Pengalaman Ditahan Di Israel Ini Menyedarkan Aku Nasib Palestin

Assalammualaikum semua!

Yup! Aku nak cerita kisah sengsara aku hampir 1 jam ditahan oleh tentera zionis urghhhh. Cerita macam nak hebatlah kena tahan bagai. Betul ker, kau ni?? Betul! Aku tak tipu! Walau sekejap tapi macam neraka huhu. Peristiwa ni berlaku waktu tahun 2013 dalam 3 tahun yang lepas kalau tak silap. Aku pergi ke Palestin dengan rombongan keluarga, niat nak ziarah Palestin dan menjalankan ibadah umrah sekaligus.

Kitaorang bercadang nak masuk ke Palestin melalui Jordan. Jauh jugaklah perjalanan nak masuk ke Palestin ni dari Jordan. Nak sampai Palestin tu punyalah banyak ‘ spotcheck’ aduiii. Dari spotcheck beg sampai ke passport. Turun naik turun naik bas , sudahnya mengucap dan istighfar jerlah yang meniti di bibir. Nak mencarut marah-marah karang ada yang kena tembak. Yelah tempat baru mestilah cuak. Waktu tu passport memang jadi nyawa sehidup semati aku. Nak bagitahulah, kalau muka kau tak sebijik macam passport, selagi tu memang orang yang spotcheck tu tak puas hati! Waktu tu selain zikir dan doa, kau perlukan juga cekelat untuk menenangkan diri.sadis.

Selepas habis spotcheck yang macam main permainan explorace tu, rombongan aku berdepan dengan lagi satu spotcheck jahanam sebelum kami semua bebas masuk Israel opsss Palestin hehe. Kenapa aku cakap jahanam? Kalau kau nak tahu, kawalan keselamatan dia tahap kelas A+++perghhh… sebelum keluar dari perut bas lagi kau dah berdebar degup degup. Waktu sebelum masuk tu, bas berhenti agak lama. Agak-agak tak penyabar, satu rombongan berpakat menyuruh aku bertanya pada pak cik bas memandangkan aku seorang macam pandai cakap arab.

” Ammu…ada masalah ker? Kenapa bas berhenti lama?”

” takde apa…kau jangan risaulah.”

Hah lebih kurang begitulah perbualan pak cik bas dengan aku yang acah2 pandai cakap arab ni hahaha. So, aku acah2 minta pak cik2 dan makcik2 Malaysia agar bawa bertenang. Ma fi musykilah. Ma fi musykilah ^^. Setibanya kami di pusat pemeriksaan terakhir, kami diminta untuk turun seorang demi seorang dengan membawa beg masing-masing dan beratur dengan tertib ceh sebelum diperiksa oleh alat yang biasa korang nampak kat airport . Ala..alat yang scan badan dan beg tu…

Sebenarnya aku was-was samada peralatan scanner tu power sangat atau peraturan keselamatan zionis ni ketat sangat. Sebelum kitaorang diperiksa, memang dah dimaklumkan bahawa segala bentuk besi termasuk pin tudung ka, pin baby ka atau yang bersangkut paut dengannya memang haram tak boleh ada pada body. Kalau tak berteeetttttttttt teettttttt bingitlah scanner tu. Lebih teruk lagi, tudung sarung arini tertinggal kat rumah. Cisss. Waktu tu pulak aku memang tak tahu pakai shawl macam mak arab berlilit-lilit, tanpa pin pon tak tertanggal shawlnya. Sudahnya, disebabkan aku tak reti pakai tudung tanpa pin, tudung aku dah jadi macam gaya datin2, hampir2 menjempolkan sebahagian rambut. Alhamdulillah aku gigihkan juga tuk menjaga aurat. Ha lilit tepi , lilit lagi sampai kemas tak nampak rambut.

Sebelum giliran aku, tiba2 scanner berbunyi. Salah seorang dari rombongan berpangkat kakak kena buka belt dia.punyalah cuak, dia buka kat situ jer padahal ada bilik lain yang disediakan kalau nak buka belt. Aku dalam hati bermonolog, cepatlah kak….nak terjembul dah rambut aku ni.
Sampai giliran aku, tiada bunyi langsung dari scanner.alhamdulillah. Lepas sahaja dari body check, kemudiannya kena tunggu beg bagasi di periksa pula. Lepas beg bagasi aku keluar dari tempat scanner tu, aku terus meluru nak ambil beg aku. Seronoklah rasa tak kena apa-apa kononnya. Sekali!! Abang tentera tahan beg aku. Dia suruh aku tunggu dulu, jangan ambil beg . Aku dah panik waktu tu. Keluarga aku awal2 lagi dah dapat beg terus cabut keluar dari tempat pemeriksaan menuju bas yang disediakan. Siapa nak duduk situ lama2 oiii panas punggung.

Aku dah panik waktu tu. Nasib baik aku sempat tahan mak saudara aku, minta dia temankan. Kalau aku seorang, mati kutulah tak tahu nak buat apa.Aku cuba ambil beg lagi sekali tapi kali ni abang askar terus minta passport aku. Say WHAT??my precious PASSPORT?? Nak tak nak, aku tiada pilihan selain menyerahkan passport aku. Sobs.Lepas tu, abang askar suruh aku duduk dan tunggu. Beg aku pulak dia angkut bawa pergi mana entah. Waktu tu aku terpinga-pinga gelabah cap ayam. Mak cik aku relaks jer. Dia duduk memerhatikan sekeliling. Lepas aku macam dah tenang sikit, aku pergi kacau pegawai- pegawai Yahudi tanya mana beg aku.

” excuse me! Wheres my beg??” Aku pergi tanya satu pegawai tu. Tapi punyalah dia pandai cilok, pura2 busy tak nak jawab soalan aku. Agak2 tak tak tahan dengan karenah aku mungkin. Dia jawab…

“Dont worry. Just wait”

Akhirnya, lepas aku hampir putus asa, aku duduk di sebelah mak cik aku dan kami memerhatikan gelagat manusia di pusat pemeriksaan itu. Bukan nasib aku seorang rupanya. Ramai lagi warga Palestin yang menerima nasib yang sama bahkan lagi teruk. Ada yang menunggu bagasinya berjam-jam. Bila ditanya pada mak cik Palestin, jawabnya ” dah biasa (‘adi) , begini keadaannya setiap kali mahu masuk Palestin”. Entah kenapa jawapannya saat itu bisa menenteramkan hati yang berkecamuk tadi.

Biar aku cerita bagaimana tahap keselamatan zionis yang tinggi ini mencerminkan ketakutan mereka…

1. Hanya pihak berkuatkuasa WANITA sahaja yang monitor scan di komputer beg scanner. Satu persatu dia scan. Teliti! Dahlah teliti fokus pulak tu. Kat sini aku dapat lihat kenapa dia tak bagi lelaki jaga di bahagian ni. Kebanyakan perempuan naturenya cerewet dan teliti tapi lelaki sebaliknya. Contoh: aku dapat merasakan pegawai lelaki Yahudi yang pakai kopiah kecil atas kepalanya itu bersimpati dan seakan mahu menolong aku menerusi gerak tubuh dan pandangannya. Hee

P/s: disebabkan curious,aku usha screen komputer scanner dan apa yang aku lihat buat aku terkejut! Pihak berkuatkuasa perempuan tu buka facebook dan seakan check something. Tapi facebook siapa aku tak ingat. Hal ini buat aku terfikir kalau depa ni ada access pada facebook kita. Hoho.

2. Diorang check termos weh. Bayangkan termos kau beli mahal2. Dia boleh ketuk2, nak buka termos tu atas bawah walau tiada apa2 di dalamnya. Tragis. Yalah kalau ada bom kan terbaboom.

3. Kau tahu serbuk susu tu atau teh dalam plastik. Depa pergi cucuk2 plastik tu dengan benda tajam. Nak checklah betul ker susu atau dadah eh atau serbuk bom eh. Blurghhh

P/s : aku rasakan…beg aku kena tahan sebab aku bawa vico dan ternyata ianya benar setelah vico aku tiada huhu

Tu jer lah. Lepas ja dapat beg, aku terus ambil passport tunjuk muka menyampah sikit kat abg2 askar. Waktu tu terharu kot mak cik aku temankan.huhu. dan waktu keluar dari jahanam tu..Feeling dia rasa bebassssss sangatttt macam keluar dari penjara! Fefeeling hero pon ada gak! Kat luar bangunan spotcheck tu, parents aku tunggu aku,siap nangis lagi…tu pasal aku cakap macam keluar dari penjara fefeeling. Kena interview bagai hehe…ok daaa assalammualaikum ^^

P/s: sapa2 asyik takut2 tu, pergilah sana, insyaAllah rasa berani lepas tu bagai semua problem small matter ajee…
Btw jgn kecam aku pergi Palestin. Bila lagi aku nak pergi T_T

– Sameera

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit