yang megalami nasib seperti saya jangan mengalah semoga anda diberikan kesembuhan oleh-Nya.

Dan janganlah sekali meminta bantuan atau berkawan dengan makhluk2 ni kerana besar dosanya dan tak mustahil ahli keluarga kita yang lain turut terkena akibat perbuatan kita.

– Cik Ma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam Cik Ma.. Sy pun ada masalah mcm cik Ma.. Belum pulih sepenuhnya. Di sekeliling pun rasa byk sgt perkara yg buat hati tidak senang terutama dgn keluarga. Boleh tak kalau sy nak jumpa utk minta pendapat Cik Ma?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *