Pengalaman Kerja Dobi

Melihat kedai dobi yang kebelakangan ni dipenuhi manusia, buatkan aku teringat zaman kerja kilang dobi dulu.

Kilang dobi ya, bukan kedai dobi. Sebab kilang ni memproses linen daripada hospital kerajaan dan swasta. Selain tu pelanggan kilang ni termasuk juga hotel, hostel dan homestay.

Hari ni aku nak share serba sikit proses macam mana linen daripada hospital dibasuh. Sesiapa yang pernah bermalam di wad hospital kerajaan mesti akan pakai baju pesakit kan. Kalau hospital swasta aku tak sure ada baju pesakit jugak ke? Sebab seingat aku tak ada.

Anyway baju pesakit tu biasanya kita akan tukar bila lepas mandi. Then kita akan letak dalam bakul/ beg yang disediakan. Kalau baju kat wad biasa, selalunya diletakkan beg putih.

Selain baju, linen lain seperti cadar, selimut, alas tilam dan sarung bantal pun akan diletak dalam beg putih juga.

Beg putih ni maksudnya linen yang kategori kotor ringan (lightly soiled). untuk linen wad yang ada kotor lebih sikit macam darah, muntah dan najis biasa nya diletakkan dalam beg merah. Sepatutnya lah begitu. Ni bagi memudahkan proses basuhan.

And then ada satu beg lagi which is green bag. Ini isinya linen daripada operation theatre (OT), bilik pembedahan di mana linen ni biasanya heavily soiled.

Tahu-tahu jelah darah daripada pembedahan tu banyak mana kan. Dengan alas pesakit lagi, doctors’ garb lagi terpercik darah. Bukan kaleng-kaleng kotornya.

So kesemuanya beg ni sepatutnya dikutip setiap hari oleh petugas wad, menggunakan troli besi yang khas untuk linen kotor.

Dan laluan koridor untuk linen kotor ni sepatutnya kena ada laluan khas. Tak boleh guna laluan yang org ramai guna ataupun laluan di mana linen bersih diangkut.

Ini termasuk juga lif. Kena guna lif yang khas yang direct ke loading bay. Ni untuk elakkan cross contamination. Sebab linen ni kotor bukan beshe-beshe. Linen kotor ni ada kuman yang berbahaya kalau disentuh pesakit.

Lori daripada kilang dobi akan tunggu di loading bay. Troli dengan linen kotor akan ditimbang sebelum dimuatnaik ke lori. Nanti akan ditolak dengan berat linen bersih.

Hasil perbezaan berat tulah yang akan menentukan berapa bayaran daripada pihak hospital kepada kilang tempat aku kerja. Aku tak surelah berapa ringgit sekilo pada masa tu.

Lori akan angkut linen kotor tu ke kilang. Oh ya, linen tu dimuatnaik dengan troli besi sekali tau. Bukan lah diangkat satu persatu beg nya.

Ini untuk kurangkan risiko jangkitan kepada pemandu/ kelindan lori dan memudahkan pergerakan juga. Di kilang, troli tu akan diturunkan di kawasan khas untuk sorting.

Proses sorting ni bermaksud setiap beg dibuka satu persatu untuk diasingkan linen mengikut jenis. Baju pesakit, selimut, alas tilam, etc yang telah aku senaraikan awal tadi.

Proses sorting adalah secara manual saja di mana kudrat manusialah yang diperlukan untuk angkat setiap satu beg dan bongkarkan semua linen tu.

Kami kena pakai PPE yang betul sebab risiko jangkitan sangat tinggi. Dan juga kena kental menahan isi perut daripada terkeluar bila menghadap bau dan ‘harta karun’ yang kami jumpa dalam linen tu. Bayangkan baju harian rumah yang anda pakai, berpeluh sakan.

Digumpal-gumpal seharian. Kemudian time nak masukkan dalam mesin basuh, bayangkan bau dia macam mana. Haaa… yang aku cerita ni linen hospital tau. Segala macam kotoran badan manusia ada pada linen tuh. Kental tak kental lah kami ni menghadapnya. Hahaha.

Lepas sorting, linen kotor akan dimuat ke dalam mesin basuh heavy duty. Standard mesin kilanglah ye. Bukan macam mesin basuh rumah atau kedai dobi tu.

Dan linen tu dibasuh menggunakan chemical khas untuk pastikan kotoran tu semua hilang. Tak boleh guna sabun basuh/ sabun serbuk biasa.

Then lepas siap basuh, linen akan dikeluarkan dan dimuatkan ke dalam dryer juga. Ini satu lagi proses yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Sebab kain basah akan jadi amat berat gais. Dah lah kain tu semua berpintal lepas melalui proses spin.

Mesin basuh dan mesin dryer adalah 2 mesin yang asing dan proses memindahkan linen antara mesin-mesin ni adalah secara manual juga.

Memang sado lah aku buat kerja-kerja ni.

Selepas drying, linen tu akan dikeluarkan dan di lambak atas meja/ pelantar khas yang bersambung dengan iron/ seterika besaaaar. Proses ironing ni bagi memastikan linen betul-betul kering dan licin. Barulah cantik dan kemas bila linen tu dilipat.

Iron besar ni merupakan mesin yang berukuran beberapa meter lebar yang boleh iron selimut/cadar terus. Tapi cabarannya ialah kami kena letak sekeping demi sekeping setiap cadar, selimut, baju etc ke atas mesin tu.

Selain tu kami kena tahan haba panas daripada mesin semasa buat kerja ni. Disebalik mesin ni ada lagi meja/ pelantar khas untuk proses lipat juga. Dan ya kami lipat manual satu demi satu linen ni semua. Mesin lipat baju belum dicipta lagi.

Linen yang bersih dan siap di iron akan dilipat dan diasingkan ikut jenisnya. Paling renyah bagi aku lipat baju baby. Rasanya mak-mak fahamlah ni. Hahahaha.

Untuk para mak, bayangkan timbunan baju di rumah anda tu… dan sila gandakan dengan beribu-ribu.

Sebab 1 hospital kerajaan yang hantar linen kat kami, untuk sehari, berat linen nya boleh capai 10 tan sehari. Dan kilang ni memproses linen daripada beberapa hospital setiap hari. Ya sila bayangkan timbunan linen yang infiniti untuk dilipat.

Lepas dilipat, linen akan diikat ikut jenis DAN saiz. untuk hospital swasta, doctor’s garb ada berlainan saiz dan warna. Semuanya akan diasingkan mengikut jenis. Baju with baju, seluar, etc.

Lepas diikat, linen bersih akan dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dimuatkan ke dalam troli besi yang khas untuk linen bersih.

Sepatutnya troli linen bersih tidak boleh sama dengan troli linen kotor. Oh ya, sepanjang proses membasuh linen ni daripada sorting hingga melipat, sepatutnya laluan linen kotor dan bersih tak boleh bersilang.

Lori juga perlu dibasuh dan perlu sanitation SETIAP kali turunkan linen kotor. Sepatutnya lah.

Selepas tu, linen bersih dan troli akan ditimbang dikilang, berat nya direkodkan ke dalam delivery order. Dan lori akan hantar linen bersih ke hospital semula. Sesambil tu akan bawa balik linen kotor.

Dan berulanglah proses ni daripada awal cerita tadi. Semua ni berlaku kurang daripada 24 jam. Dan ada banyak trip ulang alik ke hospital dalam sehari.

Banyak aku guna perkataan ‘sepatutnya’. Sebab itu SOP yang perlu dipatuhi, daripada KKM.

Tetapi….. biasalah. Mana yang boleh tipu or skip… langgar je. Semua kilang pun macam ni. yang indah tu on paper saja. Atau time auditor melawat. Hahahahaha. Ok lah jejari aku yang runcing pun dah penat menaip.

Sekian.

Byeeeeee.

– tukang dobi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *