Pengalaman Interview Yang Buat Aku Down

Salam semua. Ada yang tengah busy cari kerja ke sekarang ni?

Aku nak share pengalaman interview yang buat aku down gila sekarang ni.

Aku perempuan, umur 28, sudah 4 tahun lebih kerja dalam bidang construction sejak aku graduasi dari universiti dengan lulusan ijazah.

Sepanjang aku kerja construction, aku tak pernah happy atau enjoy sebab ye aku memang tak minat langsung kerja bidang construction ni, kira bukan jiwa aku lah.

Tapi aku tahan saja la sebab ni saja rezeki yang boleh aku pergi. (ni saja offer kerja yang aku dapat dari awal sampai la sekarang)

Sampai la tahap sekarang dimana aku sendiri rasa depression teruk dekat sini and decide nak cari kerja environment lain tapi masih lagi dalam bidang yang sama.

Satu hari aku dapat call dari manufacturing company dekat belah utara untuk interview as exec. (sebelum ni aku kerja as compliance officer dekat construction).

Memang aku dah apply kerja ni ke email HR dia beberapa mggu lepas. Jadi aku pun punya la happy sebab finally aku dapat jugak interview untuk manufacturing sebab aku da memang nekad nak keluar dari construction.

First interview aku dengan HR manager dan operations manager.

Everything went well, dorang pun macam okay saja and aku rasa macam memang positive la aku akan dapat. Dorang da check qualifications aku, education background and expected salary aku.

Hujung interview HR manager cakap ada few candidates lagi dia akan interview and kalau aku dapat before 10hb ni dia akan contact untuk second interview dengan upper management.

Aku rasa insecure jugak, yelah dah confident smooth saja iv tetibe inform ada lagi second interview. Tapi aku berdoa saja la aku dapat layakan diri ke second iv.

Fast forward selepas beberapa hari aku dapat call dari HR bagitau aku dapat untuk second interview. Aku bersyukur sangat dapat second interview tu.

Yelah, sebab aku berharap sangat nak keluar dari construction, lagipun suami aku ada dekat negeri tu jadi tak de lah nak PJJ dah.

Suami aku pun happy sampai da nak cari umah sewa untuk duduk sekali.

Bila sampai masa untuk second interview tu, ada upper management sebagai panel interviwer. Sorang group leader sorang lagi admin manager. Interview nye pukul 12 tengahari.

Aku punya la mengelat keluar rehat awal sebab nk attend iv tu. (Iv tu zoom meeting).

Start interview tu pun aku rase down sikit sebab yang group leader tu muka masam saja. Terus aku jadi nervous.

Lepas tu dia mintak aku perkenalkan diri. Bila aku introduce diri aku, aku perasan dia muted kan speaker dia and cakap2 dengan panel sebelah.

Bila aku dah habis introduce, dia macam, tu saja ke? Padahal aku da bgtau working experience aku untuk current dengan previous company.

Lepas tu, bila dia mentioned working experience aku tak match dengan job vacancy dia and dia pelik macam mana aku boleh dapat second interview ni.

Kira macam aku tak layak la. (sebab working experience aku dari construction, vacancy tu pula untuk manufacturing based).

Aku cakap la, walaupun environment kerja lain, tapi roles and responsibility sama saja sebab kerja aku untuk compliances.

Time tu aku dah rasa down sebab kalau dah rasa aku tak sesuai kenapa panggil aku untuk second interview.

Then, lagi aku down bila dia tanya job description yang lari dari bidang aku (dia nak hire someone yang certified untuk ISO)

Padahal masa aku apply mula2 aku tgok tak ada pun dia mention item ni, sebab dalam job requirement dia mention nak competent person untuk waste management saja (aku memang dah as a competent person)

Bila aku advise dia yang untuk establish ISO untuk company baru kene engage dengan experienced consultant dia macam tak puas hati dengan jawapan aku.

Seriously aku tak expect dia akan tanya soalan yang tak related dengan bidang kerja yang aku apply.

Lepas tu dia cakap macam mana la aku boleh masuk construction sedangkan aku ni bukan lulusan engineering pun. (aku graduate bachelor science healthcare dari local university).

Aku pun justify cakap, tak apa lari dari bidang bila nk kerja, as long kita willing to learn and independent waktu bekerja.

Sebab apa yang kita belajar masa di university tak semestinya akan apply 100% masa kerja. Masa aku tengah explain tu dia mute lagi speaker dia and cakap2 dengan admin manager.

Bila aku dah stop cakap, dia buat lagi cakap, dah habis ke? Tu saja? Aku rasa macam aku syok sendiri masa interview tu.

Seriously aku memang terkesan sebab dia tak tunjuk appreciation untuk calon attend interview.

Sebab aku banyak jugak spend masa untuk study pasal company dia sebelum msuk iv. Layanan panel interviewer dengan acuh tak acuh buat aku down.

Then bila hujung interview, dia tanya aku ada apa2 nak tanya tak. Aku jawab tak de buat masa sekarang ( sebab aku da tanya masa first interview), terus dia macam tak sabar nak end iv.

Perasaan aku lepas interview tu memang down teruk. Korang rasa aku saja ke yang cepat sentap or interviewer ni memang kurang ajar?

Nampak ye rezeki aku nak keluar dari construction tak ada lagi.

Tapi aku percaya rezeki Allah tu luas, aku harap Tuhan makbulkan doa aku untuk kerja yang sesuai dengan jiwa aku satu hari nanti sebab aku dah memang depression teruk kerja construction ni.

– Cik EO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *