Pengalaman Kerja vs Sambung Master

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam.

Kisah yang aku nak share ini adalah berkisar tentang pengalaman hidup aku setelah sambung master dan bekerja di syarikat swasta.

Pilihan hidup aku amat berbeza dari majoriti pelajar kejuruteraan yang lazimnya memilih untuk terus bekerja sejurus tamat pengajian sarjana muda. Tapi aku memilih untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana kerana ia adalah impian aku dari kecil lagi.

Bila masuk master ni, suasana dia lain. Ramai pihak menggembar-gemburkan yang hidup seorang pelajar master ni membosankan. Tapi, tak semestinya 100% benar.

Bila anda buat Sarjana, banyak benda baru yang anda perlu belajar sendiri. Skill yang anda perlu ada untuk survive this game adalah cari cara untuk faham dan tackle semua soalan yang bakal muncul di benak fikiran. Bunyi macam senang, tetapi sangatlah sukar.

Ada pelajar yang berputus asa kerana tidak mampu melalui “ujian” ini. Ada yang hanya beri alasan untuk berkahwin dan berhenti di tengah jalan setelah 2 tahun memerah keringat. Sayang sekali! Tetapi itu pilihan dia, siapalah kita untuk menghalang.

Baik berbalik pada cerita kita, skill critical thinking ini sangat diterapkan untuk pelajar master supaya ia menjadi kayu ukur dan pemisah antara pelajar degree dan master.

Kemudian, selesai pengajian master, aku dipanggil untuk satu temuduga tapi jawatan tersebut adalah untuk pelajar degree (fresh grad). Aku cekalkan hati untuk mencuba.

Pada mulanya aku dipandang sinis dan HR menyatakan aku “overqualified” untuk kerja ni. Tapi aku berjaya meyakinkan mereka untuk menerima aku untuk berkhidmat di sana.

Bermula dari bawah mestilah ada cabarannya, bukan? Aku merupakan pengganti kepada si A. Dalam tempoh yang singkat, si A terpaksa memberikan “quick guide” kepadaku sebelum melepaskan jawatan tersebut. Sebenarnya kerja ini bukanlah bidang yang aku ceburi, dan banyak yang perlu aku belajar.

Si A memandang sinis akan kebolehanku dan pernah berkata “kau kena cepat sikit. Macam mana kau nak ganti aku kalau slow macam ni?” Aku pekakkan telinga dan senyum sahaja.

Si A pun letak jawatan dan aku berusaha untuk memahami apa yang aku perlu buat untuk terus memberikan standard kerja yang diinginkan.

Manager memang ramai, tak dinafikan ada yang berpengalaman lebih 20 tahun. Bila diajak berbual, pasti kedengaran soalan yang bertanya tentang pengalamanku di industri. Aku mengakui aku “zero experience” di industri.

Semakin lama aku disini, semakin aku memahami apa masalah-masalah yang dihadapi. Semuanya pattern sama. Berulang. Dan walaupun berkali-kali berlaku tetap tak ada penambahbaikan dari apa segi sekalipun. Bila meeting, hanya untuk mencari kesalahan orang lain.

Semua bersifat lepas tangan. Sikap ini menyebabkan kerugian syarikat. Aku orang baru, tak perlu lah bersuara lantang tentang hal ini. Namun, orang yang bertaraf “pengurus” pun masih takut untuk mengambil risiko dalam skop kerja sendiri. Pengalaman? 20 tahun katanya.

Walaupun task yang mudah, tetap tidak mampu untuk laksanakan. Tetapi biasalah, alasan pengalaman 20 tahun lebih bernilai dari pandangan seorang graduan macam aku. Di sini perlunya skill critical thinking. Bagi aku inilah kelebihan orang yang ambil master.

Tiada niat untuk meninggi diri, tapi aku jemu membaca “ambil master tiada faedah, pengalaman lagi penting”. Ya, pengalaman penting. Dan skill-skill lain juga penting. Soft skill, critical thinking skill, writing skill, marketing skill. Dan banyak lagi skill yang tak perlu diterangkan panjang lebar disini.

Bagi aku, masing-masing ada kelebihan sendiri dan aku rasa tak adil jika orang mengadili pelajar lepasan sarjana sebagai suatu perbuatan yang sia-sia dan buang masa.

Nak dapat master bukanlah semudah “provision 3 bulan dan kerja tetap”, ada orang 2 tahun, ada orang 4 tahun, ada orang 8 tahun. Yang ambil master sahaja tahu jerih peritnya.

Kesimpulannya, aku hanya berharap jika si pembaca berminat untuk sambung master, atau ada ahli keluarga yang berminat untuk sambung, aku menyokong sepenuhnya. Pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, begitu juga dengan “skill”!

– Scofield (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *