Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga admin dan semua pembaca page IIUMC ni dalam keadaan sihat-sihat belaka. Disebabkan di page ni saya pernah terbaca tentang cerita pengalaman mereka berkaitan jin/hantu dan pengalaman disihir dan dirawat, saya tergerak hati pula untuk menulis tentang pengalaman membuat rawatan berkaitan perkara ini. Bukan pengalaman saya, tetapi suami yang berlaku didepan mata saya. Nama dan tempat sengaja saya rahsia kan untuk menjaga aib pesakit. Maaf sebab agak panjang.
Kisah Pertama.
Yang ni kisah yang saya selalu kongsikan pada teman-teman. Kisah ni berlaku di salah satu felda di Malaysia ni. Satu malam, suami saya mendapat panggilan tentang mak mereka yang dah nazak, tapi susah nak meninggal. Lepas tu anak lelakinya, (masih dalam panggilan), minta bantuan untuk tengok-tengokkan mak nya kalau ada bela apa-apa. Esok malam tu, kami bertolak ke felda tu, yang mengambil masa kira-kira sejam.
Sampai je kat situ, kami tengok seorang makcik, terbaring di tengah ruang tamu. Bermula lah cerita dari anak lelaki makcik tu. Sebelum ni mereka pernah memanggil seorang ustaz untuk tengokkan mak mereka. Ustaz tu kata, mak cik tu ada membela, dan tak boleh meninggal selagi tak wariskan belaannya. Dan seperti biasa lah, tak ada anak-anak yang nak waris. Bumbung pula dah banyak kali tutup buka, tutup buka. Siap ustaz tu suruh taburkan garam dan lada hitam keliling rumah.
Lupa nak bagitahu, suami saya salah seorang yang Allah anugerah kan hijab terbuka dan saya pula boleh dengar, bau dan rasa tapi tak boleh nampak. Suami, bukan hijab yang hanya nampak bayangan seperti yang selalu orang ceritakan, tapi yang memang boleh nampak jelas. Berbalik pada cerita, bila suami periksa, suami tak kata apa-apa. Cuma pesan untuk ke hospital buat pemeriksaan. Bila diperiksa di hospital, seperti jangkaan suami, mak cik tu sebenarnya menghidap kanser hati tahap 4. Dan suami pun bagitahu, sebenarnya mak cik tu LANGSUNG takde membela atau berkaitan jin. Tapi memang berpenyakit.
Kisah ni, saya sedih bila nak ceritakan, kerana disebabkan mak cik tu dikatakan konon ada membela, seorang anak perempuan nya langsung tak nak balik jenguk mak nya sebab risau terpilih jadi ‘pewaris’, padahal takde pun.
Kadang, ada yang kita lihat sedang nazak, bukan disebabkan ada belaan, tapi disebabkan roh tak jumpa ‘jalan keluar’. Dan biasanya berkaitan ini, adalah lebih baik untuk mencari alim ulama’, supaya dapat membantu memimpin roh tu keluar. Wallahualam.
Kisah kedua.
Kisah kedua pula tentang histeria. Seperti biasa, suami dapat panggilan dari seorang makcik bagitahu anak perempuan nya diserang histeria masa kat sekolah. Masa tu anak dia dah ada kat rumah. Saya dan suami pun pergilah tengok. Dari cerita mak cik tu, anaknya sering diserang histeria.
Sampai je kat rumah tu, saya tak rasa apa-apa. Suami pula diam tak kata apa-apa. Pergi je kat budak tu, terus ditampar dan akhirnya sedar. (P/s: jangan cuba, sebab tak semua sama).
Tak sampai sejam, sebaik selesai je suami membuat tazkirah, kami pun balik. Bila tanya kat suami, rupanya budak tu bukannya ada kaitan dengan jin ke apa, dia jadi macam tu sebab stress. Huhu.
Ni saya nak share sedikit pengetahuan untuk tahu orang yang betul-betul histeria dan kerasukan dengan orang yang hanya berpura-pura dan berlakon. Pertama, hijab mata kita terbuka. Huhu. Kedua, tengok mata orang yang kena histeria/rasuk tu. Mata yang betul-betul kerasukan, pandangan dia tepat dan tajam, dan biasanya dia akan lupa banyak perkara terutamanya membaca surah Al-Fatihah. Ketiga, kekuatan yang luar biasa. Tengok badan kecil molek, tapi 4 orang lelaki sado pun tewas dengan kekuatannya. Keempat, ada antaranya bahasa digunakan tidak difahami. Jin ni ada yang ada bahasa mereka mereka sendiri. Macam kita lah, orang ganu dengan loghat mereka, orang utara pun ada loghat mereka juga.
Owh ya, lupa nak bagitahu, jin ni sifatnya suka berpura-pura. Jika lihat orang yang kena rasuk, kemudian mengucap, JANGAN mudah percaya. Yang ni, yang boleh nampak, tahulah. kadang cuma lakonan supaya terlepas. Dan lagi satu, jin Islam takkan mengganggu/masuk ke badan orang Islam.
Kisah ketiga (ada dua kisah)
Yang ini pula berkaitan pelaris/sihir. Entah kenapa, ramai peniaga-peniaga kurang yakin dengan rezeki Allah. Nak laku, guna pelaris. Bila dengki orang lain lebih laku, di sihirnya.
Kisah pertama, malam itu suami ajak untuk ke kedai makan seorang kenalan. Suami kata, kawannya bagitahu kedainya kadang orang tak perasan/nampak tutup padahal buka macam biasa. Yang ini kes hantar sihir guna tanah kubur, buat kedai tu nampak suram/tutup.
Yang kisah lain pula, seorang pengusaha kedai makan juga, minta tolong tengokkan kedai makannya. Ceritanya, kedai makannya pernah dikatakan ada orang dengki dan hantar sihir kat dia sehingga perniagaannya yang dulu sangat laku mula berkurangan pelanggan dan kakinya juga bengkak dan sakit sebelah. Suami seperti biasa, bila sampai dia rehat kejap memerhati, dan barulah mula buat kerja. Selesai je buat, suami jumpa tuan kedai personal untuk bertanya jika tuan kedai pernah mengambil pelaris. Tuan kedai kata, dia memang pernah ambil bertahun dulu, tapi dah lupa. Suami pun terangkan tentang apa yang dialami tuan kedai bukan akibat perbuatan orang lain, tapi perbuatan sendiri. Disebabkan dia ‘terlupa’ beri makan, akhirnya jin tu makan tuan. Kita ni manusia memang mudah lupa, tapi jin tak pernah lupa pada perjanjian.
Banyak lagi peristiwa yang dialami. Cuma yang ini saya ceritakan serba sedikit agar dapat dijadikan pengajaran bersama. Jika diizinkan, insya Allah saya akan kongsikan pula pengalaman berhadapan dengan benar-benar gangguan jin.
Jauhi lah syirik, kerana syirik itu dosa yang tersangat besar.
Moga Allah lindungi kita.
– Puan Jaja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit