Pengalaman Lompat Kerja

Ni confession pertama aku, bertujuan untuk menyebarkan pengalaman mencari kerja dan cara naikkan gaji dengan cepat. Tambah pulak dah meluat confession laki bini gaduh curang, confession terpaling redflag dan lain lain seumpama dengannya.

Nama aku Katak, Lelaki, umur 29 tahun, education degree level, kos Finance. Now kerja dalam bidang Mainstream.

Aku asal dari negeri pantai timur, habis sahaja belajar, buntu dan tak ada idea nak kerja apa, konon study Finance boleh kerja bidang finance lah, dan aku ingat aku minat finance lah, polos nya pemikiran aku waktu tu.

Apa yang kita minat tak semesti kita dapat. Ingat peluang kerja ni ikut minat kau ke? No no no. Kalaulah dunia semudah itu, tiada lagi isu pengangguran.

Perjalanan kerja aku tak mudah dan sama macam fresh grade yang lain. Struggle dan tapau sahaja kerja apa yang ada sementara cari foundation yang strong. Lepas internship, 3 bulan menganggur kat Kg, sebab dah tepu sangat.

Peluang pekerjaan kat pantai timur pun sangat terhad. Nak kerja pasaraya kat pekan pun rasa tak berbaloi dan tak sesuai untuk aku yang berkelayakan degree. Nanti malu la kat orang kampung, nanti dorang cakap “ada degree tak keje pasaraya, baik buang je degree tu”

Disebabkan tersangat tepu, dan aku fikir, lagi lama aku stay kat kampung, lagi malas aku akan jadi. Biasa benda ni selalu terjadi kat fresh grade kat pantai timur. Dorang terlalu comfortable tinggal kat kampung dan at last akan terus kat kampung kerja biasa2 walaupun ada degree.

Kepada fresh grade luar sana, TOLONG JANGAN SELESA DUK KAT KG LEPAS BELAJAR. Push yourself to go out ke bandar besar.

Berbalik kepada kisah aku, aku try search/apply kat google, jobstreet, linked in, FB dan lain2. Akhirnya dapatlah invitation IV sebagai telesales executive, jual insurans secara call kat KL. Gaji basic 2k dan takde allowance lain.

Duduk KL sewa bilik RM250 sebulan share 4 orang, cramp gila bilik, ingat balik dah macam bangla dulu. Makan sekali sehari, saving RM1,000 sebulan.

Tapi aku kerja 3 bulan je sini, tak tahan kena maki dengan team leader duk suruh kejar sales, salah cakap kena maki. Memang mentally abused juga. Hari2 fikir nak berhenti balik kampung je. Pada masa sama apply kerja banyak2, sangkut la Skim Latihan 1 Malaysia.

SKIM latihan 1 Malaysia ( SL1M) diperkenalkan oleh PM Dato Sri Najib dulu, allowance RM2,000. SLIM ni lebih kepada latihan kebolehpasaran sahaja.

Sekarang masih wujud dengan pelbagai nama ikut company punya, ada Graduate Executive Trainee, Graduate Apprenticeship Program, dan lain lain. Program aku join ni 2 bulan classroom (belajar teori softskill) dan 8 bulan on job training.

Untuk permulaan, bagi aku program ni sangat bagus. At least ada pengalaman kerja betul, dari duk tunggu interview kerja tak dapat2, at least gain some exp.

Ramai fresh grade memandang rendah dengan program macam ni sebab dorang expect nak kerja tetap terus. Pale otak dia, ingat opportunity kerja semudah tu ke.

Masa bulan ke 6 aku dalam SLIM program aku apply banyak kerja kosong, dapat interview beberapa kali. Sebabkan takde pengalaman sangat, aku jawab interview pun takut2 dan tak confident.

Tapi setiap kali aku interview tu, aku improve diri aku. Part mana yang kurang aku improve. Aku list kan semua soalan basic interview, aku buat skrip dan hadam semua soalan dan jawapan.

One day, kawan aku ada recommend aku untuk iv satu position ni kat satu company yang dia dah IV, tapi dia reject and recommend kat aku. Then aku approach la hiring manager tersebut dan email resume aku, then dapat interview slot.

Masa interview aku rasa confident sebab interviewer sangat profesional dan baik, masa interview aku gebang macam2, walaupun aku tahu sikit2 je tentang position tu. Yang penting kena study job scope, fahamkan betul2 dan gebang.

Interviewer biasa memang tahu mana fresh grade yang gebang, tapi dorang usually nak tengok confidence level and gebang kena ada isi lah, bukan kosong punya sembang.

Alhamdulillah aku berjaya dapat kerja sebagai executive dengan gaji RM2,500.00 pada 2019 kat company A. Masa tu tak pandai demand gaji, tambah plak first kerja takut terlepas peluang, accept sahaja.

Aku belajar betul2 on process and system, kasi pegang betul2… Setelah 2 tahun aku kerja kat company A, aku fikir foundation aku dah kukuh untuk apply kerja lain.

Aku dapat interview invitation dari company B, industry Oil & Gas. Interview smooth saja bila kita hadam scope kerja as long as apply bidang sama.

Bagi aku untuk kerja yang kedua dan seterusnya, interview semua soalan sama sebab kita dah tahu scope kerja dan dah khatam, just the matter of confident sahaja. Kali ni aku berjaya dapat kerja still sebagai Executive dengan gaji RM3,500 (40% increase).

Sebabkan aku start dengan gaji kecik dulu, naik RM1,000 pun percentage nampak tinggi tapi sebenarnya sikit. Tapi still bersyukur boleh masuk O&G industry, bukan mudah.

Bekerja di O&G company (anak syarikat petronas) tak mudah. Culture kerja sangat toksik dan boss sangat sangat traditional thinking, asyik kena bebel benda remeh (selalu pegang phone, micro manage, masuk keluar kerja strict, bos perati setiap kerja kau).

Asyik kena ratib “bila nak berhenti, bodoh, lembab, sial”.. Dan industry O&G agak susah nak faham sebab banyak perihal technical.

Tapi sekali kau master, rate gaji untuk jump atau increment tahun sangat besar. Kejap je boleh lintas rate gaji industry lain. Berbaloi stay kalau dapat culture yang baik.

Masa tengah struggle dengan environment toksik kat company B (7 bulan), aku dapat invitation dari ex boss aku untuk join bawah dia kat company C dia baru join.

Dari 3.5K, aku demand 5.5k, sebab kena kerja kat putrajaya, mula2 dia cakap maksimum 4.5k sahaja, aku cakap tak berbaloi nak pindah dari KL ke putrajaya kalau 4.5k, aku turn down the offer.

At last dia fight dengan HR dan dapat rate aku nak. So aku resign dan join company C with ex boss aku.

Pelajaran yang aku dapat dari sini ialah, kena jaga hubungan dengan boss kau walaupun teruk mana kena balun pasal kerja, keep showing the good attitude sebab bila2 masa dorang akan kenang balik. Boss2 ni dia akan panggil balik sapa2 yang dia berkenaan.

Btw, Company C ni company Sdn Bhd je. Dari 3.5k naik 5.5k (57% kenaikan)

Tapi 5 bulan je aku kerja kat company C, then aku dapat invitation interview kat company D (GLC), aku pergi interview smooth sahaja sebab scope kerja dalam tangan.

Kali ni aku just try luck, dapat tak  dapat belakang kira, aku mintak 6.5k. End up dapat, alhamdulillah. Kat sini aku dah position Senior Exec, ada subordinate, more into leadership.

Lepas setahun 3 bulan kerja, Ex boss offer lagi untuk kerja bawah dia. Dah pergi interview semua, memang dapat. Aku mintak 7.5k. End up my current boss counter 8.5k (30% increment) aku decide untuk stay.

Rumusan dari kisah aku, dari 2019 ke 2023, 5 tahun pengalaman kerja, 4 company jump, dari gaji 2.5k ke 8.5k ini aku buat:

1) Learn and master it – Tahu dan mahirkan apa kau buat, ni fundamental paling penting.

2) Networking – Baik dengan semua orang, be opportunity, kadang orang akan tak suka kita sebab dorang fikir kita bodek boss, cabel la, padahal dorang yang tak reti skill PR. JANGAN buat musuh dengan boss.

3) Improve your soft skills – pandai buat tapi tak pandai cakap pun takde guna, orang pijak nanti, kau kena market diri kau, biar orang tahu tu kerja kau.

4) Don’t be loyal, be capitalist like companies do.

– Company tak kesah periuk nasi kau, dorang tahu nak buat profit je, kau takleh keje atas apa sebab pun dorang tak kesah, bila2 masa boleh dibuang, esk kau mati lusa orang baru dah masuk. Don’t be attached to company. Jangan setia sangat dengan boss, sape offer lagi better dia menang.

– KATAK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hello Katak.. Saya Gajah.. sy nak share pengalaman sy yg amat berbeza dgn awak…

    sy dah keje kat company yg sama sejak grad, iaitu 15tahun yang lalu.. gaji so – so je la xde kenaikan gaji yg gila gempak mcm awak.. tapi still market rate i guess.. sebab sy stay ialah, sy suka dgn environment office sy, i am so passion with my work.. sini ada boss sgt memahami, manager pun sgt membantu, admin pun friendly.. keje pun takde OT..

    hehe tu je la nak share..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *