Pengalaman Jaga Orang Tua Yang Rahsia

Hi aku Iffah. Saja nak story pengalaman aku kerja kat rumah orang tua.

Awal tahun haritu, aku buat kerja gile dengan berhenti kerja (aku seorang engineer), dan berpindah ke suatu negeri lain.

Aku apply jadi caretaker orang tua di sebuah pusat jagaan warga emas, tapi parents, family and kengkawan aku semua tak tahu.

Okay reason aku ambil keputusan drastik ni agak cliche dan drama – kerana cinta.

Tahun lepas, aku bergaduh dengan tunang aku sampai akhirnya kitorang putus. Tunang aku ni duda anak dua.

Orangnya baik, cuma kadang-kadang die suke tuduh aku benda yang aku tak buat or takde niat langsung contohnya, die tuduh aku tak suka dia spend masa dengan anak-anak dia.

Demi Allah, tak benar langsung tuduhan die tu. Aku faham je if nak kahwin dengan duda ada anak ni, aku kena terima jugak anak-anak dia.

Masalahnya, bile die janji nak beli baju nikah etc, then aku confirm balik tarikh dengan die, tetibe die cakap, die kena lawat anak-anak die.

Aku suarakan lah pasal die dah janji, tetibe die tuduh aku tak suka die spend time dengan anak – anak die, sedih aku.

Dipendekkan cerita, aku mengamuk lepas tuduhan tu dah banyak kali, dan akhirnya kami putus.

Tapi pastu aku meroyan sebab aku memang sayang sangat dengan dia. Aku cuba pujuk die untuk kembali tapi langsung die tak respond.

Kalau respond pun jenis yang marah and benci.

Aku ni pulak jenis emo sikit, kalau ade masalah relationship, terus takleh fokus kerja. Jadi prestasi aku merudum teruk, bos dah start bising sebab aku selalu amik cuti. Aku rase nak tidur atas katil je tanak bangun.

Aku dahlah duduk dengan housemate yang jarang ada. Lonely gila waktu tu. Last-last aku hantar resign letter 24 jam terus.

Sanggup aku bayar 1 month gaji aku demi tanak bagi notice sebulan. Aku rase hopeless sangat waktu tu semua sebab cinta. Ei nak carut pulak skang ni bile pikir balik kedangkalan aku tu.

Aku ade jugak nangis kat mak aku pasal putus tunang tu tapi nangis gitu-gitu jela, tanak mak aku risau.

So, dengan sekelip mata, aku takde kerja. Takde backup pape pulak tuh. Simpanan pun simpanan kahwin jelah yang tak seberapa tu.

Seminggu aku blur dekat rumah.

Tetibe one day aku bangun tidur, aku decide nak pindah ke negeri ex-tunang aku menetap dan bekerja.

Kami berlainan negeri, jadi aku fikir macam, aku nak pujuk die face to face, so aku decide nak pindah terus area tempat die kerja.

Aku berangan ah nak pujuk die kaw-kaw, hantar makanan ke apa (bengap). Haha.

Tapi aku kenalah cari kerja area situ secepat mungkin kan, so aku tryla google pape kerja kosong area ex-tunang aku duduk and kerja.

Disamping tu, aku pastikan jugak kerja tu, aku dapat tempat tinggal sekali sebab aku takde banyak duit nak sewa rumah, bayar deposit bagai semua tu.

Akhirnya, kerja kosong beserta tempat tinggal aku dapat dalam masa sehari je, siap interview semua, and kerja tu adelah kat pusat jagaan warga emas.

Aku tak pernah jaga orang tua ye, jaga yang sampai kena mandikan cuci berak semua ni aku memang zero.

Tapi aku confident je waktu tu aku boleh, so aku accept jela kerja tu dengan niat yang salah iaitu – nak pergi pujuk ex-tunang aku (disamping dapat duit). Haha.

2 hari kemudian, aku pun berpindahlah ke negeri ex-tunang aku menetap, memang tempat kerja aku, betul-betul dekat area die bekerja dan tinggal.

Pusat jagaan warga emas tu lebih kurang 10 minit je dari tempat ex-tunang aku, so aku cam happylah. Aku dah rangke dalam otak memacam aktiviti nak pujuk ex tunang aku.

Goal aku, bile aku dapat pujuk die balik, aku benti kerja and balik semula ke negeri aku. Haih bengap kali kedua. Haha.

Bile aku sampai je pusat jagaan tu, dari luar aku tengok, ia adalah sebuah rumah banglo besar dan cantik. Dikelilingi pokok-pokok redup.

Kawasan sekitar rumah tu memang tenang.

Sebelum datang tu, aku dah inform pengusaha rumah tu, Kak Elya nama dia. Lembut dan baik budi pekerti Kak Elya tu. Die jemput aku masuk and tunjuk keadaan sekitar rumah tersebut.

Ada kolam renang kat kawasan belakang rumah, aku siap fikir, wow mesti atok and nenek semua swimming kat sini. Hehe.

Dekat rumah tu ada 2 orang nurse wanita, dan 6 orang caretaker macam aku (yang takde background medical) bekerja kat situ. 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Kire kitorang kena kerja shift la. Ade 3 shift sebab rumah tu beroperasi 24 jam (haruslah kan, takkan ko jaga siang je, abis malam siapa nak jaga).

Dalam rumah tu jugak ade 10 orang warga emas. 5 lelaki and 5 perempuan.

Rumah banglo tu memang besar, bilik luas (berkongsilah) tapi memang selesa.

Memang tempat untuk orang tua yang berduit, atau anak mereka yang kaya je yang boleh hantar kat situ sebab setiap bulan die punye bayaran mak oi tercekik aku bile tahu.

Aku menetap kat rumah depan (rumah teres berkembar), bersama caretaker yang lain.

Malam first aku kat situ, aku dah mesej ex-tunang aku, and bagitahu aku dah kerja area tempat die, tapi aku tak bagitahulah aku kerja rumah orang tua.

Aku just cakap aku dapat kerja kat area die jugak. Jomla jumpe. Takde reply. Sedih aku.

Esoknya aku mula bertugas shift pagi. Pukul 7 dah kena tercongok depan pintu rumah orang tua-tua, punchcard pastu mengekor seorang caretaker senior namanye Faseha. Aku panggil Seha je.

Seha lah ajar aku cara mandikan orang tua, cebok berak (susah), bersihkan kencing semua tu, pakaikan baju (tough ye bagi aku nak pakaikan baju orang tua dekat kerusi roda), pakai pampers etc.

Kadang-kadang kena bagi ubat if nurse busy (yang ni pun bagi aku susah sebab ade orang tua yang tak suke makan ubat).

Aku jalankan je tugas-tugas aku tu walaupun kekok, hehe, tapi berbanding caretaker lain, aku ni memang suke dengar and melayan cerite orang-orang tua kat situ.

Aku pendengar yang baik (perasan). Sebab aku suka bila dapat tahu kisah orang and at the same time, dapatlah aku amik iktibar sekali.

Dalam banyak-banyak orang tua kat situ, ada satu aunty ni (aku tak address die sebagai makcik sebab aku rasa vibe die begitu korporat, die memang kerja sebagai orang atasan sebelum die sakit).

Umur aunty ni around 79 tahun. Aunty ke ek? Aku 28 tahun. Ke aku patut panggil die grandma? Huhu.

Die suke cerita pasal husband die, pasal anak-anak die (8 orang) and penceritaan die tu sangat detail. Selain itu, die menghidap skizofrenia.

Setiap kali aku datang bagi makan ke, nak mandikan die ke, mesti die akan cerita pasal husband die yang bernama Kifli.

Kifli ni husband kedua die. Aku tanya jugak, yang ex-husband die dulu, separate ke meninggal? Direct ye aku. Aku memang penyibuk. Hehe.

Die cakap ex-husband tu abuse die. So die malas nak cerita pasal ex die. Kaki pukul die cakap. Die suke cerita pasal Kifli ni, sebab die cakap Kifli sayang dengan die.

Aku waktu tu fikir, mesti Kifli ni dah meninggal, and anak-anak die tanak jaga die or busy ke apa, and hantar die kat pusat jagaan mewah ni.

Lagipun aunty ni someone, so berduit lah untuk duduk tempat premium.

Kalau lalu kat katil die, die penghidap skizo kan, so memang die seolah-olah tengah bercakap-cakap dengan seseorang.

Watak-watak yang selalu muncul yang aku perasan ialah, husband die si Kifli, Tina, which is dalam cerita dia, Tina tu kawan ofis die, dan anak die nama Fahri.

Dialog die lebih kurang sama je, pasal die tanya Kifli, betul ke Kifli ade hubungan dengan Tina, pastu ada part die menangis, kadang-kadang die gelak-gelak sebab maybe Kifli khayalan tu tengah pujuk and usik die (bayangan aku). Haha.

Aku kalau bagi makan kat die, mesti aku sibuk korek cerita die and tanya mana die tahu Kifli dengan Tina ade hubungan? Kantoi ke camne?

Wartawan Melodi sangat aku ni.

Die akan jawab “Mak tahulah, mak perempuan,”.

Aunty ni memang bahasekan diri die mak kat semua orang. Die cakap, Kifli sayang die so die tak peduli pun if Kifli ade hubungan dengan Tina. Tina bukan cantik pun. Mak lagi cantik, katenye.

Memang aunty ni cantik. Dah tua pun cantik, so aku setuju when die cakap die cantik. Haha.

Kadang-kadang, tetibe je die mengamuk marah Fahri, sebab Fahri, anak die tu tanak kahwin dengan perempuan pilihan aunty ni.

Or ade part, die macam tengah cakap dengan Kifli pasal si Fahri yang tak dengar cakap die. Seolah-olah, die tengah pillow talk dengan suami di malam hari.

Hari-hari aku dipenuhi dengan kisah-kisah orang tua kat situ, tapi aku paling suke kisah aunty ni lah, sebab best, kisah die berulang-ulang cerita sama sampai aku dah ingat dah kronologi cerita die.

Cerita tentang Kifli, Tina dan Fahri tu banyak lagi sebenarnye, tapi aku just cerita yang basic je kat sini.

Sampailah satu hari, aku tengah lepak waktu tu and tangan gatal nak baca file history setiap orang tua kat situ.

Itu pun sebab aku baru perasan ade file details sejarah family, sakit etc untuk setiap orang tua kat situ.

Dah tentulah aku baca file aunty tu first. Aku baca-baca pastu aku cam pelik. Dekat bahagian status die, tercatit ‘Bujang’.

Bujang?

Bukan patut die tulis ‘Janda’ ke or ‘Balu’ ke apa kan? Aku confuse tapi aku baca details lain pulak.

Tertulis kat situ, orang yang admit aunty tu ke pusat jagaan warga emas ni adelah adik dia. Aku macam pelik. Mana anak-anak die ek?

Kebetulan ade akak nurse kat situ, so aku tanyalah, “Kak, kenapa mak ni die tulis bujang ek? Die bukan dah kahwin ke?”

Kak nurse pun jawab “Bile mase pulak die kahwin. Die tak pernah kawen. Die bujang sampai tua,”

Terkedu aku kejap.

“Abis siapa Kifli yang die asyik cerita kat saya tu kak? Die pernah story kat akak tak?” Blur kejap aku.

Kak nurse pun cakap “Setahu akaklah, based on cerita Kak Elya, pengusaha rumah ni, Kifli tu lelaki yang die minat tapi laki tu suami orang.

Die minat Kifli tu, tapi yelah tak kesampaian lah cinte die tu, suami orang kan. Sampai tua die tak kahwin tunggu Kifli tu.”

“Kak, then anak-anak die yang 8 orang tu, tak wujud ke kak? Fahri and Tina tu tak wujud ke kak?” Sumpah aku rasa nak menangis, sebab aku sangat mendalami cerita hidup die, rupenye semua tu khayalan aunty tu je?!

Kak nurse terus ingatkan aku pastu yang aunty tu skizo. Benda macam tu expected. Murung aku kejap.

Aku tidur tak nyenyak beberapa hari lepas tu, mengenangkan orang-orang yang aku anggap wujud, sebenarnye takde pun. Kalau ade pun, bukan seperti yang aunty tu ceritakan.

Banyak lagi kisah orang-orang tua kat situ sepanjang aku bekerja selama 5 bulan di pusat jagaan warga emas tu, tapi aku paling ingat tentang aunty yang suke cerita pasal husband Kifli die tu and aku decide nak cerita kat sini. Haha. Tak tahulah ape faedahnye aku confess.

Tentang ex-tunang aku pulak, setelah 5 bulan, aku still tak berjaya pujuk ex-tunang aku tapi slowly, aku berjaya move on asbab aku lepak kat rumah orang tua.

Tanpa aku sedari, lama kelamaan, perasaan aku berubah. Aku pun tak tahu camne boleh berubah tapi at the end, aku decide nak pindah semula ke negeri aku menetap dan cari kerja hakiki aku semula iaitu Engineer.

Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja baru dengan cepat.

Aku selalu bersyukur sebab berpeluang kerja kat rumah orang tua tu even niat aku salah awalnye. Banyak pengajaran aku dapat, dan aku berjaya move on dari ex-tunang aku secara total.

Even semalam ex-tunang aku mesej and cakap die rindu dengan aku, aku buat tak tahu je and padam mesej die. Aku dah takde rasa nak sambung perhubungan ke apa. Aku pun dah terlupa die wujud, sebab aku busy dengan kerja baru.

Itu jelah aku nak cerita. Sorry kalau tak best. Hehe. Just cerita kehidupan yang random.

Sampai sekarang takde siapa dikalangan ahli keluarga, siblings, sedara mara or member aku yang tahu yang aku pernah tersesat kerja kat rumah orang tua. Sebab tu tajuk confession ni ada “rahsia” kat belakangnya.

– Iffah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *