Pengalaman Jadi Tetamu Allah

Assalamualaikum. Pertama sekali, Alhamdulillah sebab aku berkesempatan mengerjakan umrah pada bulan Disember lepas. Apa yg aku nak cerita kat sini bukan la untuk menunjuk ataupun riak. Cuma ingin berkongsi pengalaman aku sepanjang mengerjakan umrah yg pertama kali. Pengalaman yg sangat indah dan tak mudah untuk dilupakan.

Seperti yg kita tahu, menjadi tetamu Allah ni bukkannya mudah. Siang malam aku berdoa agar aku boleh ke sana dan dipermudahkan segala urusan umrah. Aku mengerjakan umrah bersama mak dan ayah aku. Aku menggunakan syarikat travel W****. Bagi aku satu syarikat yg pengurusannya sangat teruk.

Perjalanan ke Mekah memakan masa 8 jam dengan menaiki flight Saudi Airlines (aku bagi 5 bintang utk servis flight ni. haha). Memandangkan aku akan ke Mekah dulu dan kemudian ke Madinah, maka niat ihram dilakukan dalam perjalanan apabila melalui Qarnul Manazil. Daripada airport Jeddah ke Mekah memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami sampai di hotel dalam pukul 2 pagi. Subuh disana awal dalam pukul 4 lebih. Sampai saja di hotel, kami bersiap2 untuk ke masjid untuk solat Subuh. Segala pantang larang dlm ihram kena jaga sbb dalam ihram masa ni.

Dugaan pertama kami ialah kedudukan hotel kami yg sangat jauh dari masjid. Lebih kurang 750 meter. Janji syarikat travel trsebut hanya la jarak 150 meter saja. Bila sampai mana tak terkejut hotel jauh macam tu sekali. Tapi kami terpaksa terima dan berjalan ke masjid utk solat Subuh. Masa berjalan tu hati aku berdebar nak tengok Kaabah dengan mata kepala sendiri. Aku rasa tak sabar sangat. Aku masuk ke perkarangan masjid dan tak mampu nak cakap apa2. Rasa mcm tak percaya aku di Msjidil Haram. Masuk masjid melalui pintu King Fahd (masa ni tak nampak lagi Kaabah) dan mengerjakan solat Subuh. Oh yaa, kat sini memang setiap waktu ada solat jenazah. Selepas subuh kami melakukan umrah wajib. Aku ke kawasan mataf (kwsan tawaf) dan masa tu la aku nampak Kaabah. Aku tak terkata dan hanya menangis akan kebesaran Allah. Segala doa aku hafal hilang entah kemana. Aku terpana dan tak percaya Kaabah ada depan mata aku. Aku bersama mak ayah aku terus mengerjakan tawaf sebanyak 7 keliling. Masa ni keselamatan kena jaga. Bahu kena jaga. Sepanjang tawaf aku pegang lengan ayah aku sbb takut hilang. Selesai tawaf kami melakukan Saie dan bertahalul (bercukur). Selesai umrah wajib. Memang penat sangat tp dalam masa sama rasa tenang sangat dan tak sabar nak buat umrah lagi.

Dugaan kedua kami apabila pihak hotel tidak menyediakan makanan yg cukup kepada jemaah. Makanan yg disediakan pula memang bagi aku sangat teruk. Padahal memang bayaran utk makanan termasuk dalam pakej travel tersebut. Apabila jemaah complain tiada penambahbaikkan. Tapi utk mendapatkan makanan sangat mudah. Banyak kedai makanan di sekitar hotel. Kebab dia best sangat. Harga pun boleh tahan la. Nasi arab semestinya ada. Kalau aku, duit habis sebab beli makanan je. Oh yaa, money changer kat sini mudah sangat. Depan hotel pun ada. Aiskrim dia pun sedap sangat. Famous la kat sana.

Masuk hari kedua kami dibawa ziarah dalaman. Iaitu tapak rumah Nabi Muhammad, tapak rumah Khadijah dan banyak lagi tempat di sekitar kawasan Masjidil Haram. Hanya berjalan kaki sahaja.

Memandangkan hotel dengan masjid jauh, jadi aku banyak stay kat masjid je. Banyak iktikaf di masjid dan baca Quran. Selain tu aku akan cari port untuk aku dapat tengok Kaabah. Tengok Kaabah pun dapat pahala tau! Tapi biasa port yg dekat dengan Kaabah akan dipenuhi dengan orang dari negara Pakistan, Algeria dan orang arab sendiri. Mereka memang 24 jam duk kat situ.

Hari seterusnya kami dibawa ke Hudaibiyah. Disitu terdapat tapak masjid Haudaibiyah. Kami juga dibawa ke ladang unta. Memang banyak unta dan susu unta segar dijual dengan harga 5 rial sebotol. Orang arab cakap kalu nak tahu dalam badan kita ada penyakit ke tak minum susu unta sebotol kecil. Kalau dalm masa setengah jam perut tak sakit maksudnya kita selamat. Air kencing unta boleh jadi ubat kanser tau. Haha. Dalam perjalanan pulang kami ke Ja’ranah utk niat ihram. Kami juga ke Jabal Rahmah. Kat sini boleh doa jodoh. Haha. Bagi siapa2 nak buat umrah, boleh ambik teksi utk ke tanah halal utk niat ihram. Tambang sendiri sbb pihak travel hanya bagi 3 kali saja.

Masuk hari keempat aku dah tak sihat. Demam selsema dan batuk. Bulan 12 memang sejuk kat Mekah dan Madinah. Nasib baik memang dah ready bawak ubat siap2. Segala jenis ubat aku bawak sebab orang kata ubat kat sana mahal. Ubat batuk sebotol dah 35 rial. Convert duit kita lagi la mahal. Demam2 pun aku kuatkan semangat untuk ke masjid dan mengerjakan umrah. Selepas solat Subuh mak aku ajak buat tawaf sunat. Even dengan demam pun aku sanggup sebab memang niat nak buat. Habis je 7 keliling mak aku ajak jom kita try masuk Hijr Ismail. Hijr Ismail tu kawasan mustajab doa. Jadi sangat la sesak di dalam tu. Nak masuk tu pun siap bertolak bagai. Aku dalam hati ya Allah permudahkan la urusan aku. Tak lepas2 aku doa tu. Aku rasa dipermudahkan sangat. Tak ada susah2, tengok2 aku dah ada kat dalam Hijr Ismail dan betu2 bawah pancuran emas. Tiba2 aku dah ada betul2 depan Kaabah. Aku pegagang kain Kaabah terus aku menangis. Aku rasa insaf sangat. Dalam hati aku berdoa utk segala hajat aku. Aku tak sempat solat sunat dalam tu sebab sesak sangat. Aku hanya boleh doa je. Kain Kaabah sangat wangi. Wangi yang amat. Even aku yg selsema pun boleh lagi hidu wangi tu. Balik je hotel aku demam lagi.

Kat Mekah mulut dan hati sangat2 kena jaga. Jangan terniat apa atau bercakap tak baik sebab memang akan makbul. Aku kena banyak kali sebab terniat dan tercakap. Haha. Ada sekali tu aku tawaf aku bawak beg yg sangkut kat leher tu. Macam org haji bawak tu. Aku letak la botol air yg penuh 500 ml. Aku dengan demam memang tak larat sangat aku merungut kat mak aku kata berat la botol air ni. Sekelip mata ada orang Algeria mintak air aku. Kalau dia minum sorang tak pe la juga. Ni dalam 5,6 orang minum air aku dan tak pulangkan dah. Tu la merungut sangat. Haha. Bila aku niat nak beli anggur, tengok2 ada orang bagi anggur kat aku. Rezeki. Kat sana tak berpeluh. Jadi aku macam malas sikit nak basuh baju. Aku sangkut je kat dinding. Tengok2 basah lencun baju aku. Tiba2 je aircond bocor habis kena baju aku. Kena la basuh juga. Tu la niat sangat tak nak basuh baju. Haha.

Hari ke 10 di Mekah aku akan berangkat ke Madinah. Perjalanan ke Madinah lebih kurang 6 jam dengan menaiki bas. Lepas zohor kami tawaf Wida’ (tawaf selamat tinggal). Habis 7 keliling aku tak dapat tahan sedih nak tinggalkan Mekah. Sedih sebab tahu ni terakhir tengok Kaabah dan berada di Masjidil Haram. Rezeki utk jadi tetamu Allah lagi entah bila akan datang. Sambil jauh dari Masjidil Haram semakin kuat air mata mengalir.

Selepas perjalanan 6 jam akhirnya sampai di Madinah pada pukul 11 malam. Kota yg bercahaya. Dugaan lagi sebab jarak hotel dari masjid Nabawi juga jauh. Dalam 500 meter. Okay sikit la dari di Mekah. Tapi still jauh dan kesian sangat kat orang tua nak ke masjid. Memandangkan masjid Nabawi tutup dan bukan buka 24 jam, kami akan ke masjid Subuh esok.

Masjid Nabawi sangat la cantik dan tenang. Kat Madinah macam boleh berehat sikit sebab tak perlu terkejar2 untuk melakukan umrah. Kat sini hanya fokus utk solat berjemaah di masjid dan masuk ke Raudah(taman syurga). Untuk masuk ke Raudah, bagi kaum wanita, ada masa yg ditetapkan. Pagi: 9 pagi – 11 pagi, lepas zohor dan lepas isyak. Masuk melalui pintu 25. Orang lelaki bebas utk masuk bila2 masa. Lepas breakfast, aku dgn mak aku ke masjid utk masuk ke Raudah. Utk masuk ke Raudah, kena beratur ikut negara. Biasa orang asia akan diberikan giliran utk masuk last sekali. Alhamdulillah aku berpeluang utk masuk dengan mudahnya. Kawasan Raudah berbeza karpet. Kawasan karpet Raudah warna hijau. Aku tak tahu dari mana bau wangi datang. Tapi wangi sangat. Dekat dengan makam Rasulullah.

Selepas 4 hari di Madinah, aku berangkat pulang. Biasa la masa pergi satu beg, balik beg beranak jadi 2. Haha. Kalau siapa yg suka shopping tu, baik shopping di Madinah. Lagi banyak pilihan dan harga pun murah. Kena pandai manage duit. Jangan niat nak shopping je nanti shopping sungguh.

Banyak lagi pengalaman yg aku dapat sepanjang mengerjakan umrah. Tak mampu utk aku tulis kat sini. Tapi pengalaman tersebut mengajar aku dan menginsafkan aku. Dan semestinya keinginan utk pergi lagi ke Mekah sgt mendalam. Kalau aku ada peluang aku nak lagi ke sana. Apa yang aku nak point out kan kat sini bukan la pengalaman aku saja. Tapi lebih kepada persediaan utk mengerjakan umrah.

Persediaan mental dan fizikal:

1. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan utk mengerjakan umrah.
2. Pilih syarikat travel yg boleh dipercayai. Jangan jadi macam aku.
3. Siapkan dokumen perjalanan seperti passport lebih awal
4. Bawa ubatan utk kegunaan di sana. Jangan ingat kita tak biasa demam jadi kita takkan demam di sana. In case tak sihat, ubat dah ada.
5. Baca buku panduan umrah. Hafal doa2 yg berkaitan dan banyakkan membuat pembacaan.
6. Banyakkan solat hajat dan solat taubat sebelum berangkat
7. Sediakan wang yg cukup utk perbelanjaan di sana. Tapi disana pun ada bank dan mesin atm. Boleh je guna. Tapi kena aktifkan utk kegunaan antarabangsa.
8. Jaga kesihatan dan makan makanan yg berkhasiat
9. Dapatkan injection vaksin sebeum berangkat. At least 2 minggu sebelum.
10. Jaga percakapan dan hati.
11. Tawakal banyak2 kepada Allah.

Semoga kita semua akan diangkat menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Sekian, Assalamualaikum.

– Tetamu ALLAH – Noor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit