Assalamualaikum saya berumur 24 tahun dan ingin menceritakan kisah kali pertama hilangnya ahli keluarga buat pertama kali dalam hidup. Kisah ini berlaku sebelum PKP bermula lagi tapi baru sekarang nak share pengalaman ini.
Ayah saya telah dijemput meninggalkan dunia ini pada Bulan Februari tahun 2020. Itulah kali pertama dalam hidup saya kehilangan ahli keluarga.
Perasaan saya ketika itu gembira, bersyukur, sedih dan redha. Mungkin ada yang cakap kenapa saya boleh gembira dalam situasi kehilangan ahli keluarga.
Untuk pengetahuan pembaca, ayah saya sudah 2 tahun sakit dan terlantar di atas tilam. Semakin lama penyakitnya semakin teruk dan dia tak boleh berjalan.
Sebelum ini ayah saya antara orang terkuat pergi surau solat lima waktu berjemaah, setiap hari baca al-quran dan bangun qiamullail.
Antara amalan yang saya dengar daripada ahli keluarga saya, ayah saya pada waktu malam berzikir membaca Astaghfirullahalazim sebanyak 2000 kali setiap waktu malam.
Ketika hidupnya, dia banyak membantu orang yang memerlukan pertolongan, banyak merawat orang yang sakit sehingga sembuh. Bahkan ketika arwah nenek masih hidup, ayah pernah mencium kaki dihadapan kami adik beradik minta maaf pada nenek.
Memang kalau nak cerita sangat banyak kebaikan dia di dunia ini. Dengan kami adik beradik nafkah tak pernah tak diberi, ayah tetap akan kerja tengah panas demi mencari rezeki bagi menampung kami sekeluarga.
Tapi kerana beberapa kisah saya telah derhaka pada ayah saya, dua tahun tidak bertegur sapa. Walaupun saya sudah menegur ayah saya dan minta maaf pada hari raya akan tetapi kemesraan antara seorang anak dan ayah tidak seperti sebelum cetusnya pergaduhan.
Semua salah saya kerana mengatakan ayah saya b*d*h dan sombong tak nak tegur. (YA Allah berdosanya hambamu ini)
Dipendekkan cerita, apabila ayah saya dah nak meninggalkan dunia saya dapat satu perasaan yang pelik seolah olah akan berlaku sesuatu kepada keluarga saya.
Ketika itulah saya tetiba selalu membuka ceramah ustaz wadi anuar tentang kem4tian dan ceramah ustaz dusuki akan sakitnya kem4tian.
Ketika mendengar ceramah saya merasa insaf dan mula menegur serta mengurut ayah saya yang terbaring di atas tilam. Walaupun tak lama kerana akward saya cuba juga kuatkan diri jaga ayah saya.
Saya masih ingat hari terakhir saya memakaikan dia baju, tak sangka itulah saat terakhir saya melihat dia dalam keadaan sedar.
Ketika itu hati saya berkata kata “mungkin inilah saat terakhir aku akan melihat ayah aku dalam keadaan sedar sebegini”. Lalu ayah saya diangkut menggunakan ambulan.
Esoknya pukul 12 malam abang saya call untuk datang hospital ayah saya dah tenat minta datang dan bacakan yasin.
Kami sekeluarga datang untuk bacakan yasin moga arwah ayah sembuh jika umur masih panjang dan jika umurnya dah tak panjang mohon mudahkan sakaratul maut.
To be honest, ayah tak nak datang ke hospital sebab dia cakap dia nak m4ti kami sekeluarga ada disekelilingnya. Dia tak nak m4ti berada sendirian di hospital. Kenapa?
Sebelum ini ayah saya pernah masuk wad ICU dan dia berada sendirian ketika itu. Dia ternampak sekumpulan syaitan sedang menghasut orang yang sedang nazak untuk keluar dari islam. Saya dapat cerita ini selepas ayah meninggalkan dunia daripada kakak saya.
Allah makbulkan doa ayah saya, ketika dia sedang sakaratul maut. Kami sekeluarga ada di sekeliling membaca yasin dan talkin di telinga Ayah menyebut “Lailahaillallah (Tiada Tuhan Selain Allah)”. Kami membaca yasin tidak berhenti daripada pukul 2 pagi sehingga 4.30 pagi.
Ketika saya membaca talkin saya ternampak lidah ayah saya bergerak gerak ketika itu Ayah saya sedang berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri tapi saya nampak dengan jelas lidah ayah saya bergerak seperti mengikuti bacaan talkin LAILAHAILLAH.
Akhirnya ayah saya telah meninggalkan dunia dan kami sekeluarga ada ketika itu. Doa ayah saya dikabulkan dia meninggal dalam dakapan semua ahli keluarganya. Next Episode (Pengalaman Solat Jenazah)
Ada part 2—> Tak tulis sampai habis sebab takut admin tak approve penat je taip panjang panjang.
– Si Anak Yang Menyesal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit