Maaf jika coretan ini sedikit panjang. Ia bukan lah hebat nya hati seorang isteri tapi gila nya aku bila bertindak.
Pengalaman hampir bermadu..
Assalamualaikum, hi semua, nama aku Aisyah, 34 tahun. Bekerja sebagai owner business yang tak gah sangat tapi boleh lah & tolong run business suami.
Lately banyak sangat keluar cerita pasal poligami. Mostly hampir semua socmed ada keluar. Especially dekat tv. Mana yang layan drama tu tahu lah. Aku ni pon duk asyik lalu lalang je tu pon nak naik darah aku tengok recap cerita masing2. Hahaha
Back to normal. Suami aku tua lebih 10 tahun dari aku. Cerita dia aku kahwin dengan laki aku pon awal umur 20an dapat anak pon di tahun pertama perkhawinan kami.
More info aku berkahwin dengan laki duda yang dah masuk 2 tahun bercerai ketika tu + ank 1 ( lelaki 18y ). Alhamdulillah dalam diam perkhawinan aku dah masuk cecah 14y lebih kurang lah. Di kurniakan 3 cahayamata + anak suami aku dengan ex dia so total 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan.
Alhamdulillah hubungan anak2 tu tiada masalah sebab anak tiri aku tu aku yang jaga dari hari pertama kahwin sampai sekarang. Walaupon since umur 13y tiba2 mak dia nak jaga dia pulak tapi hubungan kami baik2 saja sebab dia rajin balik sini.
So nak jadi kan cerita berkenaan dengan topik. Actually ni cerita sekitar 2019 – 2023 macam tu lah. Aku hampir bermadu tapi bukan dengan sorang je tau tapi dua. 1 pilihan suami aku sendiri 1 lagi pilihan mertua aku. So aku nama kan bakal madu tak jadi aku ni.
Yang pilihan laki aku tu ex gf dia (1st love kot) nama khadijah tapi aku basa basi Tijah lah ye. So yang pilihan mertua aku pulak ex wife laki aku sendiri. Nama dia Lily so bahasa basi Lily juga lah aku pagil. Depa dua ni kalau ikut umur pangkat “kak” dengan aku.
So aku mulakan cerita macam mana boleh jadi & boleh jadi tak jadi nya depa ni berkahwin. yang si Tijah ni kematian suami (tak tau sebab apa) sebab aku tak pernah tanya. Actually laki aku dhn Tijah ni memang dah lama berhubung tapi di fb sahaja. So sebelum kenal dengan aku memang depa dah berhubung lah.
Tapi di sebabkan Tijah ni bini orang so laki aku tak contact. Sampai dah kahwin dengan aku hingalah matinya laki si Tijah ni laki aku pon contact. Laki aku ade je cerita kat aku pasal Tijah ni. Kadang dia bukak lagu old school dia tu mula lah di cerita pasal si Tijah ni.
More info. Sepatutnya si Tijah dengan laki aku ni berkahwin sebab laki aku dengan Tijah ni bercinta zaman sekolah lagi. Tapi di sebab kan mertua aku ni tak suka dia maka kahwin lah laki aku dengan si Lily.
Lily ni pulak kematian bapa & mak tak tau kemana. Lily ni kenalan laki aku juga jadi bila mertua aku jumpa si Lily ni mertua aku berkanan lah sebab Lily mulut memang manehhh.
Penceraian laki aku dengan si Lily ni pulak atas sebab laki aku kerja gaji kecik. Yelah gov kan masa tu mana besar sgt gaji. Jadi Lily ni dia rse ssh sebab dia pon kema kerja untuk dia dapat kan apa2 yang dia nak. So gaduh2 berlaku penceraian. Tapi hak jagaan dapat dekat laki aku sebab nya Lily ni habis eddah dah nak kahwin lain.
Jadi dia buat surat hitam putih serahkn ank tu pada laki aku sepenuhnya janji depa ni berpisah. Tapi memang btul surat tu sampai harini masih ada & Lily tu memang habis eddah terus kahwin dengan suami no 2. Kenapa aku tulis no 2 sebab spnjang dia berpisah dengan laki aku dia dah 3x kahwin dah.
Back to Tijah. Tijah ni soft spoken lah. Tak macam aku cakap jerit2 time marah. Actually masa aku dapat tahu affair laki aku dengan Tijah ni aku rasa marah sangat2 aku meratib juga diri apa kurang nya aku apa yang aku tak bantu laki aku.
Dari pakai ex5 dengan proton sampai sekarang dah pakai nissan dengan beli rumah guarded lagi. Tapi tulah Allah dah kata ujian isteri ni suami nya.
Aku meratib nasib lama juga lah dalam 5 bulan macam tu. Sampai lah masa tu covid. Aku fikir balik kenapa aku nak meratib sedangkan lebih baik aku move on & jual mahal.
Yes aku move foward aku buat relationship aku dengan laki aku macam orang putus cinta lah move foward je. Tapi sebelum aku bergerak tu aku ada deep talk dengan laki aku pasal our marriage mana haluan lepas ni.
Dalam deep talk tu aku bagi tahu aku ikhlas jika dia lepaskan aku & hidup dengan si Tijah kalau Tijah taknak terima aku sebagai madu. & aku juga ikhlas kalau Tijah nak bermadu dengan aku. (tah mana datang nya kekuatan ketika tu aku pon tak tahu)
Tapi laki aku cakap dia tak mampu lepas kan aku & dalam masa yang sama dia kesian dengan Tijah sebab mati laki (masa ni aku gelak sebab jawapan paling bodoh aku pernah dengar) so we decide untuk berbaik lah.
Tapi aku cakap aku nak saluran yang betul maksud nya kena naik mahkamah atau pejabat agama untuk mohon poligami so aku boleh tuntut harta sepecarian & sebagainya.
Aku cakap dengan laki aku. Aku setuju untuk dia bersama dengan Tijah tapi ada syarat.
1. Aku nak dia ada dekat rumah ni hanya time weekend sahaja maknanya Sabtu dia mai ahad dia pi balik rumah Tijah.
2. Tukarkan kereta dan rumah ke atas nama aku & business yang dia ada Tijah takde hak nak masuk campur apa2 urusan kecuali menolong laki aku ni buat kerja.
Laki aku berhenti awal gov & run business contractor so aku cakap kau nak buat kerja tukang dengan Tijah kau boleh pergi tapi bab urusan duit & deal customer dia tak de hak masuk campur.
3. Dia & seluruh ahli keluarga nya termasuk anak laki aku dengan Tijah (sekiranya mereka berkahwen & ade anak) di haramkan jejak kaki di rumah yang kami duduk sekarang.
4. Pengiliran hari raya antara dia dengan Tijah sahaja. Aku nak raya mana ikut suka aku.
5. Laki aku kena izin kan aku kemana saja aku pergi cth kalau aku nak travel dengan anak2 ke dia kena izinkan. No compromise.
6. Laki aku & Tijah di haramkan mengunakan mana2 kenderaan yang ada dekat rumah ni. Kecuali kancil. So lain2 kenderaan mestilah ade di rumah ni laki aku tak boleh guna semasa dia dengan Tijah.
7. Rumah aku dengan Tijah mestilah bukan dalam daerah yang sama. Boleh senegeri tapi tak boleh sedaerah. Kang aku pergi mana2 terjumpa plak dia.
So dengan bebesar hati nya laki aku setuju. So aku pon keluarkan surat hitam putih yang di syarat kan tu. Aku minta dia inform Tijah & jika Tijah setuju aku sendiri yang akn bincang dengan mertua aku untuk merestui perkhawinan depa ni. Dan akhirnya Tijah pon setuju.
Tijah pulak sibuk nak jumpa aku. Konon nya nak ucap terima kasih. Aku pon tak fikir panjang aku pergi jumpa dia. Sepanjang aku dengan Tijah jumpa tu aku takde rasa pape pon. Seolah aku macam menantikan pertukaran shift yang aku nak lepaskan pada orang lain & aku boleh turn off & rest puas2.
Tapi aku cakap dengan Tijah bagi aku cakap dulu dengan mertua aku. & mungkin makan masa setahun mungkin 2 tahun. So Tijah cakap dia sanggup tunggu. Walaupon dia tahu yang mertua aku tak setuju dengan perkahwinan ni.
Lagi pun masa tu pkp hanya boleh rentas daerah tak boleh rentas negeri majlis pon tak boleh buat sebab tu aku suh tunggu.
Balik dari jumpa Tijah dalam seminggu juga aku pon pergi rumah mertua aku & bercakap isu ni. Kecoh 1 rumah weyh. Mertua aku terkejut beruk sampai tak terkata dia. Yang bapa mertua aku sampai nak pitam. Semua duk pandang aku. Tapi aku senyum je (dalam hati Allah je yang tahu).
Biras perempuan aku ipar duai semua datang peluk aku. Tanya macam mana boleh jadi. Depa smua kenal sangat dengan Tijah sebab dia sekampung dengan bapa mertua aku. Kira kenal lah the whole family si Tijah ni.
Sampai lah mertua aku datang dekat aku dia cakap dia tak setuju untuk laki aku nak berkhawen dengan Tijah. tapi plot twist nya dia nak aku bermadu dengan ex laki aku. (gila lah)
Aku dengan laki aku pon balik rumah kami. Esok tu aku bagitahu apa yang mertua aku cakap. Dia sebenar nya nak laki aku kahwin dengan ex dia si Lily ni. sebab nya Lily nak bercerai dengan laki no 3 dia. Rupanya Lily ni dah bercerai dengan suami no 2 habis eddah kahwin dengan laki no 3. (sekarang tak tau apa cerita).
Laki aku terus bangun & memekak dekat mertua aku. Ya! Laki aku memang tak suka ex dia. Dia mmg taknak balik dengan ex dia. Sebab depa ni berurusan bab ank pon mcm anjing dengan kucing. Sebab si Lily ni suka provoke & cari masalah dengan laki aku dengan guna kan si anak ni.
Kdg aku kesian tengok anak tiri aku ni. Tapi nak cakap lebih2 tu mak dia. Jadi aku mampu nasihat kan dia “baik buruk tu mak hang. Hang kena hadap juga bang. Mama ada ja dengan hang bila hang rasa takde sapa dah nak dengar luahan hati hang.
Hang suka ka tak suka pak tiri hang ka adik beradik tiri hang ka, hang kena juga ngadap bang. Innsyaaallah allah ada dengan hang mama ni tak pernah putus doa untuk hang”
Tapi yang sebenarnya Lily memang ada hati kat laki aku. Actually laki aku ni tk lock phone dia. Wasap dia dengan Tijah ke dengan Lily ke dengan sapa2 ke aku boleh baca.
Dulu aku sejenis tak cek phone sebab tu dia tak lock tapi sejak kantoi pasal Tijah tu laki aku still tk lock tapi aku kadang2 baca je wasap dia dalam sbulan tu ade lah dalam 2-3 kali cm tu lah. Tapi aku tak focus sgt baca wasap dia dengan Tijah sebab aku lbh tertarik dengan wasap Lily dekat laki aku.
Lily always guna kan anak sbagai alasan untuk contact. Kadang duk throwback pasal kisal silam depa berdua. Tapi laki aku tak layan. Laki aku penah sampai pagil dia betina jalang. sebab nya dia rajin buat live dengan laki2 dalam tt. Tapi si Lily ni macam menadah je telinga bila di hina macam tu janji dia dapat laki aku.
Sampai lah 1 hari tu Lily duk wasap aku bagitau yang mertua aku nak sangat dia kahwin dengan laki aku ni. Seminggu juga aku nak balas wasap dia. Sebab aku duk fikir apa yang selayak nya dia ni dapat.
Sebab dalam wasap tu dia cakap yang dia taknak bermadu dengan aku. & nak aku berambus dari rumah yang kami duduk ni. Sebab mertua aku tak suka aku katanya.
Aku cakap dengan Lily aku boleh je nak serahkan laki aku ni. Tapi ada syarat. Aku letak balik syarat yang aku bagi pada Tijah kepada Lily. Aku just tukar nama penuh depa je lah.
& syarat ni juga laki aku bagi kat mertua aku sekiranya mertu aku ni nak sangat2 lah dia kahwin dengan Lily. Dengan harapan laki aku ingat Lily tak setuju. Sebab Lily nak balik semula dengan laki aku pon atas apa yang laki aku ada sekarang.
Ayat akhir aku kata dekat Lily selamat bersaing dengan si Tijah. Siapa yang menang dia lah yang dapat bermadu dengan aku. Sebab nya laki aku kata dia takkan lepas kan aku. So meroyan lah si Lily ni.
Ikut kan serabut nya aku ketika tu memang aku nak angkat kaki tingalkan semua biar lah orang nak kata apa pon. Tapi anak2 aku kekuatan aku stay.
Sebab laki aku dengan anak2 memang rapat gila laki aku pon walaupon dia dengan Tijah tapi dia layan aku macam biasa takde kurang (hakikatnya ada je kurang tu tapi aku je yang rasa). Tapi duit lagi senang aku nak cekau sjk2 dia kemaruk.
Aku ni tak lah hebat mana tapi lebih kepada gila je. Aku pon tak tahu mana datang kekuatan aku waktu tu dengan apa yang jadi. Jujur aku tak kuat tapi aku pura2 kuat. Ikut kan ceritanya panjang sangat. Nanti aku cerita di part 2.
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit