Hello dan selamat sejahtera. Sebenarnya sebelum mula menulis ni dah baca dah sedikit sebanyak story budak-budak intern lain. Saje nak kongsi jugak. Cerita kita takdelah teruk sangat macam orang lain tapi nak jugak luahkan.
So, first macam ni kita ni budak event. Jadi kita carilah tempat intern buat event dan PR sebab minat lah dikatakan. Tapi takde rezeki tak dapat company event nak buat macam mana kan. So, kita apply lah company dekat-dekat rumah kita. Kalau tak memang susah nak bayar sewa.
Rezeki dapat dekat dengan area rumah lebih kurang naik motor ambik masa 15 minit. So, tempat company ni dia small company je unik lah jugak management dia.
Kita apply digital marketing internship masa tu. Punyalah excited nak belajar. Awal- awal ok je semua orang friendly ada dua orang supervisor sorang HR dan sorang lagi manager.
Awal-awal masuk memang best sebab pekerja semua friendly and kita pun buatlah kerja kita. Start teruk bila suddenly kita tukar office. Office besarlah kononnya tapi takpe sebab office tu pun dekat saje. Dari situ semua mula downfall.
Tak tahu lah kenapa kita start kena buat tiktok live kan. Tapi awal-awal tu tak kisahlah an since kita budak intern buatlah tapi bila kena ban tiktok terus tukar muka seh.
Masalahnya company ni sebelum kita masuk buat live takde pulak warning bende yang kita boleh cakap ke atau certain benda kita tak boleh buat. Suruh kita terjah je masuk.
Pastu bila kena ban tiktok diorang cakap wau ada loss lah itulah inilah. Ok takpe awal-awal kita fikir yelah salah sendiri sebab tak tanya. So kita teruskan je.
Then adalah pekerja baru masuk macam designer. So, sebenarnya kerja saya buat video tiktok, manage Instagram dan social platform.
Masalahnya company ni nak kita buat design cantik-cantik nak level international. Tapi budget pun takde, korang just imagine designer kita nak buat design company diorang mintak gah gah tapi Canva pro pon diorang takleh nak provide. Sama jelah dengan kerja kita.
Dia nak Instagram posting macam gah gah tapi kalau compare dengan company international diorang ada budget sendiri untuk marketing tau. Tapi kita ni intern kita buat jelah apa yang dia nak. Walaupun dah mula rasa geram masa tu.
Tapi yang buat kita tak tahan is bila suddenly kita kena terminate. I mean cmonlah korang takkanlah nak terminate intern kot nanti kena repeat seh.
The thing is masa diorang bagitahu sebab- sebab tu nak tahu tak diorang cakap saya buat loss. Sebab tiktok kena ban tapi masalahnya masa tu diorang main lepas tangan je. Tak bagitahu apa-apa.
Satu bende pasal company nilah diorang saje hire budak-budak muda sebab senang nak manipulate. Diorang boleh twist tau ayat-ayat kita.
Masa tu tiba-tiba dia suruh kita masuk office bahagian belakang tau. So office baru ni dia panjang. So ada bahagian belakang ni. Awal-awal tu dah rasa dah apahal tetiba panggil ni. Then diorang suruh duduk then manager ni kita panggil dia Kentang lah.
Kentang ni cakap maaf tapi kitorang terpaksa terminate awak. I’m like what…. Tiba je ni. Then Kentang ni ada kawan lagi satu tau perempuan HR ni. Kita panggil dia Timun.
So, Kentang dan Timun ni mula lah cakap kita menyebabkan loss lah, tiktok kena ban and then kita sebenarnya memang loss sebab opportunity untuk orang lain intern kat situ diberi kepada saya.
Masa tu kita betul-betul blank. Diorang mula cakap content tiktok video semua tak ikut taste diorang lah, level yang diorang nak. Diorang cakap dah banyak guide tapi aku tak dapat memberi hasil yang diorang nak. Lepastu diorang cakap video tak appropriate ikut company image lah.
I’m like kau expect apa dari intern. Masalahnya Timun dan Kentang takde experience pon dalam marketing ni. Guide bende.
Sepatutnya boss yang beri guiding tapi habuk dia pun tak nampak. Memang pandai. Bombastic international level punya video nak tapi ajar tak, memang nak kita pandai terus. Kamera pon tak mampu nak provide lagi-lagi nak video gempak-gempak.
And then si Timun dengan Kentang ni mulalah cakap susah untuk kitorang buat keputusan ni tau and bla.. Bla.. Blaa. Kita rasa tak ke diorang fikir kalau kena terminate, budak tu kena start balik all the way next sem.
Bukan apa lah tapi nak katakan aku datang lambat tak, selalu ambik cuti tak jugak. Nak cakap aku lawan kata pun tak. Yang aku tak faham kena ke sampai terminate.
Masalahnya dia terminate masa dah bulan ketiga tau. Mana boleh nak start company baru dah. Dalam otak aku masa tu matilah aku nak kena start balik. Pastu dia bagi surat apa tah untuk sign pnc.
Masa tu aku betul-betul rasa macam nak nangis macam mana nak start balik seh. Takkanlah nak graduate lambat lepastu mula balik intern then ambil balik periksa. Taknaklah macam tu. Yang tak puas hatinya semua sebab sebab yang diorang bagi tak munasabah.
Tiktok kena ban tapi bukan aku sorang je penyebab ban tu and lagi satu company ni memang jenis lepas tangan. So, kita tanya apa-apa pasal digital mana diorang tahu. Especially Kentang dengan Timun ni. Pastu diorang expect apa kita terus pandai. Guiding pon takde.
Lagi satu sebab company ni kecil bos memang selalu masuk tapi masalahnya bos pon jenis yang tak pandai bezakan work life dengan personal life.
Ni lagi satu cerita company ni selalu nak naikkan sikap continuous learning. Tapi nak ambik masa pekerja. Memang kesian lah pekerja full time sebab apa tau even after hours pun diorang ambik tau. I remember masa tu sale week ke apa diorang suruh bukak sale tu waktu malam.
So budak ops memang kesian sebab kena stay up late kat rumah sendiri untuk bukak link. The thing is ot pun takde. Nak dikatakan management company ni teruk lah. Continue story continuous learning tu, diorang suka buat kelas-kelas malam tau.
Mostly owner lah suka buat kelas malam jadi agen-agen boleh belajar. Sebab company ni base on agents lah. And then office worker pon kena terlibat sekali sekali intern. Yang paling tak puas hati diorang suka buat kelas pukul 9 malam, 11 hingga 12 malam.
Dah mu buat kelas untuk agent yang intern kena tengok sekali kenapa. Then bila tak masuk mualalah Kentang tu complain lah apa lah. Perli. Menyampah seh. Overall company tu memang takde sense of personal and work time
.I mean cmonlah takkanlah masa personal pon nak kena ambik. Memang takde work boundry betul. Yang si Kentang ngan Timun tu memanglah suka jadi hamba kepada bos company tu. Memang nak cakap mcm hamba weh. Diorang idolize gila bos company tu. Entah kena jampi ke apa.
Tapi memang kesian lah orang yang full time kat situ ot tak dibayar pastu nak diorang kerja jangan expect balasan I mean seriously. Diorang selalu cakap buat kerja macam hasil lebih dari gaji awak.
Ei boomer betullah mindset macam boomer tapi umur bosnya tak pulak. Dengan ekonomi sekarang everyone works for money. Nak pekerja buat the best bagilah ot tu betul2, gaji tu jangan bagi separuh-separuh. Kesian kesian.
Kalau korang nak tahu sebenarnya menangis jugaklah kita lepas kerja tu fikir macam mana nak sambung ni. Balik rumah menangis sampai tak tidur pagi tau. Memang wau ujian dia mental siak.
Aku ingat malam tu aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Tapi jangan risau advisor aku cakap aku boleh sambung je dekat office kat uni.
Aku betul-betul berterima kasih sangat kat advisor aku. Thank you sangat sebab dia pun marah sebenarnya sebab main terminate tiba-tiba tanpa sebab munasabah. So lagi 2 bulan ni aku habiskan dekat office kat uni.
Itu sahaja cerita aku sampai di sini sahaja bye.. Korang yang masih intern jangan give up tau fighting!!!
– Rabbit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kompani kecik mmg mcmtula kaedahnya. alibaba segala benda. lepas da grad pastikan cari kerja kat kompani2 yg dah establish ye dik.