Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih andai admin publishkan coreta ini buat kali keduanya.
Pertama sekali terima kasih kepada makcik pakcik abang akak yang dah mendoakan saya. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian.
Maaf sebab baru baca komen-komen semua. Tersenyum aku membacanya. Walaupun tidak saling mengenali tetapi didoakan seperti saudara sendiri.
Terima kasih sekali lagi. Tak lupa juga ada yang tak suka dengan ayah aku dalam confession sebelum ni (https://iiumc.com/pengalaman-
Bila aku baca cerita pasal ayah, broken home, pasal mak dan pasal family bukan sahaja baca tetapi orang sekeliling aku juga ada mengalaminya. Aku bersyukur kerana aku tidak mengalami nasib seperti mereka. Mungkin nasib aku lebih baik dari mereka. Alhamdulillah.
Semoga kalian yang sedang bersedih sekarang diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Bertabahlah dengan setiap ujian yang diberikan.
Korang semua kuat sebabtu Allah uji. Sebab dia tahu korang mampu. Ayah aku tak jahat sebenarnya, dia cuma tersalah pilih jalan. Ada yang menghasut.
Dia terciduk la gitu. Hahaha. Lagi yang menghasut tu sedara dia sendiri. Mak aku kata sebelum tu ayah aku memang baik, tak pernah tinggi suara, angkat tangan semua tu memang tak pernah. Macam aku cakap, ayah aku cuma tersilap pilih jalan. Dia tak kedekut kalau ada duit.
Sejak dia buat hal memang nafkah selalu tak bagi. Lama juga mak aku menderita, sampai aku pun selalu jadi mangsa mak aku.
Aku faham mungkin dia terlalu tertekan dan aku nakal memang patut diajar. Kalau badan tak berbirat mmg tak sah. kena sebat dengan getah paip. Baik punya. Hahaha.
Adik-adik buat salah. Aku yang duduk jauh aku yang kena tadah. Takpalah. Adik aku masih kecik takkan nak disebat pulak. Aku lah yang tanggung.
Aku tak pernah pandai masa sekola rendah. Selalu dapat tempat paling bawah. Mungkin emosi aku terganggu. Sekarang aku yang kena banyak sabar.
Aku takda simpan dendam pada keduanya memandangkan skrg lebih baik dari dulu. Pernah saja mak aku cakap kat aku. Dia persoalkan aku ni siapa nak betulkan itu ini.
Aku sedih sangat. Sedangkan adik -adik aku dengan abang akak aku disayang sangat. Aku faham, dia tertekan.
Tapi mak aku ni bila aku teringin sangat nak makan something. Dia memang tak cakap ya atau tak. Tahu-tahu dia ajak aku masak sama-sama. Makan laa makanan yang aku nak tu. Aku happy.
Setiap kali aku macam kecik hati dengan dia dan berkurung dalam bilik dia akan tanya tak makan ke mak dah masak tu.
Kau tak lapar? Keluarlah dari bilik tu pergi makan. Mungkin dia sedar aku dah makin besar bukan lagi budak yang dia selalu sebat dulu.
Apa pun aku bersyukur sangat perlahan Allah dengar doa aku.
Dia tak bagi sekarang, dia bagi nanti. Yakinlah Allah tu Maha Mendengar. kau ngadu saja banyak-banyak kat DIA. kalau kau hilang tempat nak bersandar kau masih ada lagi tempat untuk kau sujud.
Jangan takut untuk gagal, sebab aku juga pernah rasa gagal. Sampai aku rasa aku ni memang dilahirkan untuk jadi seorang yang gagal. Aku gagal dalam banyak perkara. Sampai aku juga pernah ada suicidal thought. Memang rasa tak guna sangat.
Bila aku duduk sendiri aku tanya kenapa aku tak diberikan kebahagiaan macam orang lain? Kenapa mesti aku yang diuji? Kenapa aku yang kena gagal selalu dan dihina. Aku sedar aku manusia biasa.
Aku tak patut persoalkan setiap yang berlaku pada diri aku. Aku perlu bangkit. Aku juga sudah banyak kali merasakan tersungkur. Aku bangun dan tersungkur berulang kali. Sampai satu titik aku dah penat sangat.
Tapi aku tetap bangun sebab takkan ada yang membantu kalau aku sendiri tak bantu diri aku. Masa sekolah menengah aku improve banyak benda. Salah satu sebabnya mungkin aku dah semakin membaik. mak sanggup hantar aku pergi balik sekolah.
Terima kasih mak. Aku selalu berada dalam lingkungan top 5 atau top 10 dalam kelas. Dalam tingkatan selalu top 20. Pernah jadi pelajar harapan sekolah untuk straight A.
Jujurnya, aku ni nakal time sekolah menengah mungkin sebab dari pergaulan dan tak merasakan keseronokan time jadi budak dulu.
Cikgu-cikgu sampai menyampah dengan aku. Subjek yang aku paling skor adalah Pendidikan Islam. Selalu skor A. Sampai ustazah suka lah. ebab aku antara pelajar top skor dalam subjek tu.
Macam biasa ada saja yang tak suka. Katanya aku ni tak layak dapat markah macamtu sebab nampak aku pakai baju kurung skola ketat, tudung pendek. Bukan aku tak pernah pujuk mak aku belikan yang baru. Tapi mak aku kata utamakan adik-adik dulu.
Kadang aku pakai saja baju sukan sebab tu saja baju yang longgar dan selesa. Seluar pulak memang beli besar. Aku gemuk dulu lepastu susut sebab join kawad kaki.
Pernah dapat tawaran Kolej Vokasional. Tapi tak dpat pergi sebab tak cukup modal. Takda kereta nak hantar.
Jadinya, aku stuck kat sini. Redha saja ambil aliran sastera. Ambil subjek akaun, ekonomi dan perdagangan.
Macam yang selalu kita dengar, kita takkan dapat apa yang kita nak tapi kita akan dapat yang kita perlu. Aku minat kulinari tapi bukan rezeki aku kat situ. Dengan 3 subjek inilah ilmu asas yang aku bawa sampai sekarang.
Sekarang? Macam aku katakan kehidupan aku lebih baik. Alhamdulillah.
Apa yang aku belajar dari pengalaman aku, jangan mudah untuk putus asa selagi kau tak lalui dulu kepayahan tu. Lama-lama jadi mudah. Bangun dan terus bangun. Apa yang orang kata letak saja tepi. Buat pekak telinga.
Diorang tak effect apa pun pada kejayaan kau. Jadikan diorang pembakar semangat untuk berjaya. Kalau dihina, biarkan kerana hidup ni bukan selalu ada kat atas. Kan? Jadinya persetankan saja.
Ayah aku sekarang pun semakin membaik. Mak aku selalu pesan jugak, baik buruk macam mna pun ayah tu, dia tetap ayah. Nama dia yang dibawa mana-mana. Kalau dia jahat. Jadilah sebaliknya.
Jangan bagi nama yang sedia buruk tu bertambah buruk. Dia cuma tersalah pilih jalan. Doa kan senjata mukmin. Jangan mengalah. Ni pun rasa dah panjang sangat. Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih sekali lagi atas doa kalian semua. Aku tak lupa juga orang-orang yang pernah hina aku. Akan kusimpan kemas dalam ingatan.
Aku cuma doakan orang-orang ni tak mengalami nasib yang sama macam aku dulu. Terima kasih.
– DAISY (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit