Pengalaman Lelaki Lembut

Selamat sejahtera para pembaca, saya berumur 18 tahun dan secara terangnya saya lelaki lembut.. Pengalaman yang saya ingin bawakan ini sedikit mengganggu jiwa saya sebab terlalu perit untuk ingat.

Sejujurnya saya pernah terlintas nak tukar jantina.. Tapi!! Ini bukan sebab saya rasa nak jadi perempuan, cumanya saya sering diejejk pondan dan membuatkan saya terfikir,

“Kalau aku jadi pondan, dan orang panggil aku pondan, jadinya kenapa aku perlu sakit hati bukan?”.

Bersyukur sangat saya dapat kawan-kawan yang sama-sama lembut selalu ingatkan saya hukum ubah fizikal dalam islam dan mereka cakap, kalau ubah fizikal semua bukan atas kehendak dan kemahuan sendiri akan buatkan saya menyesal.

Sewaktu kecil, saya sering diejek oleh kawan-kawan (bukan lembut), adik-beradik dan sedara-mara. Pernah sewaktu itu saya berumur 6 tahun ada 3 perkara yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini.

Peristiwa 1:

Saya sering dipulaukan jika pulang ke kampung, pernah sekali tu, saya duduk di ruang tamu, dan pak cik2 saya jadikan kelembutan saya sebagai bahan lawak dan ejekan. Ditambah lagi api dan minyak oleh adik-beradik dan sepupu yang lain.

Sewaktu itu, ibu saya ada di tangga sebelah ruang tamu. Saya hanya mampu pandang mata dia dalam-dalam. Yang saya hanya rasa ialah sebuah perasaan ‘kecewa’.

Barangkali dia merasakan saya ini memberi nama buruk pada keluarga. Saya harapkan dia dapat peluk saya dan tenangkan gelora yang saya hadapi sewaktu itu.

Tapi kadang kala, mengharap itu lebih menyakitkan…

Peristiwa 2:

Ada seorang pak cik di pertengahan umur 40 datang kepada saya dan tanya saya,

“Awak dah besar nak jadik apa?”.

Dengan bangganya saya jawab,

“Saya nak jadi cikgu atau peguam atau tukang masak”.

Pakcik itu hanya gelak kosong, dan dia respon,

“Orang lembut macam awak tak layak kerja kerajaan atau kerja tinggi-tinggi, memalukan orang je nanti.”..

Saya terkejut dan tanya semula untuk menghilangkan gelora yang terbina,

‘Habistu saya boleh jadi apa je?”

Dia jawab, “Awak…. awak.. hanya boleh jadi tukang solek artis atau pereka fashion atau penjual badan macam pondan jalanan”..

Dia respon dengan gelak tawa kecil seperti dia berlawak, tapi saya tak mampu lupa betapa sedihnya saya waktu itu hingga hari ini.

peristiwa 3:

Cerita ini paing pedih untuk diimbau. Saat saya masih 6 tahun, saya tidak tahu mencari kawan kerana setahu saya, saya hanya membawa keburukan pada orang.

Suatu hari, ada seorang sepupu (waktu itu dia berumur 14 tahun) secara tiba-tiba ajak saya bermain bersama di bilik dia. Waktu itu saya tinggal di rumah makcik saya atas sebab tertentu.

Pada awalnya, kami hanya bermain mainan ultraman, dan selepas sekian masa, dia suruh saya tidur di atas katil dia. Saya pelik, tapi turut kan sahaja sebab saya rasa dia betul-betul nak kawan dengan saya.

Sewaktu saya sedang tidur dalam keadaan meniarap, saya rasakan bahagian dubur saya sangat sakit. Saya toleh ke belakang dan saya perasan, sepupu saya sedang bogel.. Saya cuba bangun.. Tapi, saya tak tahu kenapa badan saya sangat berat dan sakit untuk gerak.

Dia tekan kepala saya paksa saya tidur.. Saya hanya mampu pejakan mata sebab terlalu takut dan dia terus dengan nafsunya meliwat/ merogol saya..

Saya cuba beritahu kepada beberapa orang, tapi mereka tak percaya sebab sepupu saya lagaknya seperti orang baik… Maka, terbenam la kisah ini dalam cerita hidup saya..

******************************************

Itulah kisah saya.. Setelah bertahun lamanya, saya masih tidak boleh lupakan dan saya akan sentiasa menangis bila terimbau.. Antara kesan yang ada hingga ke hari ini adalah :

1. Saya sentiasa takut dengan orang.. Saya takut mereka akan label saya lembut atau pondan. Saya takut bila mereka benci dengan kelembutan saya.

2. Saya sentiasa takut bila ada sekumpulan lelaki yang berumur 18 tahun – umur warga emas, ada di sesuatu tempat.. Saya selalu berfikir, mereka sedang menceritakan tentang saya.. Senang cerita saya ada anxiety..

3. Kesan 3 ialah, saya sukar untuk percaya walaupun family sendiri..

4. Saya sangat sukar untuk lupakan perkara-perkara ini hingga saya nangis berjam lamanya dan alami masalah susah tidur malam sebab setiap kali nak tidur, saya akan terfikir pengalaman ini.

Sekian itu sahaja daripada saya,

Aku hanya mampu beryang-yang pada Tuhan,

Tangis biar cium tanah,

Mengingatkan kita tidak sempurna,

Tapi sentiasa berusaha untuk berjaya..

Semoga kebaikan tergantung pada cerita kita semua.

– Laksa Rona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *