Pengalaman Jadi Tetamu Allah

Assalamualaikum pembaca iium. Aku tasha (bukan nama sebenar). Aku nak kongsi sedikit persediaan dan pengalaman aku menunaikan haji tahun lepas. Alhamdulillah, kami semua isteri diberikan rezeki menunaikan haji diusia muda . Pendaftaran haji dilakukan pada tahun 2007. Macam skema pulak aku rasa. Maklumlah aku tak pernah menulis sebelum ni, agak kekok pulak.

Baiklah, kita mulakan dengan persediaan di Tanah air dimana para jemaah diberikan pelbagai kursus oleh pihak Tabung Haji (TH) dan jugak agensi swasta. kami pergi melalui muasasah. Aku puji pengurusan TH. Alhamdulillah, TH memastikan jemaah mengikuti semua kursus yang dianjurkan supaya jemaah tidak melakukan kesilapan semasa beribadat. Ditakdirkan aku antara jemaah termuda diantara rakan sebilik . Sekurang-kurangnya aku boleh berbakti kepada mereka yang aku anggap sebagai ahli keluarga aku sendiri. Alhamdulillah, aku dapat rakan sebilik yang baik walaupun masing-masing uzur. 4 Orang makcik ni datang dari daerah yang sama. Aku namakan mereka ni Makcik A, B,C dan D. Aku jer dari negeri lain. Ada gunanya TH letakkan orang muda bersama-sama warga emas. Bukan nak riak tau.

32 hari diMekah mengubah aku daripada wanita kasar kepada yang lebih baik. Aku rasalah. Ujian sebenar aku bermula apabila seorang demi seorang rakan sebilik aku demam, sakit tekak, sakit lutut yang mana menghalang mereka untuk ke masjid. Perangai masing2 terselah waktu ni. Bila badan xsihat mulut mula merungut, xnak bercakap, macam2 masalah timbul. Klu aku concern kat Mak cik A, Makcik B terasa.. begiulah sebaliknya. Maklumlah pasangan xboleh masuk bilik . Rakan sebiliklah yang kena ambil berat. So, to be fair aku akan cuba luangkan masa bersama mereka. Aku akan ke masjidil Haram waktu subuh dan belikan sarapan untuk mereka bila aku balik dr masjid.Ada je orang asia yang duk jual makanan tepi2 jalan. Tp biasanya aku beli dekat kafe TH je. Waktu zohor aku bersama mereka dan pastikan mereka ada makanan tengahari. makanan disediakan pihak TH. Cuma kena pergi ambil kat kaunter makanan. Makan malam aku minta makcik2 tu tolong ambil sendiri sbb aku ke masjid dari waktu asar sampai lpas isyak. kadang2 12 malam baru aku balik. So mlm aku xmakan sgt .Pada mulanya aku fikir bukan tugas aku nak pastikan roomates aku makan ke tak.. sihat ke tak.. Tapi bila fikir balik apa salahnya aku ambik makanan untuk makcik2 ni. Bukan berat pun, tenaga orang muda.

Disinilah aku bukak pintu hati aku untuk berbakti pada mereka kerana aku diperlihatkan kesakitan yang makcik ni lalui. Barulah aku terfikir kalaulah makcik tu mak aku, tentu aku sedih. Alhamdulilah, dari hari ke hari aku makin happy berbakti untuk mereka. Suami aku selalu pesan layan roomates mcm mak sendiri. Layan baik2. Aku ni memang ada migraine yang teruk tapi Allah tolong aku tau. Sikit pun aku x sakit kepala. Benda2 mcm ni yang buat aku jd berubah lbih baik. Bukan riak. Perjalanan kehidupan aku kat sana sgtlah smooth. xde sebarang masalah pun. Aku rindukan momen2 kat sana. Aku antara yang makan berselera kat sana. Gemuk aku kat sana.

Hari demi hari di Mekah berjalan dengan baik, roomates aku pun dah makin pulih tapi makcik A dan B ni mmg x berapa sihat, ada penyakit jd mereka ni jarang ke masjid. . Jarak hotel ke masjid dalam 750 meter. suami masing2 xlarat nk tolak. nk upah mahal. makcik2 ni ngadu kat aku sambil menangis kata diorg rindu nk tengok kaabah. nk solat kat masjid. arggh sudah.. aku bincang dgn husband mintak husband tolak m.cik A waktu subuh, waktu magrib bawa m.cik B. tup2 husband m.cik A & B kata xpelah subuh esok husband diorg masing-masing akan bawak. Waktu ni aku xfikir apa2 pun.

Nak dijadikan cerita makcik A hilang waktu tawaf sunat lepas subuh. Husband dia cari aku kat bilik, cerita makcik A hilang. sudahhh.. aku terus turun hotel cari sekitar hotel kot2 makcik A singgah shoping.. mmg xde. aku dan suami plan nk solat hajat untuk makcik A tp sbb ada ceramah oleh TH kami tangguh dulu. Lpas cermah barulah kami pakat nk baghtu org TH. Lpas bagithu org TH kami bersiap sekejap.

Dah nak masuk zohor baru makcik A sampai kat hotel. hotel ya bukan bilik. dengan muka pucat, berpeluh.. xcukup nafas. Dia nmpak lost dalam masa sama happy. Xreti aku nk explain macam mana raut wajah makcik A. kesian makcik A kena marah dgn suami dgn roomates yang lain,. Rupanya diorg ke masjid ramai2 pagi tu 8 orang (makcik A, B,C,D dan suami masing2). Mereka semua ni datang dr daerah yang sama dan saling mengenali. Aku xtahu samaada Allah tutup pandangan makcik A atau pandangan orang yang cari dia. sbb dia kata dia x g mana pun ada sekitar tu je.tgu kwan2 lain habis tawaf. masing2 xnmpak makcik A. Last2 makcik A kata dia berdoa minta Allah jumpakan dgn orang Malaysia. Allah makbulkan dengan jumpakan makcik A ni dgn pasangan muda dari Malaysia. minta pasangan tu hantar kat hotel tempat kami menginap. Kesan insiden tu aku jd insaf. Aku jd lebih menjaga lisan dan perbuatan.

Aku rasa bersalah sbb masuk campur hal makcik A yang nk sgt tgk kaabah. Rupanya dioarg suami isteri bergaduh sbb suami aku nk tolong tolak. Suami makcik A xbagi makcik A g masjid sbb makcik A ni sakit lutut , mudah penat . Roomates aku ni kebanyakan dah 65+++. Lpas dari insiden tu aku cuba jauhkan diri aku dgn roommates. xnk masuk campur sgt hal mereka tp mereka pulak terasa ati. tersepit aku. so utk jaga hati mereka aku pastikan makan minum mereka terjaga sbb tempat ambik makanan yang TH bagi tu jauh dr bilik. jadi sebelum aku keluar ke masjid aku pastikan makanan diorg dah ada.. air zamzam aku refill utk diorang. aku minta diorg baca quran, zikir kat bilik sbb diorang xlarat nk g masjid. aku tak boleh bersama mereka sentiasa sbb aku dan suami ada target utk capai kat mekah ni. lagipun bukan senang nk dtg buat haji. Mujurlah makcik2 semua faham.

Waktu wukuf tiba dalam cuaca yang agak panas mencecah 50 C. Aku dan suami buat Haji Ifrad, jadi kami dalam ihram 22 hari. Kami xperlu mandi ihram haji dah masa hari tarwiyah tu . just remind makcik2 je sbb kami sebilik ni berpecah untuk naik bas ke Arafah. Kami suami isteri decide xnk berebut. so, kami pilih trip yang lambat . Di sini Allah tunjukkan kami perangai masing2. Alhamdulillah roomates aku semua sihat waktu wukuf. masin2 semangat nak wukuf. Bila sihat masing2 selfish walaupun masa wukuf duduk satu khemah. Isu selfish ni berpanjangan sampai mina. Aku cuma diam je buat2 xambil port sbb yang duk terasa ati tu dikalangan mereka berempat.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Arafah, Muzdalifa dan Mina Allah bagi peluang utk aku buat baik pada makcik2 ni. Setelah selesai urusan di Masyair, kami kembali ke mekah untuk tawaf dan saie haji. Bagi jemaah yng buat haji ifrad kami cuma tawaf haji je sbb saie dah buat masa tawaf qudum. Hubungan kami rakan sebilik menjadi baik setelah sesi postmortem oleh TH. Saling bermaafan lah kami semua. Tiada simpan ketidakpuasan hati.

Setelah kerja2 haji selesai (32 hari di mekah), tiba giliran kami ke Madinah. Makcik B bagithu yg dia lebih sukakan madinah drp mekah. Hari2 duk bagithu yang xsabar nak ke madinah. Allah menduga makcik B apabila hari bertolak ke madinah dia demam teruk . Tawaf Wada’ pun xlarat nak buat. Demamnya melarat sampai ke madinah sehingga xdapat masuk Raudah. Di madinah aku xsebilik dgn makcik berempat nih tp bilik dekat2 jelah. Untuk masuk Raudah lelaki dgn wanita asing. Jadi aku bawaklah makcik2 ni masuk raudah sbb masing2 xlarat.. xde orang nak tolong guide. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan masuk Raudah. Apa yang terkilan, sampai tarikh balik ke tanah air pun makcik B masih xsihat. Kami masih berhubung sampai sekarang; hubungan masih baik.

Apa yang aku cerita ni bukan untuk riak, cuma nak bagitahu kalau ada kalangan pembaca iium yang parents jadi tetamu Allah minta mereka bertolak ansur, jaga kebajikan pasangan dan yang paling penting tolong jaga mulut. Kat sana macam2 boleh jadi. Even klu terdetik kat hati pun dapat balasan on the spot. Satu lagi tolong jangan merungut klu makanan xsedap, panas, susah nak mandi or nak membuang. Semua tu ujian.

Lagi satu, anak2 tolong pastikan mak anda bawa panty liner, pad or pampers. Ada jemaah warna emas sampai kat sana datang haid. Semua tu ujian Allah. Panjang lebar pulak aku cerita, bukan nk bukak aib sesiapa. Aku pun bukannya baik sangat , Ni cuma untuk peringatan bagi jemaah2 lain nnti. Aku minta maaf klu cerita aku xbest.

Terima kasih sbb sudi baca coretan aku.

– Tasha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit