Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-hampir-bermadu/).
Ramai nya yang minta part 2. Sabar2 aku sambung lah ni. Cuma admin lambat post pasal story so lambat lah nak tunggu part 2 nya. Kita ikut turn okay.
Sebelum aku nak sambung cerita ni ke part 2 ade benda yang aku nak declare pasal anak tiri aku si abang. Ada pulak yang kata aku mak tiri kaut reta bapak. Padahal tu adalah harta sepencarian aku dengan laki aku selagi mana aku isteri aku ade hak.
Actually aku tak pernah lupakan atau meninggalkan bahagian buat abang. Ikut mana abang anak pertama aku. Sebelum aku ada anak sendiri abang lah permata hati aku yang pertama.
More info pada yang bercakap aku mak tiri kaut reta ayah nya, meh aku cerita apa yang aku provide kan pada ank2 aku dari abang sampai si bongsu.
1. Aku ambik hibah 300K jika mati nya aku ni semua dapat. 10% laki aku , 10% mak aku & anak2 dapat 20% setiap sorang termasuk abang.
2. Medical card untuk anak2 aku juga yang provide & bayar. Tapi aku bayar untuk 3 orang anak je. Abang & 2 anak perempuan aku. Sebab apa sorg anak aku tak dapat? Sebab aku ade anak sakit kronik sorang.
3. Apa2 urusan abang ulang alik pergi & balik kerumah kami aku yang keluar kan kos tanpa minta claim balik dengan bapak atau mak dia.
4. Segala urusan sekolah abang dari tadika hingga lah dia spm ni aku yang uruskan panjat sana sini. Sampai abang nak masuk mrsm pon aku yang uruskan all in. Kenapa bapa dia tak buat? Memang bapa dia serahkan pada aku je & abang pon apa2 dia akan bgtau aku dulu.
Mak dia si Lily tu memang tak tau pape ye pasal nak isi form ke urusan anak ke memang dia blur & bila aku buat atau take over dia juga yang meroyan (aku pon tak faham)
5. Aku kalau tak suka si abang dari hari pertama aku dah tak jaga dia. tapi tak aku sanggup berhenti belajar semata2 nak membesarkan dia tapi dalam masa yang sama Allah bagi aku zuriat sendiri.
6. Segala nafkah abang tak pernah suami aku culas. Setiap kali payment memang suami aku akan serah kan resit pada aku & aku print isi dalam 1 fail khas (NAFKAH ABANG) sehingga Jan 2025 ni abang masih di beri nafkah ye walaupon dia dah bekerja.
7. Kalau dulu abang takde acc bank sendiri kami setiap bulan akan datang pada abang serahkan duit by cash. Kalau jumpa abang kami akan invest dia dengan 2 benda barang lain cash lain. Cash saja tak lari RM500 – 800 per month ye untuk abang. Aku tahu & aku tak marah memang itu selayak nya abang dapat. Aku selalu pesan dekat laki aku nak murah rezeki jagn kedekut dengan anak bini.
8. Travel. Kami takkan travel kalau abang tak cuti. So ikut mana mesti abang cuti kami akan travel 1 family. Tak pernah lagi abang balik sini kami tak travel. Mesti pergi merata kami pergi ikut kewangan & bajet yang ade ketika tu.
9. Barang2 yang ada pada tubuh badan abang harga nya lagi pricey dari anak2 aku sendiri. Abang baju sekolah seluar slack tak beli dkt kedai biasa2 baik tenten ke hari2 ke brand lagi mahal dari canggih. Memang aku tak pernah belikan barang dia dekat kedai biasa. Sebab tu yang selayak abang dapat.
10. PHone yang abang pakai dri dulu hingga kini aku yang invest & upgrade dari masa ke semasa. Mak atau ayh dia sendiri tak pernah nak keluarkan duit. Jadi aku yang keluarkan. Abang call nak pakai laptop & printer.
Aku juga yang invest untuk abang jnji abang selesa & boleh berlajar tanpa tercicir sikit pon. Abang ni aku letakan ikon dalam rumah untuk ank2 aku jadikan contoh. Abang walaupon dia minta aku macam2 tapi dia bukti kan apa yang aku bagi dia tak sia2 kan.
11. Motor yang abang ade sekarang. Ikutkn laki aku nak beli second. Aku tak bagi. Aku cakap belilah baru. Aku keluarkan separuh saving aku untuk dia. & abang dapat motor baru untk dia ulang alik pg sekolah & solat jumaat.
12. Persiapan raya tetap aku yang beria siap kan abang punya dulu. Lagi2 kalau turn tu dia berapa dengan mak nya si Lily. Tetap ade baju raya dia untuk disini ye. Sebab raya ke 3 dia dah start raya dengan kami.
mcm tu juga turn dia dengan kami raya ke 3 dia dah raya dengan mak nya. Jadi tiap tahun abang tetap ade baju melayu walaupun dia tak berapa hari pertama bersama kami. Ni baru raya belum lagi cakap bab hari jadi abang.
13. InnSyaaAllah untuk dia sambung study tak lama lagi pon akan ada untuk abang. Aku dengan laki aku ade buat saving untk anak2.
Jadi jangan lah kata aku ni pentingkan diri sendiri sedangan semua yang aku tuntut tu hak aku & anak2 termasuk abang. Jgn lah normalise kan yang MAK TIRI JE JAHAT!
Apa kau ingat Lily suka ke aku provide anak dia macam ni? Tak weyh. Dia siap pekej maki aku lagi kata aku butakan anak dia dengan duit. Tapi aku diam je malas nak layan. Kalau di layan Lily tu memang tak kemana. Dia insecure dengan aku sebab apa yang aku bagi pada family aku.
Tu belum cite bodoh nya dia pakai medical card abang masa dia sakit dia boleh call aku tanya kenapa dia tak boleh pakai medical card abang untuk dia? Hahahaha kebodohan apakah yinii.. sebab tu aku provide kan banyak benda untuk abang. abang anak yang pandai, anak yang baik, anak yang soleh.
Back to normal. Kesinabungan apa jadi antara Lily & Tijah. dah alang2 terbuka cte psl abang ni jom lah kita mula dengan si Lily dulu.
Lily ni ikutkan tida hak penuh hak jagaan pada abang tapi di sebabkan dah berjanji dengan abang & Lily umur abang 13 yang boleh duduk dengan ibu penuh. So tu sebab Lily dapat abang di bawah jagaan dia penuh.
Banyak benda yang berubah pada abang sjk2 dia duduk dengan Lily. Lily ni kaki jalan tapi memang tak pernah ye dia bawak abang ke laki dia ke ank2 tiri dia ke memang jarang sangat2. Kecuali ade event melibat belah laki dia tu baru lah semua terlibat.
Perubahan yang aku boleh cakap banyak side negative kadang aku yang risau beria kalau abang tknyusur jauh. tapi abang anak yang baik. Dia cakap dia cuma stress je tengok ibu dia.
Aku dengan Lily tak pernah nak ade timbul apa2 isu termasuk isu abang. Dia nak baik dengan aku. Aku baik dengan dia. Bukan tak pernah aku invest skit duit aku dalam business dia. Lily ni ade kdai cosmetic ye. Dari mula dia kawen dengan laki aku memanh dia berniaga.
Dulu 50% gaji laki aku kena bagi dkt dia untuk roll modal niaga. Sampai lah berpisah pon dia minta juga dengan laki aku. Cuma laki aku ni cerdik sikit dia tak bagi.
Dia ade hutang dengan AIM duit abang pnh jadi mangsa kena bayar duit AIM. Sebab dia ingat dia kawen dengan laki baru, laki baru nak bantu dari segi modal. Rupa2 nya apa pon tarak.
Dah lah pjj tambahan pulak business semua kena usaha sendiri. Sampai kereta yang laki aku bagi hadiah dekat Lily masa depa laki bini pon Lily pg jual sebab nya nak pakai duit.
Actually masa dia berpisah dengan laki no2 dia. Dia memang dah niat ye nak jadi bini laki aku. Tapi macam aku cakap lah dia nak singkir kan aku. Dulu aku dengan Lily duduk 1 tempat yang sama cuma dia taman lain aku taman lain. Tapi beza perjalanan tu 10minit je. Isu Lily ni aku paling banyak bersabar.
Lily ni aku rasa dia jadi kan aku idola dia kot. Hahaha sebab apa? Apa aku buat semua dia nak buat. Apa yang aku ada semua dia nak ada juga. sebab tu bila dia tak mampu nak jadi aku dia nak laki aku untuk dia dapat sama macam aku dapat.
Kau bayang kan lah sampai tahap gambar wasap pon duk tiru. Aku buh gambar anak2 dia pon buh gambar abang. Aku buh gambar laki aku dia pon buh gambar laki dia. Aku pakai shawl dia pon pakai shawl (actually Lily ni old school tak pandai sangat mix & match baju make up pon so so je)
Lily sangat insecure ye dengan aku sampai kn kulit muka aku pon dia nak sama kan. Lily ni gelap manis. Jujur aku cakap Lily actually manis je muka dia. tapi bila dia try hard untuk putih tu buatkan di jadi tak lawa. Jujur aku kesian dengan Lily ni tapi tulah datang tantrums dia kang buat aku hilang sabar.
Selama Lily buat aku. Aku tak pernah nak cakap buruk Lily terutama depan abang. Ikut mana tu mak abang. Aku nak dia terima aku macam mana dia terima mak dia. Masa aku duduk dekat dengan Lily dulu.
Boleh kata hari2 Lily mai rumah. tapi aku boleh bertahan stay dengan rumah lama 2y je. Aku minta laki aku posting untuk kebaikan bersama Alhamdulillah Allah permudahkan.
Lily ni punya penangan sampai main bomoh ye. & dia mengaku kat aku yang dia berusa macam2 benda nak dapat kan laki aku. Tapi semua tak berjaya. Ni dia confess masa dia tengah mood honey moon baru kawen dengan laki no 3.
So masa tu juga dah nak tukar hak jagaan abang pada Lily. Masa tu dia cakap dia memang ada hati pada laki aku memang nak kembali pada laki aku. Tapi aku jadi pengahalang sebab tu dia kawen dengan laki lain.
Lily ni patern dia masa dia bahagia ngat2 dengan laki dia memang kau akan namapk dia akan meleser je dengan laki dia macam kucing minta makan dengan bibiknya.
Sampai kan depan kami ni pon sama meleser leser kita tengok pon boleh tahu dia bahagia ke tak. Lagi 1 Lily ni jenis suka ambik kesempatan atas kebaikan aku dekat dia.
Aku ni puas gila sabar dengan Lily. Sampai family day belah laki aku mertua aku boleh ajak dia. Tapi abang ipar aku jenis tegas dia cakap kalau mak bawak dia. Kami semua takkan pergi. Mertua aku memang tak berani lah.
Tiap kali raya Lily mesti akan buat alasan tiket bas dari rumah adik di ke pantai timur habis (Lily stay dekat pantai timur, rumah adik nya di selatan sebelah negeri aku je) jadi tiap kali raya dia akan datng rumah adik dia.
Pastu minta nak tidur rumah mertua aku atas sebab takde tiket dari sana ke rumah dia. Tapi dari tempat aku ke rumah dia tiba2 je ade tiket.
Aku mula2 dulu layan je lama2 aku cakap aku yang uruskan tiket pergi balik anak kau selama ni tak yah lah nak sembang tiket bas takde. Tapi demi abang aku okay je.
Sebenarnya aku okay je dia mai rumah mertua aku. Aku takde halangan. Tapi ade adik bradik & ipar duai yang tak suka akan kehadiran Lily. Bak kata depa past is past. Takde keperluan pon untuk Lily datang balik. Nak ziarah boleh cukup datang & balik tak perlu nak tidur situ.
Tapi Lily ni memang selamba badak dia je. Dia tak kisah orang suka ke tak suka ke dia memang akan buat apa yang dia nak buat. Ikut rasa hati dia. Lily ni 3y pertama dia kawen dengan laki no 3 aku dengan dia memang helok. Sembang bab abang je. Tapi lama2 takde dah.
Ikut laki2 Lily ni memang Lily ni contact aku je tak perlu contact laki aku. Sebab semua orang tahu aku yang menguruskan abang head to toe. Tapi Lily ni taknak dia cakap lagi selesa contact dengan laki aku. So dari pihak aku takde masalah pon sebenarnya janji kau tahu kedudukan kau kat mana. Tapi makin lama makin menjadi jadi.
Okay since Lily ni tahu yang bukan saja bersaing dengan aku malah dia kena bersaing dengan Tijah. Dia sendiri pon tahu yang laki aku memang suka sangat2 dengan Tijah kan. Tapi kelebihan dekat dia mertua aku tak suka kan Tijah.
Jadi dia rasa dia masih ada harapan untuk menang lah. Padahal awal2 dia dah patut tarik diri sebab nya masih status bini orang kot. Mentang2 lah laki dia tu dah memang patut sign up warga emas suka2 dia je nak buat hukum sendiri.
Syarat2 yang aku bagi tu aku tak serahkn pada Lily thru by my side. tapi laki aku yanh serahkan pada mertua aku. laki aku cakap kalau mak nak sangat saya kawen dengan Lily.
Lily kena hadam semua ni & kena tahu kedudukan dia di mana. tapi bila aku baca balik syarat tu laki aku pergi ubah yang waktu pengiliran bermalam & juga pengiliran raya. segala harta sepencarian semua seperti biasa.
Terbeliak mata mertua aku. Terus dia shoot call aku bising2 kenapa aku letak syarat macamni? Kenapa nak kena bawak ke mahkamah atau pejabat agama? Kenapa itu kenapa ini? Mertua aku memang tak puas hati ye.
Tapi aku hadam je apa yang mertua aku cakap. Kata nya aku taj perlu cemburu sebab nya Lily yang pertama pernah jadi bini laki aku. Katanya aku tak patut buat mcm tu pada Lily & laki aku sebab nya Lily pon pernah bersusah payah. Masalah nya tu dulu bukan nya sekarang.
Ikut kan hati aku nak je cakap, “alah Lily dulu berpaling tadah pon sebab abang tu susah. Mana datang nya ssh sng bersama2” tapi kenang kan tu mertua je. Kalau tak berbakul2 aku nak cakap.
Lily hari2 duk wasap laki aku ayat pertama akan hantar gambar abang. Contoh: bawak abang pg makan ni. Ingt tak dulu kita rajin makn kt sini bla bla bla. Tapi laki aku tak layan. Pastu nanti keluar lah ayat dia. ” kau seakan lupa yang dulu kita pernah bahagia. Tapi sejak kau bersama dengan ecah kau lupa terus aku ni” ( Kimak betul! Oopss maaf)
Bila laki aku tak balas wasap auti Lily akan wasap aku. Tanya mana laki aku pergi kenapa tak balas chat atau angkat call dia. Aku jawab senang je. Oh laki aku keluar dengan Tijah.
Harini Tijah datang sini jumpa laki aku. Agaknya tengah duduk bawah bulan purnama kot duk sembang masa depan depa. Takyah lah kacau. Lily apa lagi meroyan lah. Tapi ayat dia “kau tak marah ke Tijah tu ganggu rumahtangga kau” aku tanya balik apa beza nya kau? Terkedu member.
Lily banyak kali minta no Tijah dekat aku. sebab dia minta dengan laki aku & dia juga minta dengan mertua aku. Tak dapat2. yang mertua memang tak tahu. Cubaan minta dengan aku & laki aku pon tak dapat. Lily ni dia benak skit bab2 nak jadi stalker sampai akar umbi. Dia tak macam aku. Aku korek sampai habis.
Antara Lily dengan Tijah aku boleh compromise lagi si Tijah. Walaupon apa dia buat tu tak sepatutnya tapi dia masih lagi hormat aku sebagai isteri pada pakwe dia. Tapi Lily tak. Haritu aku hampir nak saman si Lily ni menjaja cerita pasl aku dengan laki aku.
Padahal dah berbelas tahun depa berpish dia punya nak kan simpati lelaki jalang dalam tiktok tu. Habis smua drama dia buat. Sampai kan hal dalam kain dia berair tak berair pon dia cite kat orang. Ni lah sebab knapa aku sendiri pon tak boleh terima Lily lebih dari mak kpd abang.
Masa kedaan pandemic dah okay. Aku pernah invite Tijah untuk datang kenduri dalam masa yang sama aku invite si Lily. Tapi buat dekat rumah mertua aku. Aku takkan pernah invite depa mai rumah aku. Taknak cemarkan rumah aku dengan kedatangan depa.
Si Lily ni punya lah merenyam bertongek2 dia duk nak melayan laki aku. Laki aku pulak macam orang sawan tak keruan aku invite dedua orang tu. Dah tak tahu nak layan yang mana. Aku? Santai melihat drama sekalian alam.
Mertua aku cubit aku kata aku gatal merenyam pergi invite Tijah. Aku cakap senang je. “mak abang memang nak kan Tijah dia taknak Lily, jadi mak terima lah hakikat ye”. Memang tak lah dia nak terima si Tijah tu. Sebab nya Tijah ni macam ade kena mengena dengan keluarga bapak mertua aku.
Mak mertua aku ni kalau benda tu ada kaitan dengan bapak mertua aku memang dia tentang habis. Aku pon tak tahu sebab apa dia tak suka the whole family belah baoak mertua aku.
Mertua aku siap takut2 kan aku lagi kata Tijah tu nak reta laki aku. Dia tak tahu ke aku dah letak syarat2 semua. Aku cakap senang je. Sama je syarat nya dengan Lily tapi Tijah terima je mak. Yang tak terima sekarang ni si Lily. Jadi mak boleh bagitahu Lily untuk dia patah lah balik. Lebih baik dia focus ambik hati laki dia yang pra warga emas tu dari dia sibuk nakkan laki orang. Cermin lah diri dulu.
Tergamam mertua aku. Dia ingat aku tak turut semua kemahuan dia? Pastu asyik2 ulang kesian kat abang tu. Nak sangat dia tengok mak dia kembali bersama dengan bapak dia. Abang tu tak boleh terima Tijah tu.
Padahal hakikatnya abang pon tak berapa suka mak dia balik kepada bapak dia. abang pernah confess dekat aku. Dia minta aku jauhkan diri dari mak di. Jaga keluarga elok2 jangan bagi bapak dia terjebak dengan mak nya.
Mak sekarang masih status isteri orang mama. Abang tahu hukum hakam. Tapi abang dah nasihat kat ibu. Tapi ibu tetap dengan kelakuan dia yang macam tu. Abang minta maaf mama. Abang malu dengan mama. Tapi abang percaya mama kuat. Mama tetap mama abang. Sebab2 macam ni lah aku syang sangat dengan abang. Sebab2 mcam ni lah aku pendam je apa mak dia buat pada aku.
Masa depa bersemuka dalam kenduri aku tu. abang Alhamdulillah salam Tijah dengan elok. Siap borak dengan Tijah. Lily comfirm2 lah tergugat “ehh anak aku borak dengan perempuan ni”. Tijah ade je inform aku yang mertua aku dengan Lily ade je jumpa dia. Dia mengadu yang mertua aku minta dia jauhkan diri dari laki aku.
Laki aku dah bahagia dengan aku. Dia tak perlukn org lain untuk jadi isteri. Tapi Tijah ni menjawab. “makcik tak bagi sebab makcik nak satukan Lily dengan abang kan?” terus diam mertua aku.
“Macam ni lah makcik, sy dengan ecah takde masalah pun. Abang pon bukan nya suka Lily, mak cik tanya lah dia apa dia cakap pada ecah. Belum jadi bini dah halau bini orang tu, sy walaupon nak kawen sangat dengan anak makcik tu sy masih hormatkan si ecah.” meroyan lah mertua aku dengan si Lily ni.
Mertua aku konon nak bagi Tijah ni terasa mertua aku pon puji lah si Lily ni “cantiknya anak mak, malam ni tidur dengan mak ye” Lily ni punya layanan sampai kan dia boleh tidur sebilik dengan mertua aku. Walaupon dlm tu ade bapak mertua aku.
Aku? tak pernah sekali aku jejak kaki aku dalam bilik mertua aku. Masa nak balik Tijah datang jumpa aku dia cakp. Dia tak tahu sama ade dia boleh bertahan ke tak untuk stay dengan laki aku. Pastu drama juga lah dia dengan laki aku.
Laki aku pon pergi lah jumpa dia. Sedang kan aku? Memerhati melihat kelakuan dia. Bini mana yang tak terasa tapi abang datang peluk bahu aku cakap ” abang ada untuk mama. Kami semua ada dengan mama”
Jujur malam tu sekali lagi aku menangis.
Banyak sangat aku nak cerita tapi InnSyaaAllah kalau ade yang nak part 3 aku akan tulis lagi. Tapi part 3 part last lah..
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit