Setiap kali Hari Raya Aidiladha tiba setiap kali jugak terkenangkan kisah ni. Dan kali ni, aku harap boleh bukak mata mereka yang turut serta dalam program korban.
By the way, aku Rose (bukan nama sebenar). Parents aku berasal dari Pantai Timur dan dah menetap di Pantai Barat almost 30 tahun. Meaning that kami adik-beradik dilahirkan dan dibesarkan di Pantai Barat ni.
Keluarga kami saling berpindah since nature work of ayah, so kami mengikut. Sehinggalah akhirnya kami settle down di salah satu kawasan perumahan.
Taman perumahan ni mula didiami penduduk tahun 2008 dan keluarga kami salah satu keluarga yang terawal di kawasan perumahan ni.
Selepas beberapa tahun, Masjid didirikan dekat kawasan perumahan ni yang mana memang berdekatan dengan kawasan rumah. Hanya berjalan kaki sahaja ke sana.
Ibadah korban mula dijalankan tahun kedua selepas Masjid dibuka. Pada awalnya, kami pun turut serta untuk mengambil bahagian.
Boleh dikatakan setiap tahun memang akan buat korban walaupun hanya 1 bahagian.
Cumanya tahun-tahun selepas tu, kami dah tak buat dah ibadah korban di kawasan sendiri. Buat ibadah korban di kawasan lain atau dekat luar negara. Sebab utamanya kecewa dengan pengurusan kawasan sendiri.
Ada banyak situasi, tapi aku ceritakan yang utama sahaja. Macam aku katakan tadi, keluarga kami memang setiap tahun buat korban. So setiap tahun ni jugaklah tengok perangai petugas-petugas yang bertanggungjawab.
Every year without failed, kami juga tengok petugas-petugas nilah yang bersikap lebih sudu dari kuah.
Sambil-sambil dok buat kerja, sambil-sambil tu jugak dah booking bahagian mana yang nak ambil.
If consult dulu dengan tuan punya bahagian tak pe jugak. Ni tanpa minta izin, dok ambil bahagian2 yang sedap dimakan dan dibiarkan tuan punya bahagian dapat yang balance macam diorang tu pulak yang tuan punya bahagian.
Bila kami tegur, mulalah dok buat muka kata diorang dah banyak pengalaman dan memang biasa buat macam ni sebab tuan-tuan sebelum ni tak memekik macam kitorang.
Bukan sebenarnya kami tak bagi, cumanya kan lebih beradab if minta izin tuan punya bahagian dulu, sebab in the end pun daging korban tu pun akan diagih-agihkan sesama kita. Biarlah juga kita dalam masa yang sama jaga adab.
Bukan kami seorang je yang complaint, tuan-tuan bahagian lain pun complain benda yang sama. Bila diajukan dekat pihak pengurusan, jawapan skema, nanti kami brief.
Hasilnya tahun-tahun berikut benda yang sama berlaku, agaknya pihak pengurusan buat briefing dalam mimpi. Tu yang briefing tak berkesan.
Pernah juga ada situasi yang mana bila dibuka untuk booking bahagian korban, harga sebahagian lembu/kerbau tu sama sahaja untuk semua saiz.
Contoh, harga sebahagian RM500 ni semuanya sama sahaja, tak kiralah binatang tu kurus atau gemuk, kecik atau besar.
Bila ayah ajukan ke mesyuarat jawatankuasa penduduk, rata-rata penduduk memang sokong sebab nampak ketidakadilan dekat sini. Barulah pihak pengurusan turunkan harga.
Adalah jugak dalam setahun tu, pihak pengurusan buat sistem kupon untuk penduduk claim daging korban. Sebelum ni pihak pengurusan biasanya akan gantung daging-daging korban di setiap rumah penduduk muslim since diorang ada list nama.
So tahun tu dia buat kelainan, guna agihan kupon. Suruh collect dalam pukul 11 pagi – 1 petang. Since dah dapat kupon kami pun pergi jelah. Kami pergi agak awal juga tapi sampai-sampai daging habis. So just anggap sahaja tak ada rezeki.
Tapi dalam masa yang sama, tertanya-tanya jugak pihak pengurusan tu ada buat kiraan ke tak ataupun sekadar just buat kupon semata-mata. Yang tu, Allah sahaja yang tahu.
Tahun berikut pun perkara yang sama berlaku. Bagi kupon, bila nak claim, daging dah habis. Bukan kami seorang sahaja ye, ada jugak penduduk yang lain mengadu benda yang sama. Kena scam dengan pihak pengurusan setiap kali Hari Raya Korban.
So in the end, kami dah decide tak join dah program korban dekat kawasan sendiri. Join dekat tempat lain yang lagi better. Sebab tempat sendiri tahun demi tahun sama sahaja tak ada perubahan walaupun dah banyak penduduk complain.
Penduduk-penduduk yang lain jugak sama ikut jejak langkah buat korban dekat tempat lain. Sebab alami nasib yang sama. Salah satu sebab, kenapa program korban dekat kawasan perumahan ni tak semeriah dulu.
Dulu boleh dikatakan puluhan ekor jugak yang dikorbankan untuk 4 hari berturut. Sekarang ni dah berkurangan.
Keluarga kami juga pernah buat korban dekat kampung. Masa tu, kami sekeluarga memang ambil terus seekor lembu (Alhamdulillah rezeki lebih masa tu). So penduduk kampung datang buat korban dekat belakang rumah.
Masa diorang nak dudukkan lembu tu, Pakcik tukang sembelih ni baca zikir2, Subhanallah Walhamdulillah Walaillahailallah Wallahuakbar. Dengan senang lembu tu memang sendiri duduk dan baringkan diri. Which is aku jarang-jarang tengok.
Bila aku tanya pakcik ni, senang je pakcik ni jawab. Lembu-lembu ni pun makhluk Allah jugak. Kita nak korbankan dia ke jalan Allah, lagilah dia nak pergi dengan rela.
Bukan macam sesetengah tempat yang sememangnya layan makhluk ni macam binatang tarik kaki terus bagi dia duduk. Sedangkan kita boleh inform dengan cara baik.
Deep woo ayat pakcik ni buat aku insaf. Bila aku tengok pakcik ni buat dekat jiran-jiran yang lain pun sama, senang je lembu-lembu ni baring.
Pakcik ni ada minta izin dengan kami, dia nak bahagian tertentu. Kami memang bagi sebab memang dah niat nak sedekah dulu dekat petugas-petugas sebelum diagihkan ke penduduk-penduduk yang lain.
Pengalaman korban dekat kampong ni buat hati kami lagi lega compared dengan korban di kawasan perumahan sendiri sebab tak hadap situasi-situasi yang menjengkelkan.
Aku dan family anggap pengalaman yang kami lalui sepanjang ibadah korban ni sebagai pengalaman berharga, pentingnya ada ketenangan hati dalam ibadah ni. Sebab bila ada perasaan yang menjengkelkan ni buat kita tertanya-tanya, ikhlas or tak kita buat ibadah ni.
Dan buat pihak-pihak pengurusan yang bertanggungjawab dengan program korban ni, jagalah adab sama ada sesama kita ataupun binatang korban.
Jaga adab ni free, tak perlu nak keluarkan 1 sen pun, so benda tak susah pun. If takde adab, macam yang aku ceritakan tadi, dikhuatiri bawak pulang daging haram bagi famili makan. Nak jadikan daging tu halal senang je, jaga adab. Tak susahkan.
Ok dah habis membebel, just secubit pengalaman aku. Ayat tunggang langgang, campur-campur harap maaf.
Selamat Hari Raya semua.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit