Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-kerja-dobi/).
Hai kita bersiaran lagi di episod 2, dan harap ini yang terakhirnya. Aku terharu dan tak sangka ada antara komen korang yang anggap pekerja macam kami ni hero.
Kalau coworkers yang lain baca, mesti diorang lagi semangat nak kerja. Terima kasih daun keladi. Semoga tuhan pulangkan kembali kepada korang yang baik hati.
Episod 2 ni tujuannya nak cerita beberapa details yang tak dapat aku tulis dalam cerita yang lepas, sebab aku ghisau jadi panjang sangat then korang komen, “panjang sangat cerita, bosan baca”… sobs.
Selain tu aku harap dapat bagi sikit awareness berkenaan bekerja dengan amanah.
Aku buat point form bagi mudahkan huraian.
1. Kilang dobi di Malaysia.
Masa zaman aku kerja, KKM bagi tender uruskan linen kepada companies yang terlibat dengan non clinical support kepada healthcare ni, mengikut zon.
Maksudnya di semenanjung, zon utara ada 1 company yang uruskan linen. Zon selatan, timur, company lain. Sabah dan Sarawak company lain pula.
Companies ni seingat aku tidaklah menguruskan linen secara terus tetapi mereka akan cari sub-contraktor iaitu kilang-kilang dobi yang ada dalam zon mereka. Contoh aku di zon utara, KKM bagi tender linen kepada company A.
Then mungkin company A ada buka bid untuk kontrak so bos kilang perlu approach company A. Kalau dapat kontrak tu, company A akan tentukan pelanggan untuk kilang kami, harga dobi untuk sekilo dan juga tempoh kontrak.
Untuk hospital swasta, kami cari pelanggan sendiri dan sign kontrak direct dengan pihak hospital tersebut.
Pesanan khidmat masyarakat kepada kakitangan lhdn bahagian duti setem…. kalau ada pelanggan yang nak matikan setem, tolong semak betul2 agreement yang dibawa.
Kontrak/ Perjanjian yang sepatutnya kena duti setem beribu, tetapi boleh jadi beberapa ringgit je. Sebab bahagian detail harga/ bayaran dalam perjanjian tu dihilangkan demi nak jimatkan duit matikan setem. Hashtag true story.
2. Harta karun dalam linen.
Tbh pengalaman aku di bahagian operator/ floor tidaklah banyak. Cuma setakat darah, najis, dan muntah dalam linen tu benda biasa. Kalau jumpa najis, semua bertebaran lari dulu. Sebab bau dan rupa dia. Kemudian tu baru datang hadap balik. Hahaha.
Selain tu dalam ot linen biasa jumpa gunting yang pelik2 rupanya. Mangkuk bentuk ginjal. Penyepit panjang2. Dan beberapa lagi barang besi dan kaca yang aku tak tahu nama. Pernah juga jumpa staff card dan pendrive.
Masa proses sorting, linen patut dibuka/ dikirai/ dikibas sehelai demi sehelai untuk elakkan bendasing ni termasuk dalam washer. Tapi tulah.
Bila dah menghadap beribu kilogram kain, manusia ni hanyalah insan lemah. Benda2 tu akan terlepas pandang jua. Bila masuk washer, of course rabak kain2 yang lain.
Itu yang jadi linen reject, atau kalau terlepas qc, bila staf hospital buka lipatan linen jumpa lah koyak rabak tu. Bisinglah pihak hospital kepada pihak kilang.
3. Linen reject/ hilang.
Contoh hospital hantar 200 helai sarung bantal. Bila linen bersih dipulangkan, ada 190 helai sahaja. yang lagi 10 helai tu mungkin kena reject atau hilang. Ada beberapa sebab linen di reject.
Mungkin rosak akibat barang tajam macam point di atas, atau rosak sebab tersepit dalam washer/ dryer/ iron, atau kotoran tak hilang. Kalau disebabkan kotoran, linen tu akan dimasukkan dalam cycle basuhan yang seterusnya dan dipulangkan kemudian.
Kalau rosak teruk sangat, kilang aku kerja tu biasanya buang je linen tu. Lagi sekali, bisinglah pihak hospital kepada pihak kilang.
Kemungkinan kedua linen hilang ialah sebab memang hilang dalam proses basuhan. In an ideal world, proses basuhan sepatutnya dibuat untuk satu customer demi satu.
Tetapi dalam dunia nyata, semua benda kalau boleh nak save. Nak jimat kos, tenaga dan masa di samping mengaut untung yang maksimum.
Memang ada kejadian 1 washer/ dryer dicampur dengan linen daripada customer lain. Bila linen yang bercampur tu dikeluarkan dan dilambak atas pelantar, tak hairan lah kalau ada linen yang tak cukup dipulangkan kepada customer kan.
Mak-mak kita pun kadang2 ada tersilap simpan baju kita dengan baju abang/adik kita. Ini pula kain customer yang beribu-ribu lemon banyaknya. Hahaha. Nanti, jangan kecam dulu. Baca duluan.
4. Bau bauan linen bersih.
Ada bau taik? Ya ni kerana washer tu disumbat selagi boleh. Sepatutnya (word feveret aku) washer boleh dimuatkan setakat 3/ 4 penuh saja supaya linen boleh berpusing dan menari dalam tu sesambil membersihkan diri.
Tapi tulah. Nak kejar production target punya pasal. Jadi quantity over quality.
Dah penuh2 dalam tu, macam mana linen nak spin dengan elok. Setakat dipusingkan ikut mesin tapi tak dibolak balikkan. Jadi kotoran tak begitu hilang.
Maka linen yang tak berapa kotor pun akan terpalit sama dengan linen kotor. Bila masuk dalam dryer, melekatlah bau nya. Jadi next time korang pakai baju hospital, sila ingat yang nampak bersih tu mungkin hanya superficial (insert emoji gelak jahat).
5. Macam mana rupa mesin iron besar yang ni korang boleh google flatwork iron. Lebih kurang macam tu rupa dia tapi kilang aku ni mesin lama.
Banyak juga linen yang terkena kesan karat bila masuk mesin ni. Jadi linen reject. Dan juga, bisinglah pihak hospital kepada pihak kilang bila dpt linen macam ni.
6. Sanitation/ sterilization.
Seumur aku kerja di situ, tak lama sangat tapi seumur aku di situ, takde aku nampak sterilization dibuat pada lori2 atau troli yang terlibat.
Basuh lori yang biasa2 tu ada tapi semburan anti kuman tak ada. Basuh lori pun sepatutnya setiap hari tetapi…….
Seperti yang aku tulis di awal tadi, tujuan aku cerita ni semua ialah nak bagi sikit awareness berkenaan bekerja dengan amanah.
Aku bukan pekerja floor/ operator. Aku cuma management yang sesekali turun floor untuk beramas mesra dengan diorang dan memahami apa keperluan diorang.
Itu yang pengalaman kerja floor aku kurang. Aku dah resigned. Salah satu sebab ialah aku diajar untuk tipu lab test sekaligus tipu report yang dihantar ke pihak hospital. Sedangkan pihak hospital bersungguh2 pantau SOP linen.
Aku harap untuk mereka yang terlibat dengan audit, korang boleh pantau kilang2 macam ni dengan lebih ketat. Semaklah jawatankuasa keselamatan diorang, hostel pekerja, water sample, prosedur microb test, prosedur kerja dan waste management.
Buat lawatan mengejut, tengok behind the scene dan behind the machine (no pun intended). Dan area sekitar kilang. Linen yang hilang tu mungkin boleh dijumpai di situ.
Aku minta maaf andai mengaibkan sesiapa. Bukan niat aku macam tu. Tapi kita bekerja dan makan duit hasil kerja tu. Untuk pihak majikan, terima kasih atas pengalaman yang tak dapat aku beli di mana2.
Cuma aku simpan kenangan apa yang anda buat pada aku, mudah mudahan jadi saham aku di sana :)
Sekian.
– Tukang dobimu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit