Salam sejahtera semua. Baru-baru ni viral di media sosial mengenai kanak-kanak yang berumur 12 tahun terpaksa ditinggalkan keluarganya terlebih dahulu sebelum bapa nya kembali semula ke KLIA2 dari Sarawak untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan supaya dia dapat balik ke Sarawak. Aku pun ada pengalaman malang juga pasal pesawat ni. Pengalaman paling malang dalam tahun 2017 laa bagi aku. Kepada yang mengenali aku daripada confession ni, diam-diam saja yaa.
Di sini aku hanya ingin berkongsi pengalaman aku, tak nak salahkan siapa-siapa laa kan. To be honest in the 1st place semua ini berpunca dari kesilapan aku sendiri. Ini kali pertama aku naik flight ketika mengandung dan ini merupakan kandungan aku yang pertama. Masa tu kandungan aku dah 7 bulan. Kesilapan aku ialah aku tak minta consultancy daripada doktor sama ada aku boleh naik flight ka tidak, dapatkan surat kebenaran untuk menaiki kapal terbang pun tak. Tapi aku ada Google selamat ka tidak ibu mengandung menaiki pesawat sebelum kami ke Sabah dan aku pun ada juga bertanya mengenai hal yang sama daripada kawan-kawan aku yang pernah menaiki pesawat ketika tengah sarat mengandung. Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam lebih saja untuk sampai ke sana.
Semasa nak berlepas dari negeri asal memang tak ada apa-apa problem. Semua berjalan dengan lancar. Masa nak pulang tu plak boleh ada hal. Huhu… Semasa nak masuk ke balai perlepasan di Sabah tu ada pramugari (berbaju merah) tanya kandungan aku dah berapa bulan dan aku ada mempunyai surat daripada doktor ka tidak. Aku cakap tak ada laa kemudian dia suruh aku pergi ke klinik yang ada dekat ground floor airport KK tu untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut daripada doktor yang bertugas. Masa tu dah nak dekat pukul 9 malam dan flight yang akan kami naiki sepatutnya berlepas dalam pukul 10 lebih malam.
Di klinik tu nak ambil masa dalam 15 minit juga laa doktor nak check aku and isi form yang memberi maklumat bahawa aku sihat dan boleh untuk menaiki kapal terbang. Ohya, lupa nak bagitau masa tu kami bertiga (aku, suami aku dan kawan kami seorang) yang pergi Sabah. Selepas doktor selesai isi form dan membuat pembayaran kami pun dengan tergesa-gesa pergi ke balai pelepasan dan jumpa balik pramugari tu tadi untuk isi form bagi pihak mereka plak, lepas tu baru kami dapat masuk. Dah scan apa semua, kami pun just nak tunggu beberapa minit saja lagi untuk masuk flight. Dan…. di sini ada problem balik. Pramugara tu nak cek tiket flight dan aku pun bagi laa surat dr doktor dan pramugari tu tadi dekat dia kan. Dia cakap doktor tak sign pun form yang aku dapat dari klinik tadi tapi dia suruh aku masuk kapal terbang dulu dan bagi balik form tersebut.
Semasa dah dalam pesawat dia minta balik form dari doktor dan surat perlepasan yang aku dapat dari pramugari tadi. Kat depan aku tengok flight attendants yang bertugas berbincang sesama mereka. Then pramugara tu tanya aku dapatkan form dari klinik mana sampai laa seorang pihak airport yang bertugas inform yang aku tak boleh nak pulang malam tu dan terpaksa turun dari pesawat. Aku dah nak nangis dah masa tu. Mereka cakap form tu tak ada signature daripada doktor (tapi nama doktor dan no. telefon klinik ada tertera dalam form), dan mereka assume aku sendiri yang isi form tersebut walaupun aku dah cakap yang aku dapatkan form tu daripada klinik yang terdapat di airport tu juga. Huhuhu… Kalau diikutkan aku nak aku sorang saja yang terpaksa stay dekat KK dulu tapi husband aku tetap nak temankan juga. Kawan kami terpaksa pulang terlebih dahulu.
Malam tu juga aku dan husband aku mencari klinik yang buka 24 jam untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut daripada doktor memandangkan masa tu jam pukul 12 tengah malam. Hampir 10 buah klinik yang kami call dan akhirnya kami memilih untuk pergi ke sebuah klinik yang berdekatan dengan Suria Sabah. Dengan tambang uber yang terpaksa dibayar dengan bayaran tambahan sebab jam dah awal pagi, kami pun pergi ke klinik tadi. Dah dapat surat kebenaran daripada doktor, kami pun mencari hotel untuk tidur sebelum kembali semula ke airport dalam pukul 6 pagi sebab kami nak menaiki flight yang paling awal untuk pulang semula ke negeri asal. Nasib baik masa tu baki duit dalam akaun bank aku dan husband mencukupi untuk kami menguruskan semua yang perlu termasuk membeli semula tiket untuk pulang. Syukur kami dapat pulang semula pada pagi tersebut walaupun dalam keadaan letih dan tak cukup tidur.
Pengalaman tersebut mengajar aku supaya lebih teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tak menyusahkan diri dan orang di sekeliling aku. Don’t assume you know everything juga. Aku menganggap ia salah satu ujian buat aku dan suami juga.
– Mrs A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit