Pengalaman Kunyah Tebuan

Assalamualaikum.
Hai semua. Terima kasih kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan. Nama aku Nana, umur 21 tahun. Aku terpanggil untuk cerita kisah aku ni sebab baru2 ni kecoh pasal budak sekolah kat Terengganu keracunan makanan sebab makan sandwich telur tu. Aku tak faham kenapa pihak sekolah, kantin dan sebagainya ambil ringan je pasal kebersihan makanan. Kalau tengok tajuk aku, mungkin korang akan rasa geli dan loya tekak kan? Ye, memang betul aku pernah ada pengalaman terkunyah tebuan. Cerita ni berlaku 6 tahun lepas, masa aku berumur 15 tahun.

Dari aku form 1 sampai form 5, aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di Pahang. Mula2 aku tak nak masuk sekolah asrama tu sebab aku ni anak bongsu so agak manja sikit lah. Tapi disebabkan abah aku ni tegas, jadi aku terpaksa turutkan. Back to the story, aku dengan kawan2 aku ni setiap kali nak makan di dewan makan mesti kena cukup korum baru gerak pergi makan. Geng aku ni 7 orang termasuk aku.

Kejadian tu terjadi masa kitorang pergi makan malam dalam pukul 6.45 petang. Aku dah tak berapa ingat apa menu kat dewan makan masa tu, tapi yang aku paling ingat SAYUR KANGKUNG GORENG!! Kitorang lepas ambil makanan tu, macam biasalah terus pergi ambil air minum and duduk kat meja. Kitorang pun lepas baca doa semua, makan lah macam biasa. Masa tengah makan tu, aku langsung takde rasa was2 kat makanan aku. Tapi masa suapan nasi dengan sayur kangkung (tak ingat dah suapan ke berapa), tiba2 aku terkunyah sesuatu yang rangup!!! Aku dah macam pelik dah sebab aku cuma ambik nasi dengan kangkung je time tu takkan lah boleh ada rase crispy2 gitu. Hahaha.

Jadi aku kunyah slow2 sambil rasa2 sikit apabenda makanan yang aku kunyah tu. Wehh tiba2 benda tu aku rasa macam lain macam wehh. Rasa dia pelik sangat2 and sumpah aku tak pernah rasa makanan sepelik tu. Aku pun dah tak hirau dah kawan2 aku tengah makan dengan selera ke apa time tu. Aku terus keluarkan balik semua isi dalam mulut aku tu. Tak cukup dengan tu, aku ambik air pastu kumur2 aku ludah je dalam tray tu (budak asrama memang makan nasi dalam tray). Masa tu kawan2 aku semua tak tahu cerita, and diorang marah gila kat aku sebab aku buat macam tu. Yelah, siapa tak marah kan, kau tengah syok makan tapi ada orang buat aksi jijik depan kau. Aku pun cakap kat diorang, aku rasa aku terkunyah benda pelik. Sekali bila aku kuis2 balik makanan yang aku kelurkan tadi, memang aku terkejut tengok sebab rupa dia macam tebuan. Bila aku belek2 lagi, ye memang sah tebuan sebab nampak dia punya belang2 oren tu. Terus aku menangis gila2 weh! Kawan2 aku yang geli pun keluarkan balik nasi dalam mulut diorang.

Lepas tu, aku tak report dah kat makcik dewan makan tu. Aku terus bawak tray pergi bilik warden. Aku menangis2 ketuk pintu bilik warden ngan geng aku. Warden pun keluar, aku terus cerita hal sebenar kat diorang. Cikgu katy ngan teacher mas nama warden tu. Masa tu teacher mas tenangkan aku, dia kata kat aku jangan nangis. Gila woi aku tak menangis kalau dah binatang ada sengat tu kau hampir nak telan. So lepas tu kitorang pun gerak ke dewan makan, cikgu katy cakap dengan makcik dewan makan tu. Tapi boleh pulak makcik tu buat muka tak bersalah and cakap tak tahu menahu pasal tu. Dia kata mungkin tebuan tu termasuk kot dalam kangkung tu tak perasan. Aku tahu sangat dewan makan tu memang sambil lewa je buat kerja. Ni mesti kes lauk tak bertutup sebab tu boleh tak sedar ada tebuan hinggap ke apa.

Dewan makan tu, memang kesian aku tengok students termasuk lah kesian kat diri aku sendiri. Dia punya tray yang dah basuh untuk kitorang pakai pun bukan main kotor. Dah basuh tapi ada lagi sisa2 makanan lekat kat tray. Cawan sudu pun berminyak2. Sampai kitorang nak pakai pun kena basuh sendiri kat sinki sampai bersih. Kes jumpa telur lalat tu tak payah cakap lah. Siap pernah ada ulat sampah lagi dalam lauk. Dengan makcik dewan makan pun pilih kasih. Tak semua lah tapi ada sorang dua yang macam tu. Dengan budak perempuan marah2, semua tak kena. Dengan budak laki boleh je senyum2 bermesra.

Keesokan harinya pulak, aku pun ajak sorang geng aku teman pergi jumpa GPK HEM, Ustaz Husin nama dia (bukan nama sebenar). Masa aku form 2, kitorang belajar subjek pendidikan islam ngan ustaz ni lah. So dah biasa jugak dengan ustaz ni. Masa tu, aku pun cerita lah pasal kejadian menimpa diri aku tu. Tapi kau tau tak apa respon Ustaz Husin tu cakap kat aku???? Dia cakap macam ni “Alah biasalah tu benda2 macam tu. Kamu ni manja sangatlah. Tebuan je” pastu dia gelakkan aku sinis sambil sengih2 lagi lepas tu. Memang aku dah bengang gila sebab dia boleh cakap tu TEBUAN JE??? Aku ingatkan aku report tu nanti cikgu akan ambil tindakan kat kontraktor dewan makan ke apa, tapi sudahnya aku yang kecewa.

Sumpah aku memang terkilan gila ngan cikgu2, kes aku ni diorang buat bodoh macam tu je. Masa tu pun aku boleh tahan lembab, aku tak cerita pun kat mak bapak aku even adik beradik aku sekalipun. Konon2 aku taknak diorang risaukan aku nanti susah2 nak datang melawat aku. So lepas dari tu, memang kes aku senyap macam tu je. Tapi masa perhimpunan hari isnin tu, adalah guru bertugas membentangkan pasal kes aku ni kat laporan dia, tapi jadi bahan gelak je satu dewan. Aku memang bengang dan terkilan dengan pihak sekolah, sebabnya kes terkunyah tebuan ni macam remeh je bagi diorang. Buatnya aku time tu terkunyah dia punya sengat and tertelan, agaknya apa jadi kat aku? Tu mujur sangat je aku terkunyah bahagian badan dia. Aku rasa ni, kalaulah aku ni anak cikgu kat sekolah tu, dah lama dah dewan makan tu diambil tindakan. Tapi sebabkan mak bapak aku bukan siapa2 dalam sekolah tu, diorang pun malas nak ambik port.

Ni bukan sekali ye aku alami kisah kotor dengan makanan. Masa aku sekolah rendah dulu pun ada jugak jadi macam ni. Masa aku darjah 6 tu, kawan aku nama dia Nadia, dia beli nasi lauk ayam goreng and sambal. Kau tahu tak, ada lipas dalam sambal dia memang terang2 takde rasa sangsi bahawa itu memang lipas. Sebab rupa lipas tu masih sempurna takde cacat cela. Kawan aku ni baik, dia taknak bagitau cikgu. Tapi aku geram, aku bawak jugak pinggan dia tunjuk kat sorang ustazah ni. Masa tu ustazah tu baru keluar dari bilik makan cikgu. Tapi reaksi ustazah tu dia cakap macam ni je, “eei lipas, yekk” sambil tergeliat2 konon menunjukkan kegeliannya yang amat kat lipas and blah macam tu je tinggalkan aku terkulat2 kat situ.

Aku memang tak faham cikgu2 ni memang tak prihatin langsung bila students laporkan kekotoran kantin and dewan makan. Kalau anak cikgu yang terkena mungkin heboh masuk berita kot. Aku bukan nak memburukkan cikgu ke apa, tapi at least bila budak dah laporkan tu, take action lah. Bukan nak tolong, tapi siap boleh gelak2 kan lagi. Ingat kelakar ke kunyah tebuan, ada lipas dalam sambal?? Nak tunggu budak keracunan masuk berita dulu baru nak tunjuk keprihatinan kat tv? Sorry aku bukan nak bash cikgu, aku tahu memang ramai cikgu yang prihatin tapi disebabkan segelintir cikgu buat perangai macam tu, tu yg buat aku geram, sedih, kecewa. Nasib baik aku budak mentah lagi masa tu, kalau aku dah tahu prosedur2 dia, dah lama aku call kementerian kesihatan. Biar serta merta dewan makan and kantin tu kena sita. Aku kisah apa, kau yang tak jaga kebersihan siapa suruh. Nak untung tapi kebersihan zero. Banyak lagi kisah2 kotor kantin dan dewan makan sekolah ni, tapi malas nak cerita sebab tu kisah orang lain yang diorang cerita kat aku. Cukup lah aku cerita pasal kisah aku je. Aku rasa sampai sini sahaja penulisan aku. Aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa dan marah kat aku. Dan sorry jugak kalau ayat aku berterabur. Sekadar nak berkongsi pengalaman dan kekecewaan je. Terima kasih.

– Pengunyah Tebuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit