Hai semua, harini aku nak share cerita pahit manis pengalaman aku dalam interview. First sekali, aku yunalisa 24. Aku grad degree dari UiTM. Aku ni kalau diikut kan, zaman belajar dulu sangat2 aktif. Pernah wakil university ke luar negara. Dulu aku lah naib president kelab itu dan ini.. buat event itu, join event ni, jumpa lecturer sana sini, sampai dengan lecturer pun rapat sangat.. Perjalanan hidup aku nampak berjaya…tapi semua tu tak selamanya berjaya.
First interview aku, aku time tu tengah praktikal kat kelantan. orang lain sibuk buat thesis apa semua kan, aku time tulah aku dah start apply kerja kat jobstreet. Dengan fikiran “kalau aku apply lambat, nanti batch aku habis belajar.. jawatan best2 mesti dorg sapu” Alhamdulillah dapat panggilan interview dekat Genting world resort. Interview kat KL. Sebagai telemarketing. Aku asal bukan KL tau. Pastu aku mintak cuti 2 hari dari bos aku. Nasib dia bagi. Dah la dia tu cerewet gila.
Aku memula macam taknak pergi kan. Satu sebab tak ada duit. Lepas tu tunang aku nak support sikit. Dia cakap, kalau tak ada rezeki atau tak perform first interview tu tak apa.. jadikan pengalaman pergi interview untuk next time. Sampai sekarang aku pegang kata2 dia. Bermulalah aku buat research pasal company tu, product dia, jawatan tu keje ape, sampai aku siap jumpa blogspot interviewer aku lagi. Haha lawak part ni. Macamana aku jumpa? Aku search nama yang recruitment dekat email tu.
Aku interview hari khamis, hari rabu aku bertolak ke KL. Malam tu aku dah round2 tengok bangunan dia. Mak oi, bapak tinggi. Dekat dengan pavi. Dalam hati time tu aku nak keje sini wehh.. pagi khamis tu pukul 9 pagi, aku pun cuak-cuak pergi daftar kat kaunter.. first time kan. nasib pak guard baik hati, dia bagi pass card. Aku pun naik lif tingkat atas. lepas tu kat atas, ada org bawak aku ke meja menunggu.. Aku tengok masing2 pakai baju india.. melayu dengan cina pun. Janggal aku dengan baju kurung ni. eh pahal korang pakai baju india. Ohh, depavali rupanya. Haha
Tiktok tiktok, sejam aku tunggu.. orang lalu lalang dengan pakaian india tak pedulikan aku. Last2.. aku bangun,aku pergi kat meja staff2. Sorang pun tak layan. Aku pun cuit salah sorang staff.. aku suruh dia panggilkan Miss Stacy. Aku cakap aku ada interview harini. Dah la aku sorang weh, kau bayangkan. Tak lama lepas tu Miss stacy datang, bawak aku ke bilik interview. Dia minta maaf lambat. Lepas isi borang apa semua interview session pun start.. Mak oi suara dia, slow gila. Lenggok english dia menyusahkan aku nak faham. First soalan dia “introduce yourself” aku pun start keluarkan apa yg aku hafal.. semua soalan biasa2 aku boleh jawab dengan jayanya sampailah ada soalan KBKK. Kau kena fikir beb.. dia bagi situasi.
Sebabkan jawatan ni telemarketing lebih kurang call centre, dia cakap macamana aku nak handle stress klau customer call marah2. Lepas tu dia tanya klau aku dapat kerja ni aku nak duduk mana..Simple kan soalan dia.. tapii.. sebab takde skrip, aku gagap2. Stupid gila rasa. Dah la sebelum ni dia tanya apa kelemahan aku, aku cakap aku ni perfectionist. Kira macam jenis yang taknak ada salah, aku nakkan yang terbaik je (padahal jawapan google). Sebabkan gagap ni, dah kacau emosi aku, semua soalan dia aku dah terabur jawab sampai salah jawab pun ada. Miss stacy kena tanya 2x untuk dapat jawapan. Sob sob.
Keluar dari bangunan, aku cari tunang aku. Time tu rasa memang tak dapat dah. Tapi seminggu lepas tu aku dpt call. Dia offer aku rm1800, ada elaun call, ada komisyen klau aku berjaya capai target. Aku happy tapi rendah sangat 1800 tu, standard degree minimum rm2500 kot. Rm1800 tu gaji diploma. Rugi degree lah. fikir aku masa tu. Aku discuss dengan keluarga, diorang macam berat nak bagi sebab tak ada tempat tinggal, rumah sewa mahal katanya. aku tanya pendapat kawan2 yang duduk KL, dorg cakap sribu lebih tu sikit sangat. Nanti gaji aku jadi negatif.
Aku sebenarnya nak kerja tu.. tapi bila fikir xde rumah, gaji tak cukup katanya, aku pun tolak.. Tunang aku siap kirakan sewa, transport, bil, nak kumpul duit kahwin, kebizian ktorang nak settle majlis lagi.. jadi muktamad aku tolak. tapi sampai sekarang aku menyesal sebab aku tolak wehh.
Oh aku nak kahwin lagi empat bulan time tu, so aku sangat desperate nak kerja. Nak duit. Setiap hari aku apply jobstreet tau.
Interview kedua aku dekat hsbc putrajaya. Sebenarnya aku ada kawan kerja situ, gaji 2500. Dia mcm best je aku tengok lepas tu dia bagitau ada nak pakai org. Aku pun terus apply.
Hsbc ni unic sikit. Ada 5x interview.
First interview, seminggu lepas kau apply kat jobstreet, ada orang dari hsbc oversea yang call kau. Lograt pelik2 tu biasa. Kawan aku kena orang dari hong kong. Aku dapat dari negara vietnam rasanya. Aku lupa dah ngara mana. Ni untuk test pemahaman kau dan bahasa english kau. Lepas dia puas hati, dia cakap tahniah berjaya lulus first interview. Kemudian dia tanya kita free tak tarikh2 berkenaan untuk interview kedua dekat hsbc putrajaya. Aku pun deal dengan member aku untuk tumpang tidur.
Aku serious talk, sangat2 nervous dan berharap aku dapat kerja ni. Rm2500 sebulan, macam2 aku boleh guna untuk majlis kahwin aku. Aku improve kan interview skill aku, aku buat research, aku google soalan interview hsbc, aku sampai tak boleh tidur sebabkan fikirkan interview ni.
Pagi interview tu hari isnin, aku dengan kawan aku tunggu dekat checkpoint bas company. aku gerak dari rumah kawan aku kat negeri sembilan pukul 5 pagi. sebab dia shift masuk pukul 6 pagi habis shift pukul 3 petang (kerja sini waktu bekerja ikut waktu oversea. Tertakluk atas negara apa kau dapat). Kawan akulah ajar semua benda kat aku pasal interview tu.
Dah sampai HSBC tu.. security sangatlah ketat, kena jalan kaki ambil pass card jauh gila. Kemudian terserempak dengan 3 orang kawan senior yang satu kampus dgn aku dulu yg dah kerja situ. Ada chance ni fikir aku.. tegur2 sikit lepas tu diorang blah. dalam 3 jam jugaklah aku tunggu kat lobby. Sebab aku terlebih awal. Pishang aku. nasib wifi ada. haha.
Aku start pukul 8 pagi. Masa tu adalah dalam 50 orang candidate. Indian ramai. Cina sebilangan, melayu pulak segelintir. Tak salah aku 5 orang je melayu. Second interview di hsbc ni pasal grammar. Dia masuk by group, dalam bilik komputer. Keadaan dia macam kau tengah jawab exam statistik nak lulus lesen tu. Soalan sebelah2 tak sama. Tak boleh nak tiru2.
Dalam soalan tu ada 3 bahagian pulak. Bahagian pertama grammar, kedua reading, ketiga listening. Macam muet weh.. serious macam muet. Dah la ada kiraan masa. Aku nasib baik kawan dah pesan, jawab laju2 sebab masa yg dia bagi tak cukup. Fuhh lepas habis masa, ktorang semua kena tunggu kat luar. rehat 5 minit. Time ni aku ambil peluang bergaul2 dengan kawan melayu. Aku sorang je pakai baju kurung. Rasa kekampungan sikitlah.. tapi bukan baju cotton macam confessor sebelum ni cakap.. tapi warna hitam, ada style2 sikit.
Dah habis rehat, setengah jam lepas tu.. orang tu start panggil nama randomly kemudian nama yang dipanggil bergerak kemana entah. Kawan melayu aku tiga2 kena panggil. Aku tertunggu2 jugak nama dipanggil tapi tak ada. aku ingat aku gagal, rupanya dorg bertiga gagal, terpaksa balik weh.. serious tak tipu. kena terus balik. Alhamdulillah aku berjaya pass ke next step.
Interview ketiga di hsbc, ktorang dibahagikan sebab ada yang apply jawatan lain, tapi aku apply utk jawatan call centre, tinggal dalam 10 orang je. Kemudian, ktorang kena masuk satu bilik dimana dalam tu setiap orang dapat meja dan telefon office. Ktorang diberi satu tajuk dan satu nbr telefon. Setiap orang lain2. Dia bagi masa suruh rangkakan apa yang kita boleh discusskan topic tu, kemudian call nbr yang dia bagi tu. Korang tahu tak, aku dapat nbr operator hsbc dekat india. Bayangkan.. maigodd aku ketar2 call tu. Lebihnya aku baca je text yang aku sediakan tu. Aku siap whatsapp tunang aku suruh dia datang ambil sebab aku tahu aku gagal. Tup tup bila result keluar, aku lulus! Ada 2 orang tak lulus sebab dia tak call.
Kemudian, interview ke 4 di hsbc, face to face dengan HR manager, time ni lah segala borang kau bermakna. Dia semak kelulusan apa semua, dia tanya apa yg kau expect dari company, latar belakang company,
Kenapa dorang kena ambil kau bekerja dan soalan2 biasa yang aku pernah ada pengalaman dekat genting world resort dulu. Aku pass lagi interview ke 4. Alhamdulillah And.. HR ni melayu, sangat baik dan aku adore gila cara dia speaking.
Lepas ni interview ke 5 kat hsbc.. Yang menentukan berjaya atau tak. Aku tunggu turn, lama gilaaa dari pukul 4 petang sampai pukul 6 petang. HR cina lelaki, kwn aku cakap dia ketua. Cara cakap sedikit berlagak, dia interview aku tak sampai 5 minit lepas tu bersurai. Aku mcm tak puas hati sikit sebab dia macam acuh tak acuh. Candidate sebelum ni nak dekat 1 jam kot. Dah lama2 ni aku terfikir dan rasa sebab aku mention nak cuti kahwin kot. Mungkinkah dia hampa sebab aku dah berpunya? Hahaha.. Aku pun pulang dengan hampa sampai sekarang tak dapat panggilan balik. Begitulah pengalaman aku selama 12 jam di HSBC..
Aku stop dulu kejap, kalau ada sambutan, aku nak cerita pengalaman interview dekat maybank, insurans company, butik kasut, kena tipu dengan satu company ni, interview level oversea, interview degree gaji spm, tukang interview hisap vape time interview dan banyak lagi..
Cerita aku ni kisah benar tau. Kau cakap aku buat cerita ke, buat novel ke, aku tumbuk muka kau.
– yunalisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit