Bismillah, hello everyone. So harini i will share with you guys pengalaman i sebagai alumni KMPP (tak tahu haa boleh google matrik mana, hehe)
Dekat matrik ni ada course sains modul 1, 2, 3 dan akaun. Okay so i dari sains course which is modul 1 (sains hayat).
Sejak kebelakangan ini, ramai student daripada Kolej Matrikulasi merayu dan minta surat sokongan untuk masuk universiti dan course yang mereka idamkan.
Result SPM dan matrikulasi cemerlang tapi masih kena lelong. Kenapa jadi macam ni? Sampaikan mak ayah risau nak hantar anak-anak ke kolej Matrikulasi lagi…
Okay first of all, i nak cakap yang result SPM dan Matrikulasi i biasa-biasa saja (masih tak mampu semua A dan result matrik pun tak sampai 3.5 above pun huhu).
Maksudnya result i ni tak ada yang dapat dibanggakan sangat tapi i bersyukur sangat-sangat usaha i cari pilihan universiti dan bidang yang i nak itu tercapai (sama mampu dengan result dan bidang pun tak lari dari sains).
Sebelum itu, i nak cerita sikit.
Berdasarkan pengalaman i sewaktu mohon upu, i sudah tahu kemampuan i dari matrik semester I.
Walaupun i dah usaha banyak tapi i dah boleh agak result apa yang i mungkin dapat dalam exam untuk semester akhir (tak adalah redha sangat usaha dan jaga hubungan dengan Tuhan pun penting).
Jadi i mohon pilihan universiti dan course yang sesuai dengan kemampuan i. Merit pun yang tak tinggi sangat (yalah dah markah merit i pun rendah, i sedar…)
Tapi alhamdulillah result upu hari tu mengumumkan i dapat pilihan universiti dan course yang i nak sangat. Happy sangat tau. Bersyukur sangat sebab waktu tu i terfikir “macam mana kalau gagal, result biasa saja…”
Okay, berbalik pada main point yang tadi, kenapa student cemerlang tak dapat pilihan mereka idamkan?
Ada banyak kemungkinan :
1) Tak menepati syarat khas atau syarat am.
2) Tak lulus temuduga (untuk course yang ada ujian temuduga).
3) Markah merit pelajar tak mencapai peratus merit course dan universiti pilihan.
4) Kuota course mereka idamkan penuh (maksudnya dah cukup orang).
Sesungguhnya no 4 ialah sebab yang paling sedih. Sebab kita dah berjaya dari no 1 sampai 3 tapi sampai sebab no 4, kita tak berjaya.
Ada juga kemungkinan yang lain tapi yang i nak bagitau yang kita sudah usaha tapi rezeki di tangan Tuhan. Apa kita boleh buat usaha dan tawakal. Ada hikmah kenapa kita tak berjaya nak dapat.
Sementara rayuan upu dibuka, inilah masa untuk memohon course dan universiti pilihan masing-masing.
Konklusinya, kolej Matrikulasi bukan sebab tak dapat course atau universiti pilihan kita nak.
Kita kena ada strategi semasa mohon upu tu. Tak tahu? Jangan risau, lecturer dan kaunselor di kolej matrikulasi akan bantu dan bagi taklimat upu. Kemudian, terserah kepada diri kita untuk membuat pilihan.
Kepada ibu bapa, jangan risau untuk menghantar anak-anak ke kolej Matrikulasi. Bagi saya matrik bagus. Belajar tak susah, cuma pembelajaran agak laju seperti STPM.
Jadi pelajar perlu bahagi masa belajar untuk tak ketinggalan dalam pembelajaran.
Semoga semua berjaya ♡
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit