Pengalaman Melahirkan Anak Sulung

Assalamualaikum, sebenarnya pengalaman bersalin ni bukan lah apa pun untuk dikongsi memandangkan lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang bertarung nyawa lebih sekali untuk melahirkan zuriat soleh solehah mereka,

Tapi semasa saya mengandung haritu saya selalu baca pengalaman orang semasa bersalin jadi saya ingin kongsikan pada semua terutama ibu ibu yang mengandung anak sulong.

Masa saya mula tau saya pregnant rasa macam tergamam sekejap. Gembira campur keliru campur sedih.

Masa buat test tu dah 4 hari delay period dan baru lepas 3 bulan berkahwin. Saya selalu period on time jadi bila lewat ni hati rasa lain macam. Seronok nak try test kit tu tapi bila tengok double line rasa bercampur baur.

Lepas confirmkan dengan doktor dan buka buku pink masih rasa tak percaya. Saya niat nak tunggu setahun dulu nak enjoy hidup berumah tangga dengan suami dulu baru ttc tapi perancangan Allah lah yang terbaik.

Masa 36 weeks saya dah berdoa pada Allah tolong lah izinkan saya bersalin cepat sebab dah penat bawa perut dan dah tak sabar jumpa baby.

Saya ada asma, masuk third trimester saya jadi mengah teruk dan terpaksa ambil neb. Lepas sehari ke sehari masih tiada tanda nak bersalin.

Masa tu rasa down sangat sebab tengok kawan2 lain lepas seorang demi seorang bersalin sampai kan satu tahap saya jadi depress sebab tak bersalin-bersalin walhal masa tu baru nak masuk 38 weeks.

Doa saya lepas solat setiap hari cuma lah minta Allah izinkan saya bersalin cepat kalau boleh masa doa tu nak rasa sakit contraction dah. Allah makbul kan doa saya akhirnya, masa 38 minggu 3 hari pagi subuh saya pecah air ketuban.

Saya excited sangat masa tu, lepas solat subuh tak dan sarapan lagi dah suruh suami bawa pergi hospital.

Sampai hospital disebab kan saya rentas negeri saya terpaksa buat swab test. Saya tak kisah sebab dalam hati dah tak sabar nak bersalin jadi apa saja saya sanggup redah.

Tunggu result 3 jam, lepas confirm negatif baru doktor boleh cek. Tak ada contraction dan tak ada bukaan. Langsung! Doktor suruh admit, duduk wad sehari.

Esok nya lepas subuh saya terus pergi ke bilik persediaan bersalin. Doktor cek dan masih tak ada bukaan jadi doktor induce ubat.

Masa tu saya dah tak sedap hati. Mulut ni tak putus2 berzikir dan berdoa. Contarction datang sikit2 tapi saya masih boleh handle.

Saya buka quran dekat hp dan baca surah maryam dan minum air selusuh yang mak mertua bagi. Doktor cek ctg cakap jantung baby laju.

Kalau lagi satu jam result masih sama mereka terpaksa operate sebab bahaya pada baby tapi alhamdulillah lepas satu jam jantung baby dah normal jadi tak perlu operate.

Pukul satu tengahari doktor datang cek pun masih tiada bukaan tapi disebab kan air ketuban dah pecah lebih 24 jam doktor bawa saya masuk ke labour room.

Saya solat zohor dan berdoa semoga saya selamat bersalin. Masa tu datang rasa menyesal rasa berdosa dan bersalah sebab doa minta Allah bagi saya bersalin cepat tanpa fikir baby dalam perut dah bersedia atau tidak untuk lihat dunia. Saya selfish, saya cuma fikir diri sendiri.

Masuk dalam labour room doktor pasang beg kencing dan cek ctg. Induce dos kedua dan doktor pecahkan air ketuban terus. Masa tu contraction teruk sampai rasa separuh nyawa dah melayang.

Antara sedar dan tidak doktor panggil2 nama saya. Dia kata saya boleh tidur kalau saya sakit sangat tapi saya kena fokus bila doktor tanya apa2, saya kena kuat. Saya cuma mampu angguk je lepas tu tidur lol.

Tapi tidur tak lena, tahan sakit contraction, kencing atas katil, entah kan kencing entah kan air ketuban. Tudung dah basah dengan peluh dengan air mata. Doktor nurse penuh keliling katil ulang alik depan mata. Ctg saya kembali tak cantik, jantung baby laju.

Doktor cek semula bukaan masih tak ada. Ada yang kata 3cm ada yang kata hampir tak ada bukaan. Berapa kali doktor dan nurse VE sakit nya sama sakit dengan contraction. Masa tu saya dah tak mampu nak fikir apa, rasa macam tengah high. Zikir pun dah tak mampu.

Akhirnya lepas berjam2 tahan sakit, selepas asar doktor ambil keputusan untuk operate. Doktor kelam kabut sekeliling katil, sorang datang tanya mana suami, sorang suruh tanda tangan entah apa, sorang suruh buka tudung.

Saya diangkat dari satu katil ke satu katil, disorong entah ke mana. Masuk dalam bilik kecil datang doktor bius yang terang kan risiko operate dalam satu nafas. Agak mengerikan dengar tapi saya mampu angguk saja.

Masa tu saya dah redha apa saja yang terjadi pada saya. Saya dah tak mampu fikir, badan otak jiwa raga semua dah lemah. Saya dibawa ke bilik bedah, ditukarkan baju dan disuntik ubat bius. Cerita nya tak habis disitu ye kawan2.

Sebelum dibedah doktor bius tanya kaki saya rasa kebas atau tidak, saya jawab tak. Kaki masih steady boleh angkat2, doktor bedah try cucuk2 sikit perut saya menjerit cakap sakit. Doktor bius tunggu lagi dalam beberapa minit dan suruh doktor bedah test lagi.

Masih lagi rasa sakit dan saya cepat2 jerit takut kena belah hidup2. Doktor bius call boss dia dan suntik bius lagi sekali.

Tak lama lepas tu baru kaki saya kebas dan saya di operate dengan selamat. Masa dengar tangisan anak saya, rasa bersyukur yang tersangat. Baby boy saya seberat 3.51 kg telah selamat melihat dunia.

Walaupun proses bersalin saya panjang dan rumit tapi saya bersyukur yang teramat Allah selamatkan saya dan anak saya. Baby saya tak ada kuning dan sihat.

Ohh ye masa doktor operate tu ada drama lagi. Baby susah nak keluar doktor terpaksa pakai forcep. Punya lah anak saya tak sedia nak lihat dunia, macam2 benda saya lalui nak pujuk dia keluar.

Sekarang dah masuk 15 hari saya berpantang. Anak saya sihat alhamdulillah saya pun baik2 je, hihi.

Macam2 yang saya lalui, itu belum lagi kisah dalam wad lepas bersalin tapi saya rasa cukup la sampai di sini saja. Moga tak bosan membaca.

Saya mohon doa pembaca doakan kesejahteraan anak saya. Moga Allah permudahkan urusan ibu2 yang bakal melahirkan dan semoga Allah kurniakan zuriat pada mereka yang sedang menanti. Sekian dahulu.

– Qadeeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *