Aku parent berbangsa melayu, tentu sekali Islam. Aku nak bercerita sikit kisah aku hantar anak aku ke sekolah jenis kebangsaan cina. Terlebih dahulu aku nak “potong stim” kepada mana2 bangsa yang ortodok, kalau kau nak tengok aku cerita kisah buruk bangsa yg kau benci tu dalam cerita aku, maaf, telahan anda meleset. Bukan tujuan aku itu untuk hantar kisah macam tu. Tak minat, anda boleh stop membaca kat sini.
Okay, apa yang istimewa sangat masuk SJKC ni? Anak memang habis sekolah, akan jadi bilionair? Akan ada kuasa ajaib? Tiada pun. Sama je dengan sekolah kebangsaan. Cuma keistimewaan, anak kau akan fasih bertutur bahasa mandarin, sebab proses pengajaran dan pembelajaran kat sekolah. Semuanya guna mandarin, kecuali ketika subjek bahasa melayu dan bahasa inggeris (pendidikan islam untuk muslim diajar bahasa melayu).
Dekat sekolah kebangsaan pun sekarang, dah ada pilihan untuk ambil subjek mandarin, aku tahu tu. Tapi tak sama, sebab sekolah kebangsaan, hanya teori, praktikal sikit, sebab tak ramai chinese. Apa pun, better than nothing daripada kita yg zero mandarin.
Bagaimana cara nak memasuki SJKC?
Tak semudah buka web site kementerian pendidikan, isi online sekolah mana nak masuk. Pertama sekali, anak kau mesti ada basic mandarin. Ini sangat penting. Kebanyakan sekolah akan reject permohonan yang tak memenuhi syarat ni, sesetengah sekolah mungkin longgar, tapi kebanyakannya, reject.
Anak kau mesti ada sijil tadika cina atau pra cina, atau busuk busuk pun, tahu cakap mandarin. Kalau basik terus tiada, kesian kat anak kau nanti. Tak boleh survive. Silap2, lepas 6 bulan, mak ayah akan dinasihatkan tukar anak ke sekolah kebangsaan. Ini biasa, memang banyak terjadi.
Baiklah, sampai part kelebihan SJKC.
1. Apa yang aku perhatikan, bab disiplin.
Dekat SJKC, sangat2 menitik beratkan hal ini lebih2 lagi bab masa. Aku tak tau, sekolah kebangsaan kena datang pukul berapa? Sebab semua anak aku SJKC, tapi SJKC, anak aku, pukul 7 dah kelam kabut masuk kelas, wajib hantar kerja rumah, dan cikgu dah ready nak masuk pada pukul 7.10am.
Cikgu dia datang awal, lepas tu siap tunggu kat pintu pagar, wish kpd setiap pelajar, ‘chow an lamli’ (biasala dia pelat sebut ramli). Dia wish tu kira macam perli la kalau anak kau tak wish. Bagi aku ini bagus, dia ajar anak kau untuk hormat cikgu.
Kerja rumah memang tak payah sebut. Banyak sangat. Kadang kadang kesian tengok anak aku, esok nak cuti sekolah, hari ni cikgu mengajar lagi. Sebut hal disiplin, tak banyak kes buli kedengaran kat SJKC. Ada memang ada, tapi tak banyak. Nak kata perfect, memang la tak. Mana mana sekolah ada masalah dia.
2. Bab matem4tik.
Aku perhatikan, anak aku sangat cekap matem4tik. Laju dia buat pengiraan. Lepas aku research sikit sikit apa faktornya? Aku dapati beza antara mandarin dan bahasa melayu, sebutan yang pendek. Contoh: bahasa melayu satu dua tiga empat lima… sepuluh manakala mandarin yi er sam si wu.. Shi. Dekat sini je kau boleh tengok, sebutan mana lagi pantas untuk disebut?
Sebab tu kau tengok, kaum china, majoriti bijak matem4tik, sampaikan mendiang loh bon siew tokey moto honda tu, hanya pandai matem4tik, tp membaca menulis tak pandai. Kalau kau pernah dengar, dulu ada someone yg propose supaya sebutan nombor bahasa melayu disingkatkan, beliau cuba nak membuat “kaedah mokdar”. Tapi tak pastilah apa hasilnya? Lama dah aku tak ambil tahu.
3. Hubungan mak ayah dan guru.
Dekat SJKC yg aku perhatikan, cikgu cikgu dia memang sangat titik beratkan hal ini. Cik gu anak aku, memang sentiasa berhubung dengan aku. Sampaikan anak tak buat kerja sekolah, dia whatsapp bagitau, lepas tu suruh aku tengok perangai anak kat rumah. Dia siap perli aku, “ini SJKC, kami cikgu cikgu tak bagi muka sama anak anak kalau malas. Kami marah, kami rotan.” aku plak yang malu. Anak main main dalam kelas, dia bagitau. Kat sekolah kebangsaan mungkin sama kot? Sebab aku baca, cikgu cikgu stress sebab kerja tak habis. Lepas balik sekolah pun, parents whatsapp.
4. Sokongan ibu bapa pelajar.
Yang ni paling best aku nak cerita. Memandangkan aku ni minoriti kat SJKC, sebab tak ramai pun anak anak melayu kat sekolah ni, total tak sampai 20, majoritinya cina, even india pun tak ramai, tapi lagi ramai la daripada melayu.
Waktu mesyuarat PIBG, aku hadir bersama sama dengan mak ayah yang lain, time ni aku speechless. Aku tengok sendiri mcm mana mak ayah chinese ni sangat sangat ambil berat hal sekolah anak mereka. Mesyuarat dia buat 2 bahasa, mula mula mandarin, of course aku macam ayam dan itik, aku tak faham, tapi lepas tu, cikgu dia berucap pula dalam bahasa melayu, walaupun kami ni tak ramai mana? Cikgu dia tanya, berapa nak sumbang untuk sekolah (PIBG). Aku cakap, ikut majoriti dan sekolah. Cikgu cakap, “sini ada mak ayah rela hati mau sumbang untuk siapa tak mampu bayar”
Aku macam, wow! Sampai macam ni sekali? Tapi tak terkejut pun, sebab rata rata diaorang ni mampu. Kaya lah kot? Majoriti bisnes, datang hantar anak dgn mpv, bmw. Cuma aku kagum, mereka ni ambil berat sangat hal pedidikan anak. Set rm50 diaorang kata sikit. Hasilnya, cikgu minta rm150 je setahun. Jangan salah sangka, bukan semua kaya, ada je yang layak dpt BSH rm100 tu, tapi sikap diaorang tu yg aku kagum. Tak berkira.
5. Apa yang aku perhatikan, sistem SJKC malaysia cuba nak mendapatkan hasil seperti sistem pendidikan singapura.
Kita semua tahu, bab pendidikan, sinngapura antara negara top 10 dunia, tapi kejayaan mereka tak dicapai dengan mudah, mereka amal sistem meritokrasi. Mereka bersaing sesama sendiri dengan sangat kuat. Kerajaan mereka juga sangat menitikberatkan pembangunan modal insan. Kau boleh tengok macam mana pelajar sekolah singapore, lepas sekolah, ada yang lepak mcd sambil buat kerja sekolah.
Dekat SJKC pun ala ala macam tu, pelajar dibekalkan dengan kerja sekolah yang sangat banyak. Tak cukup dengan kerja sekolah, pelajar disuruh hadiri kelas tuisyen sampai 4-5 petang kecuali hari rabu. Aku tak pernah dengar anak aku cerita, kat sekolah, cikgu suruh buat kerja sendiri, cikgu tak mengajar. Sukatan pelajaran anak aku, bulan 7 dah habis, lepas tu cikgu sambung sukatan untuk tahun seterusnya. Laju tak laju kau bayangkan?
Apa cabaran hantar anak ke SJKC?
1. Bab makanan.
Emak ayah wajib alert bab ni. Bagitahu anak bab apa boleh dimakan, apa tak boleh dimakan? Aku latih anak aku bab ni dengan bagi dia bawa bekal. Hari hari. Tentu sekali, kau kena rajin siapkan. Kalau malas, lapar la anak kau. Tapi ada sekolah yang pengusaha kantin dia org islam, tengok majoriti sekolah tu.
2. Anak wajib bawa air hari hari.
Sebotol at least 1 liter, cikgu suruh. Ada cikgu yg tegas, dia check supaya air ni mesti habis di minum. Cikgu anak aku tak berapa tegas bab ni, sebab kadang kadang, aku tengok, tak habis pun.
3. Mak ayah mesti berkorban.
Wajib korban masa, tenaga, wang ringgit. Anak buat kerja sekolah, kau kena tengok. Part ni memang perit bagi aku. Siap kena wassap kawan2 chinese, wassap cikgu tuisyen, google translate sebab nak tolong anak. Dahlah soalan matem4tik dia susah walaupun selepas diterjemah ke bahasa melayu. Duit jangan berkira. Untuk anak kau juga. Kalau spesis berkira, sila jauhkan dari SJKC. Memang stress kau nanti. Kadang kadang tengah tahun, cikgu minta duit beli buku. Buku buku memang habis diguna. Jangan risau. Tiada pembaziran.
4. Bab kelas agama.
Yang ni sebagai emak ayah, kena fikirkan. Tak semua SJKC ada kafa. Kebanyakan mak ayah, selepas ambil anak, terus terkejar kejar hantar anak ke kafa sekolah lain. Memang kat sini, kau kena korban masa dan duit minyak, hari hari kecuali rabu. Pilihan lain, tuisyen kan dia. Kafa tak wajib. Yang wajib, anak kau tahu baca al quran, tahu solat dan hukum hakam agama.
5. Mak ayah jangan spesis manja.
Cikgu SJKC garang. Kena rotan biasa. Kalau kau spesis suka saman cikgu, tak payah hantar.
6. Mak ayah kena mental kuat.
Aku kena perli dengan jiran, “kau hantar anak sekolah cina, nanti kau m4ti, anak pukul gendang ke?” Ya rabbi, sampai macam tu? Tak kurang juga, yang keluar kata kata rasis. Salah 1 sebab aku hantar ke SJKC, sebab tak nak anak aku jadi generasi sebegini yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ni.
Akhir kata, tak kisah mana sekolah anda nak sekolahkan anak anda, yang penting. Masa depan dia. 20 tahun dari sekarang, kita hampir pasti mandarin akan jadi bahasa utama seperti inggeris. Hanya pendidikan yang boleh membebaskan sesuatu bangsa tu dari kemunduran, bukan politik kedai kopi, bukan laungan retorik berdegar degar penyedap hati.
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11
– Tanta
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam. Saya hantar anak ke SHKC, tapi ada guru sk yang bagitahu saya bahawa silibus bahasa melayu di sjkc adalah aras rendah. Jadi nanti dia akan jadi sukar untuk anak menjawab soalan untuk masuk ke Sekolah berasrama penuh dan MRSM. Apa pendapat yang lain.
Betul. Anak saya darjah 1 tahun ni di SJKC. Tapi baru ni bila saya baca komen mengenai SJKC ramai yang cakap bahasa melayu di SJKC agak rendah berbanding SK. Saya pun berbelah bahagi tapi suami tetap mahukan anak ke SJKC.