Assalamualaikum. Admin, kalau artikel ni pass, tenkiu berry munchkin sekali lagi.
Ini sambungan daripada artikel “Pengalaman Kerja dengan Manusia Toksik.”
Kalo hang baca artikel tu, hang tau la kan aku kena consult doktor psikiatri sebab depresi and weight loss. Masa aku resign tu, berat aku bawah 40kg, tinggi aku atas sikit dari 164cm, jadi aku ni masuk kategori sekali kena tiup angin, sekali aku terbang daa, kehkehkeh, tak la, tapi memang underweight la. Mak bapak aku bawak aku balik umah, mak aku duk cover air mata dia sebab tak penah tengok anak pompuan dia keding and senyap camni. Sebab aku dulu jenis bright cheerful okay. Aku pulak jenis taknak risaukan mak bapak so sepanjang aku tak balik kampung tu, aku cakap kije aku okey ja, tengok-tengok haa camni pulak jadinya kan.
Jadi bermula la sesi kaunseling and misi untuk menaikkan berat badan ke tahap normal. Kalau aku nak cakap proses aku nak sembuh tu smooth sailing, memang tipu la. Kau ingat senang nak pulih broken mental ni? Ni bukan macam luka, letak ubat gamat dah, no, no. Ni life-time battle. Korang kalo tak pernah kena depresi, korang patut cakap “Alhamdulillah” sekarang, doalah mintak dijauhkan.
Nak djadikan citer, sebab aku developed anxiety bila mengadap manusia, bapak aku usaha la cari camne nak sembuhkan anak dia ni. Bapak aku ada la kawan sekolah rendah dia dulu-dulu, makcik ni ada kedai makan dekat kampung dekat pantai timur. Bapak aku pun pujuk la, “Apekata Ayam Kampung try la dulu kije dekat dapur kedai tu, tak ramai orang (tapi customers ramai), semua pangkat makcik pakcik. Kalau takleh adapt jugak, balik terus takpa, papa tak marah.” Jadi ke pantai timur la aku dengan mak aku, dia teman dulu sebulan dua, dekat kampung sejuk peaceful tu, nak tengok aku boleh hidup tak, plus aku kena always under observation sebab kondisi aku ni. Tapi 3 minggu sekali aku balik la ke umah, sesi kaunseling berjalan seperti biasa ikut appointment.
Awal-awal kije dekat dapur tu, aku ni kalau berlumba dengan Gary siput Spongebob tu, sah-sah Gary menang. Kije aku starter dia kena basuh pinggan, Aku ni memang bab basuh pinggan expert sebab penah kije masa sekolah dulu-dulu, cari duit lebih. Tapi bab masuk potong sayur dengan buah tu, haaa. Korang pernah potong nanas tak? Jantung pisang? Aku duk terpacak 5 minit depan buah sayur tu, makcik-makcik duk perati ja, pastu aku tanya dorang. Start ari tu, rajin la aku menanya, rajin pulak dorang menjawab, ajar aku macam-macam.
Aku yang awal-awal pendiam takot-takot, lama-lama dah boleh bawak bergurau dengan makcik2 pakcik2 dapur tu. Kalo nak cakap dorang ni Dream Team , aku berani cakap tu understatement. Dorang ni, rajin sangat-sangat. Kalau ada kije nak buat terus buat, Bos cakap je menu, terus kumpul potong siang ingredients. Kadang bos cakap awal-awal okey senarai menu arini camni camni, dorang alert. Memang sistematik. Kalo tempat kije laen, staf-staf kaki kipas, dekat sini bos yang kaki kipas staf-staf. Sebab dia tahu penat wehhhhh kije kedai makan, purata 500 customers sehari. Mood and welfare staf kena jaga. Setiap minggu bos masak la special menu sedap-sedap, untuk staf makan or bawak balik umah. Customers mengendeng dekat bos nak jugak rendang daging tu, nope, eksklusif untuk orang kedai sendirian berhad sahaja.
Tapi yang paling aku suka, communication. Takdenyalah nak marah-marah. Sumer benda cakap slowtalk. Hang kalo duk dalam group, mesti ada tak ngam kan? Dekat kedai ni pun sama, tapi dorang pro. Masing-masing buat kerja sendiri, tapi kalau tak cukup tangan, tolong, eventho masa tu tengah gaduh. Favourite aku, tiap-tiap ari masa kedai nak tutup, kitorang berkumpul kat meja ala-ala Knights of The Round Table kat dapur, selalu bincang ape benda tak puas hati arini. Sape lupa basuh kuali, sape tadi potong bendi ada tertinggal sebatang (aku angkat tangan), sape tadi lupa nak tutup periuk nasi, etc. Pastu kalo ada yang bad mood, kitorang suh citer, citerlah dia pasal anak dia lupa basuh kasut sekolah, kalo taknak citer takpe,tapi masing-masing remind la, hal umah tinggal kat umah, jangan nak bawak ke tempat kije nak lampias dekat orang tak bersalah. Kalau ada masalah, nak mitak tolong, nak tanya pendapat, citer.
Tapi cam bese, mentari bukan selalu ada, awan kumulonimbus datang jua. Tapi ni bukan masalah krew, tapi customers. Sekali tu, ntah dari planet sampah mana, ada la lelaki gatal merenyam datang, dah jadi regular customer. Sebabkan aku crew dapur, aku pulak jenis dalam dunia aku sendiri, aku tak amik cakna sangat pasal customers. Setiap kali sampah tu datang, Kak M yang kije bahagian dining hall selalu masuk dapur, pastu mengadu dekat kitorang pasal sampah ni selalu buat lawak lucah bila Kak M hantar minuman dekat meja dia. Tapi sampah ni ja yang buat perangai, kawan-kawan dia tak. Masalahnya, kawan-kawan dia tu ape jenis tak tegur sampah tu perangai jijik nak mati. Bos aku dah warning dekat sampah tu, buat lagi sekali kitorang halau dari kedai ni, sampah tu sengih-sengih cakap, “Eh mana ada ,saya gurau je, tu pun nak marah.” Kepala hotak kau la kan.
So satu hari, breaking point kitorang, atau lebih spesifik aku, sampah tu macam gatal semacam taw. Korang tahu tak bila manusia takleh kawal nafsu or tengah high ni camne? Sampah ni tengah dalam keadaan camtula. Tup-tup Kak M masuk dapur haa, terduduk atas lantai sambil menangis, cakap sampah tu gesel-gesel tangan dia dekat paha Kak M masa Kak M nak amik order. Aku taktau la korang pernah kena gangguan seksual tak, tapi kau tahu kan reaksi awal, tergamam otak kau beku takleh nak register what happen. Kak M camtula rasa dia.
Sampah tu pulak duduk dekat tempat strategik, dia duduk dekat dinding, so mata dia boleh tengok customers lain tengah buat apa, tangan dia pulak terselindung dengan kerusi ngan meja depan dia tu, so takde saksi. Sebab semua krew macam geram haa, nak marah sampah tu, sampah pandai menjawab, so dorang duk pujuk Kak M suh sabar.
Aku entah cari pasal ape, aku tanya Kak M, sampah tu order ape. Kak M cakap kopi o’ panas. Aku gi dekat tempat buat air, aku cakap dekat pakcik buat air tu kopi o’ panas 1, siap, aku bawak ke meja sampah tu. Kawan-kawan sampah tu tengah pilih lauk dekat section makanan. Kan aku cakap ada time orang tengah high nafsu gila ni kan, memang la tak makan saman. Muka aku ni naif kot, aku letak kopi o’ tu, dia gi raba punggung aku. Kalau pompuan lain, tergamam la kan. Kes aku ni pulak, dah la tengah proses nak sembuhkan mental, jiwa takde, separuh suicidal pulak tu. Ape budak-budak emo skang cakap, mental koyak hati rabak? Haaa, camtulah state aku masa tu.
Aku pulas tangan kanan dia yang meraba tu dengan tangan kiri aku, aku amik cawan kopi tu dengan tangan kanan aku, kopi panas tu aku simbah dekat anu dia, lelaki tu menjerit, aku hempuk kepala dia dekat meja 2-3 kali (fikir balik, patut hempuk dia lagi banyak sebenarnya).
“KAU APSAL RABA PUNGGUNG AKU, SETANNNNNN!!!! KAU GILA SEKS SANGAT KAU PEGI JUMPA DOKTOR LA!!! KAU NAK AKU KERAT ANU KAU?!!!! KAU DUDUK SINI DIAM-DIAM, KAU CARI PASAL SANGAT KAN, AKU PEGI AMIK PARANG!!!!”
Aku memang pegi amik parang betul la dekat dapur, sampah tu lari terkocoh-kocoh ke kete dia, vroom berasap jalan ngan asap ekzos kete dia tu. Customers yang lain-lain ternganga. Aku masuk dapur letak balik parang tu. Makcik dapur sorang ni pegi amik teh o’ beng faveret aku, tepuk-tepuk bahu aku, suh minum sejukkan badan. Bos aku tenangkan customers kat lua, takde pape, leklek.
So kes tu jadi serius jugak la, sebab sampah tu masuk hospital disebabkan “kecederaan serius di bahagian sulit.” Sori, aku nak gelak sekejap. So jadi kes polis jugak la. Aku balik kije tu, mak aku dah kol siap-siap bapak aku, suh inform lawyer famili kitorang. Tapi, surprise, 3-4 orang staf pompuan dekat tempat kije sampah tu volunteer jadi saksi untuk defend aku, dorang siap pegi balai polis la untuk bagi keterangan. So turns out, dekat tempat kije dorang pun kena dengan sampah tu. Krew kedai toksah cakap la, siap gi rombongan ke balai polis nak defend aku. Makan masa jugak nak setel, sebab main dengan polis, mahkamah lagi, hospital, pastu pulak bini sampah tu tuduh pompuan-pompuan ni yang goda husben sampah dia, lolollll. Tapi nama aku bersih la. Sampah tu memang tak jejak la kedai tu, kawan-kawan dia ada ja datang, tapi masing-masing tunduk ja bila nampak aku.
2-3 hari lepas insiden tu, customers kurang la, yela, aku bawak kua parang kot. Tapi lepas citer sebenar tersebar, eh-eh, bertambah ramai pulak customers. Kalo sebelum ni, customers laki lagi banyak, 70% la, tapi lepas tu, balance plak, makin ramai plak customers pompuan datang. Mungkin dorang tak selesa sebab ramai laki, tapi lepas citer kedai kitorang ni fight sexual harrasment, dorang dah berani datang dah. Aku plak dapat nickname adik tough, customers panggil aku akak taff, adik taff, taff. Lantakla kan.
Konklusinya:
1) Aku baca komen2 kat artikel aku kat IIUMC facebook, ada komen dorang pun penah kena sebab toksik workculture, jujur cakap aku rasa comforted sebab buat aku sedar bukan aku sorang yang penah kena tapi bukan bererti aku lega korang kena, siyes tak. Sebab benda ni traumatizing. Yang masih lagi fight sebab trauma tu, hang baca mantra ni, “It’s never you, it’s them.” Aku nak ingatkan korang, pape yang manusia toksik tu buat, itu cermin hati dan otak dorang, penuh dengan lendir-lendir najis busuk toksik. Jauhkan diri daripada manusia camni. Tapi kalau makin lama korang hidup, manusia toksik ni still lagi dalam hidup korang, chance is, korang pun bersalah jugak. It takes two to tango. Kau kena ada active effort untuk remove dorang. Ada sebab dorang masih lagi berlegar-legar merosakkan hidup korang sampai skang.
2) Aku nak ingatkan la, manusia-manusia yang takleh kawal nafsu ni, pegi la jumpa doktor. Ada rawatan dia. Jauhkan la dari buat benda-benda yang boleh buat korang high semacam tu, Tolong la jangan buat habit tengok porno on daily basis, korang akan kena bad long-term effect nanti.
3) Kalau ada yang komen acah-acah alim tu nak salahkan pemakaian kitorang, aku pakai baju labuh, seluar tak ketat, tudung labuh tutup dada. Kak M pakai baju kurung tak berbayang, tak ketat, tudung labuh tutup dada. Tapi biasala kan, kalo dah namanya spesies misogyny, semuanya salah pompuan. Ade la cakap, lenggok badan tu camne, suara tu gedik ke, whatever la kan, aku harap muka korang kena seret dengan kulit durian la kalo serba-serbi nak salahkan pompuan.
4) So start dari aritu la kot, aku dah berani speak out. Hehehe.
5) And disebabkan Dream Team ni, aku punya standard untuk environment kije pun tinggi, tapi still realistic sebab macam aku cakap, kat mana-mana pun ada sampah toksik. Aku bersyukur la kan jumpa dorang, aku stay dalam 2 tahun jugak, tapi pastu aku dapat kije yang aku boleh utilize skills aku masa uni dulu. Tapi jasa dorang memang tak terbalas la, sampai sekarang aku keep in touch lagi dengan dorang.
6) Korang kan, kalau once in a lifetime korang jumpa Dream Team ni, perasaan tu taktau nak cakap ape. Korang punya semangat tu lain macam, semangat nak gi kije, ada krisis pun takpeee, korang setel sama-sama, through times, korang dapat baiki mana yang kurang, sebab dorang ni sangat positif bersinar-sinar berpinau mata. Last-last kau jadi manusia baik yang kau takleh bayang pun kau mampu jadi. Tapi ape yang penting, diri tu pun kau kena usaha baiki. Takde guna kau surround dengan orang-orang shine bright panchar-panchar ni tapi kau static tak buat pape. Move.
Sekian, terima kasih.
– Ayam Kampung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit