Pengalaman Hidup 21 Tahun Yang Lepas

Inginku ceritakan pengalaman hidup aku pada 21 tahun yang lepas. Aku pun tak pasti kenapa aku tiba-tiba teringat akan peristiwa itu.

Aku tak ada perasaan dendam pun, tapi aku tak pasti kenapa tiba-tiba aku teringat. Mungkin sebab emosi aku sebagai ibu mengandung sekarang tiba-tiba rasa sedih.

21 tahun yang lepas, aku masih di bangku sekolah menengah. Kejadian ini berlaku pada waktu persekolahan.

Aku ada seorang cikgu lelaki, aku gelarkan dia Cikgu M, mengajar subjek yang bukan subjek untuk peperiksaan. Waktu itu aku di sesi petang.

Ada satu hari, aku masuk kelas lambat sebab jarak waktu antara satu subjek ke subjek lain, aku pergi tandas terlebih dahulu.

Aku ni ada kekurangan yang aku sendiri tak boleh ubah. Nak kata aku OKU pun bukan, aku memang tak ada kad OKU. Tapi bila pandang dengan mata, aku ada cacat.

Cikgu itu jadikan kekurangan aku untuk malukan aku depan kelas, ya, kawan-kawan.

Aku dulu budak yang introvert, tak cakap banyak. Aku tak bijak, tapi bukan duduk di kelas belakang. Malunya aku waktu itu hanya Allah yang tahu.

Ada beberapa sesi kelas pada hari lain, dia masih buat perkara yang sama. Malukan aku di dalam kelas dengan guna kekurangan aku.

Setiap kali dia buat aku macam tu, aku hanya mampu menangis di dalam kelas depan sahabat-sahabat aku yang 40 orang. Tak ada seorang pun yang mampu backup aku waktu itu. Aku bukan buat salah disiplin pun, tapi kenapa?

Mesti korang pernah tengok video ada anak-anak mengadu kawan-kawan ejek kekurangan dia waktu sekolah, itulah yang aku rasa. Bezanya, aku kena dengan pendidik itu sendiri.

Aku balik dari sekolah, aku mengadu dengan mak aku tentang apa yang terjadi di sekolah. Tapi mak aku diam, tak ada tindakan apa pun yang diambil.

Lepas itu, aku ada seorang kawan baik yang suarakan apa yang terjadi di dalam kelas kepada salah seorang guru disiplin waktu itu. Terima kasih kepada cikgu disiplin tersebut, sudi mendengar dan menyuarakan kepada pengetua.

Tak lama kemudian, pengetua panggil aku untuk berjumpa di bilik guru. Hanya sekadar siasat atau bertanya untuk kepastian mungkin.

Tapi selepas kejadian tersebut, Cikgu M masih mengajar di sekolah yang sama. Bagi aku, tak ada tindakan terhadap cikgu tersebut.

Dan perkara itu berlalu macam itu saja bila aku naik tingkatan. Cikgu M pun dah tak ajar aku, sebab tingkatan seterusnya dah tak ada subjek yang Cikgu M ajar.

Siapa yang pernah ambil peperiksaan untuk kelayakan menjadi seorang guru, tidak sepatutnya ada sifat seperti Cikgu M tersebut. Menjadi seorang guru, biarlah ada sifat sama rata.

Doakan bayi yang bakal aku lahirkan sihat sempurna, supaya dia tak lalui apa yang dah aku lalui waktu dulu.

Sekian sahaja dari aku yang teringat masa lalu. Saya doakan Cikgu M sihat selalu.

– Yang tidak sempurna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sekolah rendah menengah susah nak jumpa cikgu yg betul2 kualiti majority lemau skill mengajar xda mcam nak menunggu gaji masuk je kementerian pun lemau cergas la sikit pegi exercise ke makan sihat ke bagi otak berfungsi dgan betul

  2. Teringat thn 1997 dulu sebab aku x reti jwb soalan matematik..cikgu lelaki tu ketuk kepala aku dgn piring piala jns besi..aku igt smpai bila2..1 hr di thn 2003 ketika aku dah sek menengah..aku nampak cikgu ni di bank di kwsn bandar.Ak jd trauma jap even aku dah tak sekolah di situ.

    Aku juga pernah dimalukan cikgu muzik sebab x bawa buku muzikAku membesar jd pelajar yg rendah diri..tiada keyakinan asbab kena dgn cikgu2 sekolah.

    Sampailah aku masuk alam uni..aku dipermalukan kwn aku sebab kulit aku berjerawat dan kusam.Katanya muka aku mcm makcik.Pdhl hakikatnya muka dia yg mcm rupa makcik 30 thn walaupun kulit cerah.Dia sengaja nak memalukan aku.Banyak kali juga aku kena face and body shaming dgn org..aku jd marah dgn diri sendiri knp Tuhan cipta aku mcm ni.

    Aku x reti defend diri wktu diejek..dihina..aku hanya mampu sedih.Skrg umur aku dh 30an dan masih bujang.Aku dah glow up sejak usia 20an dulu lps tamat belajar.

    Skrg sesiapa je hina aku..tunggulah aku balas balik kata2 tu ke muka dorg tnpa rasa takut.Entah dr mana kekuatan ni dtg selepas puluhan thn aku hdp dlm ketidakyakinan.

    Sebenarnya ujian2 ni menjdikan kita kuat jika kita ubah cara fikir kita dan syg diri kita seadanya.

    • Bila sebut psal cg matematik.. sy dulu pernah kena tampar depan semua classmate sbb xdpt jawab sifir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *