Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga iiumc. Aku Ya dan hari ni aku nak kongsikan dekat semua pengalaman aku jadi mangsa buli and the after effect of bullying towards a person, either in and out.
Aku dulu sekolah berasrama penuh and aku perempuan ye..sekolah aku campur lelaki dan perempuan. Aku memang sejak dari tingkatan 1 dah masuk sekolah berasrama. And dalam imagination aku, sekolah berasrama ni best, dapat ramai kawan, belajar pun excellent semua tapi, everything was just an imagination.
Sejak dari tingkatan 1 lagi, aku dah dibuli. Walaupun bukan dibuli physically tapi the verbal bully was so intense towards me. I don’t even know how everything started but 2 atau 3 bulan after I enrolled at the school, mmg setiap hari aku kena buli. And the bullies are mostly guys. Ianya bermula dari pelajar2 lelaki satu batch dengan aku. Aku pun tak tahu mana salah dan silap aku atau mungkin mereka hanya nak cari satu target so that diorang boleh make fun of that target which I don’t know, give them happiness, perhaps?
Bayangkan, kalau aku berjalan melintasi kelas-kelas untuk ke library, most of them will start calling me names..and since aku ni agak berbadan besar amongst student2 perempuan lain, memang aku ni easy target. They picked on my physical appearance, they made stomping sound as I was walking and said loudly that an elephant was passing by (padahal aku takdelah besar sgt pun masa tu) and once when they did that, they were in the middle of a class with a teacher teaching them. Tapi, cikgu tu once dia sedar that the boys are verbally bullying me, what did she do? Nothing. Maybe dia ingat menda tu biasa but it wasn’t.
They also give me one special name which doesn’t relate at all with my name. And kalau nampak je aku mesti seru dari jauh sampaikan aku jadi trauma nak ke mana-mana.
Pernah jugak waktu di dewan makan, lepas habis makan, memang kitaorang kena pergi letak tray makanan tu kat tempat utk dibasuh dan masa aku tengah berjalan tu lah, someone threw a big piece of watermelon towards me. That’s not all, banyak lagi benda yang dibaling ke arah aku.
Bila aku dibuli ni, memang kesan dia agak besar pada diri aku sbb time tu, I was all alone picking myself up. Memang aku ada kawan2 yg support aku tapi bila part aku kena buli tu, semua jadi bystander je. No one wanted to get involved sebab diorang tak nak diorang sama2 dibuli. Bet that was all in everyone’s mind yang tak kena buli ni.
Kesan buli? Aku memang fall into depression, aku takde semangat nak teruskan belajar, exam semua pun aku jawab ala kadar je. And I also have social anxiety, sampai sekarang, kalau aku nak jalan through a big group of people, memang aku akan rasa berdebar2, sampai pening kepala semua, kadang2 aku macam nak lari je tapi aku kena lalu jugak. Lepas tu, aku macam hilang a part of me, dulu before that bullying started aku memang seorang yang periang, yakin, and I love to mingle around a lot. Tapi sekarang, aku dah jadi pendiam dan tak banyak cakap. Sebab aku takut, kalau aku cakap banyak nanti orang tak suka aku, macam dulu, walaupun aku tak tahu the sole reason why I was bullied. Anxiety aku ni pun, bukan setakat social anxiety je, sekarang ni mmg aku ade anxiety sangat2 everyday otak aku berperang dengan diri sendiri. Setiap menda yang aku buat mesti aku rasa menda tu salah sampai aku selalu mintak maaf dengan semua orang, so that no one would hate me.
Sekarang ni memang benda ni bagi kesan sangat2 kat diri aku. At times, semua benda yang jadi tu datang dalam mimpi aku. And currently, I am trying to get help with this problem of mine. Doakan aku…so that aku dapat hidup macam biasa balik.
And to those yang pernah buli orang, atau sedang membuli, ingatlah, kesan korang buat ni akan forever being carried on dalam hidup org yang dibuli tu. Stop bullying and if you see anyone that kena buli, help them, help them. Who knows by your help, will change that person life forever?
Terima kasih sebab sudi baca sampai habis dan publish confession saya.
-Anonymous-
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit