Assalamualaikum,
pengalaman lah yang menjadikan kau matang .
Saya menjadikan pengalaman itu supaya saya boleh tolong orang lain. Semasa saya sekolah Menengah , saya sudah sedar akan tentang negara islam yang semakin hancur dan memerlukan wang untuk terus kan kehidupan supaya dapay membeli makanan , dan keperluan harian . saya nampak pada waktu tiu adalah negara syria .
Masa sekolah menengah memang mengharapkan duit makayah je . hanya duit belanja je . Belajar pun tak berapa nak pandai . Tiba-tiba masa tu suka tengok oranng menjahit dan mengait time tu memang timbul minat . iyalah ambik ekonomi rumah tangga . heehe..
Mula-mula start menjaht nak buatkan pencilcase untuk adik , time tulah dapat idea nak mula menjahit untuk berniaga niat nak tolong orang kat luar sana .
start form 3- form5 ambik upah menjahit keychain nama , seronok betul dapat duit banyak time tu hahah.. modal tu pun ayah yang bagi RM50 je .. alhdmulilah sekrang dah meningkat . dan boleh tolong orang islam kat luar sana sikit-sikit .. pastu ada niat nak sambung ke step seterusnya dapat juga buka instagram , time tu memang popular instagram jualan secara online . lepas SPM je ambik order kain secara borong and sebagainya . memang bersepahlah bilik time tu . marah adik haha ..
saya ambik duit sikit yang selebih tu saya bagi derma and ada buat tabungan sikit untuk pelajaran .
dapat IPTA , but ayah lebih prefer ke IPTS .. ikut jelah dalam hati dah terlintas sikit . aihh mesti banyak pakai duit nanti . sebab IPTS kan .. huhu but sekrang tak menyesal pun sebab Allah memudahkan kita nak bayar duit semua . alhamdulilah .
start IPTS mula2 berniaga kerepek dan gula kat satu qaryah .. muka memang kena tebal lah sebab berniaga jangan malu . tapi saya tak cakap dengan makayah tentang business ni . sampailah habis sem 3 asasi .. time tu nak pikir bayar duit yuran untuk degree pulak ..
sambil struggle study untuk degree , sempat juga saya ambik tempahan mengait baju untuk online , craft tangan memang mahal , sebab mengait ni hanya duduk bilik je sambil layan lagu ke atau pemandangan kat luar hahah tup tup dah siap satu tempahan .
Tapi problemnya kat sini adalah masalah assignment bergroup . hurm saya paling tak suka bab ni . sebab masa tulah ada kawan yang selalu balik rumah time hujung minggu selalu pulak tu , jadi tinggal sayalah berdua dengan kawan saya menyiapkan kerja bagai nak terpisah badan ni .
lupakan saja , huhu and then saya sekrang alhamdulilah dah boleh lunaskan yuran dengan sendiri tanpa bantuan parents . hidup ni mesti bijak nak guna masa ni , 4.30 pagi dah kena bangun nak siapkan tempahan semua time tu kena struggle sikit nak bangun . solat sunat jangan lupa .. sampailah pukul 8 , lepas solat sunat dhuha, tidur balik .. kelas saya selalunya waktu petang , so , ada masa lah nak study lepas tidur tu .
pukul 6.00 sambung balik mengait tempahan customer , and then stop pukul 7 sebab nak makan malam semua solat lagi . after tu , belajar .. selalunnya saya akan tidur selepas pukul 11 malam . awet muda gitu hahah .. dan ulang2 rutin tu . insyaAllah akan biasa nanti .
tapi kena ingat , niat tu kena betul , solat jangan lupa , umur yang semakin meningkat nilah kena tingkat kan amalan sunat dn wajib . al-quran mesti kena baca hari-hari walaupun sesibuk mana pun kita .
inilah pengalaman saya untuk mencari duit , gunakan duit itu untuk membuat amal kebaikan . hidup ini hanya sementara , jadi guna untuk selamatkan orang islam di seluruh dunia . ini matlamat saya insyaAllah doakan saya untuk terus ada kudrat untuk mengait .
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit