Pengalaman Hidup Yang Mendewasakan

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pembuka bicara. Aku kenalkan diri aku sebagai seorang perempuan yang berusia awal 20-an.

Ya, macam orang tua-tua kata aku ni umpama manusia yang baru nak kenal dunia. Baru tahu kehidupan. Tanpa berlengah lagi izinkan aku memulakan cerita hanya sekadar luahan hati yang tidak mampu diluahkan.

Aku bukanlah orang yang senang. Hidup aku dari dulu selalu dalam keadaan yang meributkan. Bahagia? Jarang sekali aku merasakan.

Aku terlahir sebagai anak ‘broken home’. Hidup aku susah sangat untuk merasakan kasih sayang kedua orang tua aku. Mereka tak bercerai.

Cuma mereka selalu bergaduh. Aku adalah saksi kecil pergaduhan mereka. Sakitnya. Hingga aku tak mampu berkata-kata.

Aku juga tiada kawan mahupun sahabat. Ada pun mereka selalu ambil kesempatan sebab aku selalu sendiri. Orang kata jadilah kan buat ada-ada. Hinanya aku dulu sampai orang tak nak berkawan langsung dengan aku.

Aku masih ingat semasa tadika dulu ada budak perempuan bagi aku gula-gula tapi bukan bagi secara baik. DICAMPAK yee. Sampai sekarang dia masih tak bertegur dengan aku. Aku rasa benci dengan dia. Perasaan aku tercalar dan terguris. Apa salah aku?

Korang boleh rasa sakit tak, bila ada mak ayah diaorang yang melarang anaknya dari berkawan dengan aku? Bila anak diaorang main dengan aku, cepat-cepat diaorang tarik lepastu pesan jangan dekat lagi dengan aku.

Ya, aku miskin, selekeh, busuk dulu. Macam aku ni bawak ‘negative vibes’ dekat anak diaorang.

Sampai sekarang aku tiada kawan. Tapi aku ada sahabat. Pengalaman dulu cukup buat aku untuk lebih memilih orang yang aku boleh jadikan kawan. Jika mereka bermuka dua. Aku juga boleh.

Semakin aku menginjak dewasa, aku diuji lagi sepanjang aku sekolah menengah mak ayah aku masih susah. Hubungan mereka semakin pulih sedikit.

Saat yang buat aku menangis bila teringat balik cerita ni. Mak aku pergi kerja dan ayah aku pula akan jaga aku dengan dua orang lagi adik aku. Aku ada 7 orang adik beradik semuanya.

Pergi mana-mana naik motor buruk nak patah dua tu pun sebenarnya dah patah tapi ayah “welding” balik. Moment ni paling indah pada aku. Sebab dapat peluk ayah aku pastu berbual atas motor.

Ceritalah pasal dah besar nak jadi apa. Nanti dah besar boleh tolong mak ayah supaya mak ayah tak macam ni sampai bila-bila.

Ayah cerita ayah menangis bila balik kampung adik-beradik ayah semua tanya kenapa tak bawak kitaorang. Ayah nangis dalam hati. Sebab tak mampu nak beli kereta lagi.

Kadang aku ambil adik-adik aku balik sekolah pun naik basikal tau. Tapi aku tak merungut aku tahu hidup aku susah.

Mak ayah sampai bergadai harta yang diaorang ada semata nak membesarkan dan nak sekolahkan aku dengan adik-adik aku. Aku pun alhamdulillah sepanjang sekolah bergantung pada biasiswa sekolah.

Duit biasiswa tu pun kadang aku bagi mak aku untuk belanja dapur. Ayah aku bukan tak kerja. Dia kerja sendiri ambil upah potong sawit ke atau meracun kebun orang. Tapi duit yang dapat tak mencukupi.

Nak bayar sewa rumah, bil api air. Adik beradik yang lain semua baru mulakan hidup juga tu yang agak susah untuk kitaorang.

Lepas aku habis SPM aku terus cari kerja. Aku kerja kedai makan. Semua benda aku kena buat. Sampai aku duduk sekejap saja. Boss aku dah bising cakap aku ni mengular main smartphone saja. Allahu aku nak nangis time tu aku penat bagi la aku rehat sekejap.

Kau tahu? Aku masuk dapur aku cakap kat boss aku, aku penat semua kerja aku kena buat. Kerja kau tinggal masak saja. Tu pun masih kata aku mengular ke? Aku baru nak rehat sekejap.

Gaji kat situ walaupun aku buat semua kerja dari kedai buka susun meja kerusi, menyapu, bersihkan dapur, buat air, sampai laa ke closing.

Aku yang kena pastikan dapur tu bersih dan teratur, tiada sisa tertinggal. Dapat cuma RM30 sehari. Duit tu aku kumpul konon nak buat lesen.

Tapi kat rumah selalu kehabisan barang dapur, aku tak kisah. Aku tetap hulur mak aku duit yang aku kumpul. Tak mengapalah sebab aku makan juga kan.

Kalau ada yang kurang aku tambah. Dah jadi kebiasaan, setiap kali aku ada duit aku mesti hulur kat mak aku sikit.

Walaupun kadang aku betul-betul kekeringan duit, aku tetap hulurkan pada mak aku.

Sambil hulur aku cakap kat mak aku “mak doakan rezeki kita makin bertambah melimpah ruah nanti insyaAllah boleh bagi kat mak lebih dari ni mak”. Mak aku sebak. Anak perempuannya sedang bekerja keras untuk membantu dia.

Alhamdulillah sekeras apa pun kehidupan aku dulu, aku dapat laluinya dengan iringan doa mak aku. Ayah aku dah ada kereta boleh la bergerak senang sikit. Dia beli dah lama masa aku umur 17 tahun gitu. Aku pun dah ada lesen masa umur 19 tahun.

Malu sebab baru pandai tunggang motor umur segitu, baru pandai nak pandu kereta. Dulu mak aku selalu cakap tak boleh bawak motor kereta selagi takda lesen. Aku ni dengar saja lah tak dengar kang dapat sakit.

Nak dijadikan ceritanya, tahun ni aku dapat beli kereta baru hasil titik peluh aku. Deposit tu duit aku. Alhamdulillah walaupun kereta aku beli tu cuma mampu milik saja.

Oh ya, aku dah tukar kerja. Kerja di sebuah kilang yang boleh tahan la gajinya dari pekerjaan dulu. Dan aku dapat sambung belajar part time untuk Ijazah Sarjana Muda. Impian yang aku terpaksa tangguhkan demi keluarga tercinta.

Doakan aku untuk terus semangat dan kuat dalam menimba ilmu. Keputusan SPM aku pun cuma biasa-biasa saja.

Tapi rezeki tu Allah nak bagi mohon untuk diploma lepastu diaorang suggest untuk terus lompat Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah. Mohon doa kalian untuk aku terus kuat ya untuk tempuh dugaan yang akan datang.

Semoga doa kalian juga akan berbalik pada kalian. Terima kasih sebab baca luahan aku yang berjela ni.

– DAISY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *