Assalamualaikum wbt. Terima kasih jika confession ini disiarkan.
Saya merupakan bekas graduan perakaunan (2015 grad) dan telah bekerja selama lebih kurang 3 tahun. Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman menjalani proses temuduga (iv) kerja.
Alhamdulillah. Semasa tahun kedua akhir ijazah, saya berpeluang melakukan internship selama 3 bulan di firma audit. Pengalaman ini amat berharga kerana menjadi ‘modal’ dalam resume saya dan juga semasa iv kerja saya.
Semasa tahun akhir degree, saya attend 5 iv kerja (a few saya drop resume semasa career fair). Daripada 5 iv yang saya pergi, alhamdulillah semua syarikat terima saya. 2 daripada firma audit(termasuk satu yang saya pernah internship), 2 management trainee programme dalam investment company dan regulatory agency, satu GLC.
Daripada 5 interview tersebut, dapat saya simpulkan beberapa perkongsian berikut:
1. Pengalaman kerja seperti internship is good selling point. Namun, anda perlu menceritakan bagaimana dan apa yang anda belajar daripada internship. Jika setakat menceritakan di mana dan bila, semua orang boleh cakap benda yang sama. Clearly show and tell interviewer that you have learnt something precious.
2. Be humble. Jangan brag sangat tapi at the same time try to show your worth to them. Coz you never know who you are talking to. They can be someone from the same education background as yours.
3. Do the homework. Maksudnya, boleh gugel pasal company tu, eg who is the important people in the company. Saya suka baca latar belakang Board of Directors company yang saya nak iv.
Pernah satu iv ni, saya mention yg saya kagum dengan one of the directors dlm company tu, and the interviewer carry on talking about the director, what he has contributed in the industry bla bla bla. Interviewer pun akan nampak kita berminat dgn company tu.
Kalau job yg anda apply adalah bidang perkaunan mcm saya juga, I think it is good to read the Annual Report of the company juga.
Ada satu iv yg mana company tu is an investment company. Hari sebelum iv, saya flip through Annual report (gugel je) dan baca apa yg saya rasa menarik. During the iv, saya ambil peluang mencelah (tengok keadaan sesuai ke x) dan saya ajukan soalan kpd iviewer tersebut berkaitan apa yang saya baca dalam Annual Report tu. Again, the iviewer looked so happy discussing about the question I raised earlier.
Kalau kita buat apa yang candidate lain tak buat, it is clearly extra point tuk kita insyaAllah.
5. Do not fake things up. Jangan sesekali menipu. Jika tak tahu, bagitahu je yang kita tak tahu eg: “I am sorry, I am not really sure about that. Can you tell me more about this?”
Pernah satu iv, saya cuba menjawab soalan iviewer walaupun saya tak berapa tahu tapi makin lama makin terperangkap dengan soalan dia yang menyusul selepas tu.
In the end, saya cakap saya x sure dan harap iviewer boleh explain benda tu kat saya coz I really want to know and learn. Menipu akan makan diri kita jugak akhirnya.
6. Daripada soalan-soalan eg “Tell me about yourself” etc, dapat saya simpulkan 3 soalan besar berikut yang memang we need to prepare what to answer. And, the answer is really what we want to tell them.
1) Why you want to join us? (Why not other competitor for eg)
2) Why we need to hire you?
3) Why do you want this position?
Kalau anda boleh prepare untuk 3 soalan ini, insyaAllah you are one step closer to getting the job.
7. Jika anda perlu melalui structured iv ( saya pernah lalui sekali je, lain-lainis normal iv), gugel dulu apa format structured iv.
Saya ceritakan iv yg pernah saya pergi. Malam sebelum iv, saya gugel kot2 ada orang yg pernah share experience dan saya baca melalui blog2 juga. Ada yg bermurah hati berkongsi soalan2 yg ditanya etc. Very good info from them.
Hari iv, saya ditempatkan dlm satu kumpulan bersama 2 lagi calon ( sepatutnya kesemua 4 orang dlm group tu termasuk saya, tapi sorang lagi demam. That is why kena banyak doa mintak Allah beri kesihatan jugak).
Kami diberi soalan berkaitan pencemaran alam sekitar dan green manufacturing lebih kurang mcm tu tajuknya.
Kami kena pilih samada amik peranan (role play) sebagai Government, activist, manufacturer, or apa nth lagi satu x ingat.
Calon A pilih Activist,Calon B pilih manufacturer, so saya terpaksa pilih Government. Kami diberi masa untuk draf the answer then we need to present them in the format as per the instruction.
Menariknya, calon A (Activist) ni memang fluent english dia. Tapi masa dia habis duk cerita pasal dia pergi oversea tengok orang kutip sampah etc etc. Tapi dia present mcm x ikut format, xde pendahuluan isi and conclusion.
Calon B (Manufacturer) pulak, dia mcm salah baca soalan. Manufacturing tu dia silap baca as apa entah tapi jawapan dia mcm melencong. Kesian dia.
Then it was my turn, saya cuba be as simple but clear as I can. Tapi saya ada quote point drp calon A and B, eg: ” I understand the concerns of the manufacturers about this and that bla bla” to show that I am a listener in the discussion. Not being individualistic by just presenting my own points. Tapi saya bersyukur jugak sebab role as government tu can make me look as team player and also diplomatic.
Dalam masa yg diberikan, saya ikut format yg ditetapkan, sempat present conclusion semua. Alhamdulillah.
Lepas present, baru kami dipanggil masuk untuk iv one by one dgn panel yg lain pula.
Dapat saya simpulkan, english bagus tapi kalau x ikut format and x present points secukupnya pun x leh jugak.
Read the requirements really carefully. Ini penting. Kesian saya kpd calon B kerana saya nampak dia berpotensi juga.
Daripada perkongsian di atas, saya berharap ada yang boleh diambil iktibar dan diguna pakai mana yg berkaitan. Kerana, setiap iv memang berbeza-beza. Setakat ini dahulu yang dapat saya taip. Terlebih terkurang harap dimaafkan. Semoga anda semua berjaya dlm iv masing2. Amiinn
– K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit