Pengalaman Kerja

Assalamualaikum. Firstly, terima kasih kepada IIUM confession kerana sudi publish ceritaku. Aku antara orang yang setia dengan IIUM confession kerana setiap kali confession yang disiarkan, aku tak pernah missed. Bagi pendapat aku, setiap confession ada message yang ingin disampai untuk dijadikan sebagai teladan dan juga pengajaran.

Sebelum ini aku berkerja di sebuah company customer service yang agak terkenal. Alhamdulillah dikelilingi dengan rakan2 yang happening, friendly and sporting. To be honest, aku memang happy lah kerja kat situ! Walaupun gaji tak sebesar mana, tapi aku suka dengan environment kerja di situ dan colleagues yang sangat positif.

Kalau ada problem ke, for sure they’ll be there for you. Walaupun kerja banyak mcm mana pun, aku mampu selesaikan dengan baik dengan tunjuk ajar senior dan colleagues yang lain. Sehinggakan setiap hari, aku sangat bersemangat nak pergi kerja. Aku akan pastikan datang ke office sejam awal dari waktu berkerja.

Baik dari bos sampailah ke orang bawahan semua aku jadikan kawan. Sekarang ni susah nak dapat bos yang jenis sangat flexible and understanding. Alhamdulillah aku dikurniakan bos yang sangat baik sehinggakan boleh makan minum satu meja, holiday sama2 dengan colleagues yang lain.

Walaupun begitu, aku masih tetap ada rasa respect kepada bos aku. Bagiku, bos tetap bos. Walau dia kawan baik kau sekalipun, jangan sesekali hilang hormat dengan dia. Senang cerita ada batasan la between us. Contohnya cara bergurau dan jaga dari segi percakapan.

One day, rakanku S mengajak aku dan G pergi interview. Pada mulanya aku menolak, tetapi atas desakannya untuk menemani and katanya aku perlu pergi untuk sekadar mencuba nasib. Aku bersetuju tetapi dengan syarat tak boleh kecoh2 dgn colleague lain. Senang cerita aku tak prepare apa2 la masa tu. Kami pergi bertiga and tak sangka mungkin itu rezekiku, aku pass interview itu.

Antara kami bertiga hanya aku dan G sahaja berjaya mendapatkan kerja itu, tetapi tidak S. Jadinya, S rasa sangat tidak berpuas hati dan mula menabur fitnah ke atas kami. Antaranya, dia menghebohkan kepada semua orang yang kami sudah mendapat kerja yang baru. And yang paling aku rasa tak masuk akal, sebab aku paling cantik dan muda. Disebabkan itu aku mudah diterima berkerja.

Bagiku, jika bos di company baru tersebut memilih dari segi rupa, kenapa rakanku G diterima berkerja. Sedangkan dia lebih jauh tua dariku, berbadan sedikit gempal dan berkulit gelap. G mengatakan benda yang sama kepadaku. G sendiri yang cakap dgnku, alasan itu tidak masuk akal. Katanya, “kalau memilih rupa kenapa bos tersebut boleh terima aku?”.

Aku dan S yang dulu hubungan kami agak rapat semakin renggang. Aku bersyukur, semua orang berpihak kepadaku dan mempercayai aku lebih dari fitnah yang ditabur oleh S. Sejak dari itu, aku sering lihat S sentiasa keseorangan. Tapi jauh di sudut hati, aku bersimpati dengannya. Cuma aku sedikit trauma sekiranya perkara sebegini berulang lagi.

Berbalik dengan cerita interview tadi, selepas berbincang dengan rakan2 aku yang lain, aku membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja tersebut. Pada mulanya agak berat untuk aku pergi, tetapi atas nasihat rakan2 aku masih muda dan perlu peroleh banyak lagi pengalaman.

Even bos aku nasihat, cuba dulu di company baru. Kalau tak okay, anytime boleh masuk semula di company ini. Sebak rasanya hati dan sangat bersyukur dapat rakan yang tidak putus beri sokongan dan nasihat.

Maka bermulalah episodku berkerja di company baru. Aku dan G ditempatkan di berlainan department. Untuk pengetahuan semua, company ni semua orang Melayu dan yang pasti lebih tua dariku. Tetapi, tidaklah tua sangat hanya beza 2 ke 3 tahun tua dariku. Bagaimana aku tahu umur mereka? Of course semasa sesi suai kenal.

Mula-mula berkerja bagiku sedikit janggal, and agak susah bagiku untuk ajak berbual. Tapi aku anggap itu perkara biasa keadaan di tempat baru walaupun kadang2 aku buat perbandingan di tempat kerja yang lama. Di office lama, first day semua orang akan mula bertegur sapa. That’s why aku cakap colleague aku dulu sangat friendly, tetapi tidak di sini. Aku cuba untuk bersabar dan anggap setiap company, lain ragamnya.

Setelah 6 bulan, aku masih tidak ada happy berkerja di company ini. Aku berasa sangat sedih sehinggakan setiap kali balik berkerja, aku menangis. Aku sedih kerana mungkin faktor umur, aku sering diperlekehkan. Setiap pendapat yang aku ajukan, team aku akan menolak mentah2.

Bagi mereka, pendapatku tidak boleh diterima dan tidak mendatangkan hasil. Setiap kali meeting, aku dianggap seperti tidak wujud. Sekiranya aku menyuarakan pendapat, mereka terus menolak mentah2 tanpa mendegar penjelasan yang lebih lanjut dariku.

Ada satu ketika, rakan sekerjaku A bertanya soalan. Aku menjawabnya dengan betul. Namun, A seolah-olah menolak jawapanku. Jadinya ketika itu untuk mendapatkan kepastian, aku mengajak A untuk bertanya kepada bosku. Bosku mengatakan jawapanku betul. Tetapi sebaliknya, A mula meminggirkanku. Katanya aku ingin berlagak tunjuk pandai.

Sejak dari itu, aku tidak jawab segala persoalan yang dituju. Kataku, double confirm dengan bos lebih baik. Belum lagi kira hidup yang jenis berpuak-puak dan aku sering dipinggirkan. Walaupun mereka jauh berumur dariku tetapi perangai mereka seperti kebudak-budakan dan tidak matang. Ejek mengejek, memerli, memperlekeh dan menghina adalah tabiat mereka.

Mungkin aku ni agak cepat terasa, tetapi aku hanya anggap itu adalah gurauan. Tetapi sekiranya sehingga melibatkan ibu ayah, aku memang tak boleh. Semua perangai sama, baik lelaki atau perempuan. Selain itu, mereka mempunyai sikap talam dua muka, melagakan orang dan membawang level A-class.

Aku pulak jenis yang tak suka ambil tau hal orang. Mungkin sebab tu jugak, aku sering dipinggirkan kerana aku sering berdiam diri sekiranya mereka mula membawang. Namun begitu, aku sering mendapat pujian dari bosku, dan performance yang terbaik. Oleh itu, mereka mula tidak berpuas hati dan mempersoalkan kejayaanku. Paling aku tak tahan, mereka mula menghasut bosku dan menabur fitnah mengatakan aku sering mengutuknya di belakang.

Silap bosku percaya mereka bulat2 tanpa siasat, sejak dari itu bosku mula bersikap dingin denganku. Sejak dari itu, aku hilang semangat untuk berkerja. Aku rasa jiwa aku kosong dan tidak ikhlas untuk menjalankan tugas. Setiap hari, aku akan mencari kerja di jobstreet tanpa putus asa. Aku sering lambat ke tempat kerja dan selalu MC. Jiwaku sering memberontak dan menangis.

Setiap kali aku pulang, aku akan menangis sambil memandu. Aku selalu berdoa kepadaNya untuk memberi aku petunjuk supaya aku keluar dari kemelut sekarang. Aku berasa sangat menyesal menerima tawaran kerja ini. Tetapi, aku anggap ini adalah keputusanku dan aku perlu hadapi. Diam tak diam, 2 tahun jugak aku bertahan di company tersebut.

Suatu hari, aku menerima email untuk interview dari sebuah company yang agak besar dan dikenali ramai. Aku ditawarkan sebagai jawatan engineer memandangkan jurusan yang aku ambil sebelum ini iaitu kejuruteraan. Aku seakan berat hati untuk pergi kerana terus-terang aku rasa diri ni tak cukup mampu lagi. Seakan-akan belum layak lagi untuk berkerja di company yang gah begitu.

Mana taknya, 4 tahun lepas aku menamatkan pengajian terus aku bekerja sebagai customer service. Namun aku gagah juga untuk pergi, bagiku alang2 apa salahnya, mana tahu rezekiku. Semasa interview, aku berterus terang yang aku hanya ada pengalaman sebagai customer service.

Aku berterus terang yang aku seperti fresh graduate kerana pengalaman aku bekerja tiada lansung berkaitan dengan jurusanku. Selepas 2 bulan, aku menerima panggilan dan aku diterima berkerja dengan notice 1 bulan.

Gaji yang ditawarkan sangat lumayan iaitu 50% lebih dari gajiku sekarang. Aku menerima tawaran tersebut namun mempunyai kurang keyakinan. Aku menganggap mungkin ini petunjuk Allah atau Allah dah makbulkan doaku. Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah.

Selepas sebulan, aku memulakan pekerjaanku di company baru. Aku mendapat tahu, aku sorang sahaja perempuan dan berbangsa Melayu di sini. Pada mulanya agak janggal, tetapi lama kelamaan aku semakin selesa.

Mereka sangat professional di sini. Aku dapat lihat sikap mereka yang suka bergurau tetapi sangat menjaga batas. Sikap yang peramah, tidak berkira dan sangat menghormati antara satu sama lain. Aku fikir begini agaknya sekiranya berkerja di sebuah company yang corporate. Masing-masing akan buat hal sendiri, tak cakap belakang.

Mungkin masing2 dah matang, berumur dalam 30an ke 40an. Mereka sangat membantu walaupun kadang2 aku bertanyakan soalan yang agak simple. Setiap kali meeting, mereka sangat menghormati pendapat masing2.

Bagi mereka setiap pendapat yang diajukan sangat penting untuk majukan company. Di sini mereka mengamalkan sikap give and take. Kiranya, kalau kerja bertimbun, akan ada orang membantu. Begitu la jugak sekiranya rakan sekerjaku mempunya banyak kerja, aku akan datang membantu.

Diam tak diam, 2 tahun sudah aku berkerja di company ini. Alhamdulillah aku happy kerja di sini, dan aku sentiasa akan cuba berusaha untuk memajukan diri untuk masa yang akan datang. Doakan aku ye!

– Jemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *