Assalamualaikum.
Kisah ni aku nak jadikan pengajaran kepada semua pemandu di luar sana. Mungkin benda ni dah biasa berlaku tetapi harapnya menjadi pengajaran buat para pemandu baru yang baru saja mula memandu jarak jauh sama ada untuk pulang ke kampung ataupun kembali ke tempat kerja belajar yang beratus kilometer jauhnya dari rumah.
Aku baru sahaja mula bekerja di satu tempat di Jempol. Bila tiba cuti perayaan Aidiladha, aku kemas barang-barang dan berasa sangat teruja untuk pulang ke kampung. Kampung aku di Kota Bharu, Kelantan. Ini merupakan kali pertama aku pulang beraya jauh dari kampung kerana aku baru sahaja mula bekerja di sana. Baru sahaja sebulan. Aku cuba usha kawan-kawan yang nak balik sekali, tumpang kereta atau apa-apa, tapi malangnya dia. Tak apa, sebab aku yakin aku boleh memandu walaupun jauh. Cuma tiada teman menghilangkan rasa bosan sahajalah.
Baiklah. Biar aku teruskan dengan cerita aku ni. Hari Jumaat minggu lepas merupakan hari terakir aku bekerja sebelum mula bercuti selama seminggu. Aku bertolak pulang terus dari tempat kerja pada jam 12:30 tengah hari. Sebelum jauh bergerak, sempatlah aku isi minyak dan isi angin tayar kereta Perodua Alza yang aku pandu. Kereta yang dipinjam dari ayahku itu aku pandu seorang diri melalui jalan yang kiri dan kanannya hanya ada pokok sawit sahaja. Tidak sampai 10 minit perjalanan, hujan turun dengan lebat sekali sehingga membataskan pandangan aku untuk memandu. Aku buka lampu besar kereta dan memandu dengan perlahan. Pada masa itu, radio pun tak mampu menghilangkan rasa bosan aku. Secara beransur, aku terasa mengantuk. Pada mulanya biasa-biasa sahaja tapi sebab kereta pun perlahan, hujan lebat yang amat, aku ambil keputusan untuk berhentikan kereta.
Aku cuba juga cari masjid. Ye lah, dah nak masuk waktu Zohor. Kalau jumpa masjid pun okay juga, manalah tahu kot2 boleh hilangkan mengantuk ni. Tapi aku tak nampak papan tanda masjid pun. Masa tu tak ada orang pun untuk aku berhenti bertanya. Aku berhentikan kereta di hadapan sebuah kedai makan. Masa tu kedai tu tutup. Aku turunkan tingkap kiri dan kanan kereta sedikit, aku matikan enjin, kemudian aku jatuhkan kerusi untuk aku tidur. Aku set jam loceng kat telefon untuk berdering dalam 20 minit kemudian.
Dipendekkan cerita, sudah je aku bangun dari tidur, aku dah rasa segar. Alhamdulillah. Hujan kat luar pun dah rintik-rintik je. Bolehlah teruskan perjalanan. Aku cuba hidupkan kereta, tak dapat. Aduhhh… Rupanya aku tak tutup lampu kereta tadi!
Aku pandang belakang, ada sebuah kedai yang ada orang. Aku cuba pergi minta tolong dengan tauke kedai. Melayu. Aku ceritakan masalah aku, kemudian terus dia bawa kabel jumper untuk jumpstart enjin kereta aku tu. Cuba punya cuba, tak jadi. Rupanya kabel dia xok. Dia cuba tanya kawan dia kat kedai, pun kawa dia tak boleh bantu. Last2 dia call seorang mekanik ni. Dia cakap sekejap lagi mekanik tu sampai. Dia suruh aku tunggu je kemudian dia kembali ke kedai makan dia.
Lebih kurang 6-7 minit kemudian, sampailah sebuah kereta Satria kelabu. Kelihatan ada dua orang lelaki dalam tu berusia dalam 30an macam tu. Bila pemandu tu keluar je kereta, aku terus sapa dia dan perkenalkan diri. Dialah mekanik yang dimaksudkan pak cik tadi. Dia tengok-tengok keadaan kereta sekejap, kemudian dia tanya aku dari mana, buat apa kat situ, umur berapa. Aku pun ceritalah kejadian sebenar kat dia. Semasa bercerita tu, adalah sedikit gelak kecil dia dengan kawan dia seorang lagi tu. Tak faham jugak aku mana yang lawaknya. Tapi tak apalah. Aku nak kereta aku baik je.
Dia bagitau, dia boleh baiki tapi kena caj sikit lah.
Aku tanya, “Berapa?”
“Kau ada berapa?”
“Saya ada dalam RM40 je sekarang.”
“Oh.. Sikitnya bawak. Perjalanan jauh.”
“Itulah bang. Saya cari ATM kat sini ta ada. Ke ada ATM dekat2 sini?”
“Ada. Nanti kalau nak, aku tunjukkan.”
“Okay.”
Dia pun cuba jumpstart enjin kereta aku tu dengan kereta dia. Tak sampai dua minit, boleh start dah kereta aku. Alhamdulillah. Hati aku masa tu Allah saja lah yang tahu. Dah la tak ada sape2 dengan aku masa tu. Kalau tak hidup jugak kereta, tak tahu lah aku nak buat apa.
“Dik, ikutlah aku pergi ATM.”
“Okay bang,”
Aku pandu kereta tu, ikut dari belakang kereta dia lebih kurang 3-4kilometer dari tempat kereta aku mati tadi. Bila dah park kereta, dia masuk ke dalam kereta aku.
“Aku nak mintak RM150.”
Dalam hati aku cakap bapaklah mahal! Cuak dah aku. Dah lah duit tak berapa nak ada ni. Macam manaaaaa….??
Kemudian aku nego la dengan dia. Aku cakap duit tak banyak. Aku pun baru je kerja. Dia tak percaya. Dia mintak jugak RM150. Aku pun merayu lagi. Buatlah jugak muka kesian, mintak kurangkan. Dia cakap RM120 boleh lah. Katanya dia datang jauh, dari rumah. Tempat kereta aku mati tu dekat-dekat dengan Felda Keratong 2. Rumah dia dekat Keratong 9. Aku tak tahu pulak jaraknya berapa jauh. Haih… Aku rasa mahal sangat tu. Tapi tu lah. Aku nak buat macam mana. Dia ada geng kot. Aku sorang2. Risau jugak jadi apa2 nanti. Perjalanan jauh lagi kot. Allah…
Aku mintak kurang jadi RM100. Aku cakap nak isi minyak nanti, nak pakai duit. Alhamdulillah dia setuju. Lepas tu aku keluarkan RM100 untuk dia. Aku keluarkan lebih sikit untuk aku pakai nanti. Lepas aku bagi je RM100 tu kat dia, sempat dia tanya aku, “Macam mana kalau kereta kau rosak teruk tadi? Duit takde.” Dengan nada macam tak puas hati dia tu, aku pun balas je, “Saya tawakkal kepada Allah je lah bang, Saya pun tak nak jadi macam ni.”
Kemudian dia berlalu pergi. Dalam usaha aku nak keluar dari kawasan ATM tersebut, aku tak berhenti berfikir, salahkan diri sendiri lagi. Ya lah. Sebelum ni selalu ada je kabel jumper dalam kereta tu. Tapi masa ni jugak aku tinggal kat kampung. Heh. Sepanjang perjalanan, aku tak berani nak berhenti matikan enjin, takut jadi benda yang sama lagi. Dalam perjalanan tu jugak, aku nampak papan tanda ke Keratong 9. Tak adalah jauh sangat. Dalam 20-15minit macam tu je. Tapi masa yang dia ambil untuk sampai ke tempat aku tadi 6-7minit je. Entahlah. Macam2 perkara terlintas dalam otak aku masa tu.
Lepas ni memang aku beringat betul-betul lah. Periksa dulu kereta sebelum balik. Periksa balik alat-alat untuk repair kereta, pastikan ada bersama dalam kereta. Sekurang-kurangnya, ada. Tak perlu susah nak minta tolong orang. Aku sebenarnya dah niat dalam hati. Kalau mekanik tadi minta sikit je caj, memang aku bagi lebih. Bukan dia saja, sekali dengan pakcik kedai makan tadi pun aku bagi duit sikit. Sebagai tanda terima kasih. Tapi itulah. Lepas dah keluar RM100 tadi, rasa macam kering dah. Mungkin satu hari nanti aku pergi balik jumpa pakcik tu. InshaAllah. Hari tu aku terus balik, tak bertangguh sebab aku nak cepat sampai rumah je. Alhamdulillah, selamat aku sampai ke rumah tanpa ada masalah lain dengan kereta. Syukur sangat. Walaupu duit terbang, tapi aku selamat. Ye lah. Musim sekarang ni macam-macam bahaya ada. Mintak jauh lah benda-benda pelik terjadi kat aku, keluarga, rakan-rakan dan semua orang lah.
Suka aku nak berpesan, kalau memandu untuk jarak perjalanan yang jauh, bawalah teman. Pastikan kereta okay. Periksa semua keperluan. Jangan juga memandu dalam keadaan mengantuk. Nak berhentikan kereta pun, carilah tempat yang ada orang, atau sekurang-kurangnya ada masjid.
Berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali. Tak perlu terlalu jujur pun. Jangan bagi diri kita ni mudah di”makan” orang.
Sekian.
– Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit